Monday, 12 December 2011

Bogel Menuju Tuhan : Don't judge a book by it's title


Buku ini saya peroleh sewaktu jalan-jalan di Pesta Buku Selangor kira-kira lima bulan yang lalu. Saya fikir, sukar untuk mendapatkannya memandangkan buku ini buku 'underground' dan susah nak dapat di kedai-kedai buku MPH. Tapi, tak susah manapun untuk mendapatkannya di pesta buku. Buku ini terbitannya agak terhad.

Sebelum buku ini release di pasaran, saya selalu mengikuti perkembangan buku ini di facebook penulis, Zahiril Adzim dan blognya. Ternyata, buku ini sangat best dan ada kualitinya tersendiri. Buku ini merupakan himpunan antologi puisi serta catatan peribadi penulis di dalam blognya. Sesiapa yang sentiasa mengikuti perkembangan penulis di blog, rasanya tentu ada yang sudah tahu apa yang akan diceritakan. Tetpi, bagi saya memiliki buku itu sendiri lebih baik. Kerana buku Bogel Menuju Tuhan ini adalah himpunan cerita-cerita terbaik sahaja. Kurang lebih buku Kentang - Saharil Hasrin Sanin yang pernah saya ceritakan dahulu.

Mungkin ada sesetengah pihak yang sengaja mengisukan perihal tajuk buku ini - Bogel menuju Tuhan. Saya ada membaca beberapa artikel di blog mereka-mereka yang tidak berkenan dengan tajuk. Orang kata tajuk biar gempak. Buku ini bukan buku 18SX, bukan buku lucah dan boleh dibaca oleh sesiapa sahaja.

Dalam kebanyakan tajuk puisi, saya suka sekali Gagalnya Pemerintahan, Jangan Jadi Pelakon Malas, Kita Peniru Profesional, Toleh dan Percubaan Rampasan Roh Dari Belakang. Saya amat tertarik dengan catatan Percubaan Roh Dari Belakang. Garapan yang saya kira sangat baik. Bagaimana Zahiril Adzim menceritakan ada sesuatu benda pelik atau fikiran yang negatif sedang mengganggu beliau. Seolah-olah ada bisikan halus yang mengganggu fikiran. Perkara yang biasa dialami oleh sesiapa ketika sendirian, dalam gelap mahupun ketika tension. Selain itu, penulis tak lupa untuk mencatatkan beberapa kisah cinta tentang dia dan Sheera Aiyob (sekarang sudahpun sah menjadi isterinya). Selamat pengantin baharu!

"Bogel Menuju Tuhan adalah satu tajuk catatan yang aku tulis di blog, atu masa dahulu. Ia marupakan satu keadaan yang aku gambarkan dalam setiap perjalanan kehidupan manusia yang percaya akan dugaan Tuhan. Tidak ada manusia yang terlepas dari dugaanNya, maka tidak adalah manusia yang tidak akan menempuh satu tempoh kesakitan, penuh perit dan pedih dalam hidupnya.

Aku simpulkan buku ini adalah antologi catatan dan puisi sewaktu aku adalah hari-hari tidak berwarna, sebelum jingga."

P/s: Kalau boleh nak sangat tandatangan penulis di halaman pertama buku. Nak sangat!

Monday, 21 November 2011

Menonton teater Badai Semalam

Malam Sabtu minggu yang lalu, saya berkesempatan menonton teater Badai Semalam di Istana Budaya. Ini adalah pertama kali saya ke Istana Budaya dan secara jujurnya saya sangat berbangga menjadi rakyat Malaysia! Sebab di Malaysia ada Istana Budaya yang sangat cantik. Ok, itu alasan murahan.

Pendukung watak utama teater ini adalah Erra Fazira yang memegang watak Mazni. Heronya adalah Aaron Aziz dan Fizz Fairuz. Oleh kerana tempat duduk yang sangat tinggi dan jauh dari pentas, jadi para pelakon semua saya lihat sama saiznya seperti semut. Apapun, tetap berbaloi. Kitakan dah biasa dengan pelakon tu semua.

Teater Badai Semalam adalah cerita adaptasi daripada novel Badai Semalam karya Khadijah Hashim. Saya belum pernah membaca novel tersebut tetapi acap kali mendengar tajuknya. Habatnya novel ini yang diterbitkan pada tahun 1968, ia ditulis oleh seorang penulis tersohor Khadijah Hashim antara penulis wanita terawal di Malaysia. Novel ini pernah menjadi teks KOMSAS pelajar tingkatan enam suatu ketika dahulu. Kamudian, novel ini juga pernah diadaptasi menjadi drama di TV1. Jadi, kehebatan novel ini membuatkan saya terpanggil untuk membacanya (suatu hari nanti).


Saya suka dengan lakonan Erra Fazira yang sangat berkesan. Memang sesuailah dengan gelaran 'pelakon air mata'. Ditambah pula dengan penonton yang sangat sporting, riuh rendah jadinya Panggung Sari, Istana Budaya apabila ada watak lucu atau muzikal tari-menari. Tak lupa juga lakonan yang mencuit hati daripada Emelda Rosmila yang membawa watak sebagai 'mami jarum'. Kelakar sangat!



P/s: Apa yang boleh saya katakan usai menonton teater ini adalah : PERFECT!

Monday, 14 November 2011

Sebongkah Batu di Kuala Berang



Novel ini bukan sebarang novel. Terlalu sarat dengan kata-kata ilmiah. Biarpun tajuk berbunyi sejarah dan kajian, mengenai tokoh-tokoh sejarah, melibatkan banyak fakta tahun, lokasi dan nama-nama tokoh yang saya pun tak kenal, tetapi penulis berjaya menawan hati saya sehingga ke penghujung cerita. Seperti biasa, Faisal Tehrani memang suka meletakkan kata-kata semangat dan bahasa novelnya cukup indah. Serasa seperti saya menonton sebuah dokumentari drama!

Agak susah juga untuk saya menghabiskan pembacaan novel ini. Pada mulanya cerita agak bosan. Mengenai sekumpulan pelajar tahun akhir Akademi Seni Islam yang menjadikan sejarah batu bersurat sebagai doku-drama tugasan terakhir mereka. Saya tersangkut di suku novel agak lama. Namun, ada sesuatu yang menarik di pertengahan cerita apabila ada babak yang melibatkan beberapa pelakon popular tanah air. Secara tidak langsung, apabila membaca novel ini kita mempelajari sedikit sebanyak tentang dunia perfileman. 


Saya amat tertarik bagaimana penulis membuat kritikan terhadap beberapa orang selebriti tanah air yang pernah membuat heboh di negara ini beberapa ketika dahulu. Sebagai contoh:


"Saya rasa seperti bodoh makan cencaluk dan rasa lebih standard apabila makan spageti." Kata Sharifah Ezzati ketika menang Anugerah Pelakon Terbaik untuk filem Budu dahulu. (Halaman 28)


Rasanya, tak perlulah saya terangkan lagi siapakah selebriti tersebut. Semua orang tentu sudah tahu. Kerana mulut, badan binasa.


(Amat bersetuju dengan penulis yang mengatakan, ini adalah perang budaya. Mereka tidak boleh dihina tetapi dibimbing. Golongan seperti ini dianggap madh'u, iaitu sasaran dakwah bukannya musuh.)


Antara perkara lain yang perlu diberikan perhatian dalam novel ini adalah bagaimanakah caranya untuk menjadikan bidang perfileman sebagai satu wadah terbaik untuk berdakwah. Mamandangkan di Malaysia pada ketika ini terlalu sarat dengan filem-filem yang kebanyakannya meruntuh daripada membina seperti cerita seram, lumba haram, bohsia dan sebagainya, novel ini umpama hadir sebagai penyelamat industri filem di Malaysia.


"Sesungguhnya Kami menceritakan kepadamu (Muhammad) kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al-Quran ini kepadamu. Dan sesungguhnya kamu sebelum ini adalah termasuk orang-orang yang belum mengetahui." (Surah Yusuf, ayat 3)


Ayat ini menerangkan, Al-Quran amat mengalu-alukan kisah yang baik. Filem hendaklah mendorong renungan, bukan hiburan semata-mata.


Penulis menjelaskan Islam Tsaqafi bermaksud menghasilkan pementasan drama, muzik, filem dan karya sastera bagi mengisi dakwah Islam sebenar. Ini adalah pendekatan yang sudah dikenali oleh manusia zaman sekarang. Remaja sekarang hanya kenal media seni. Jadi kita kena kuasai media ini. Memasjidkan semua lapangan seni.

Melalui novel ini juga, saya menjadi taksub seketika dengan wali songo. Langsung, saya meminta bantuan Google dan membaca beberapa artikel yang berkaitan untuk mendapatkan sedikit sebanyak info mengenainya.

P/s: Rasa macam nak hadiahkan buku ni kepada Sharifah Amani lah!

Tuesday, 25 October 2011

Apa bestnya Big Bad Wolf Books?

Rasanya belum terlambat untuk saya bercerita tentang fenomena Big Bad Wolf Books (BBWB) yang melanda negara awal bulan yang lalu. Tak banyak yang mahu saya ceritakan kerana saya masih 'baru' dengan karnival buku ini. Saya haya tahu mengenai jualan gudang  BBWB melalui kakak dan status teman-teman yang sakan di facebook.

Bertempat di MAEPS Serdang, saya dah jangka mesti susah nak ke sana. Mujur menaiki kenderaan sendiri. Tak banyak yang saya beli. Cuma beberapa buku resepi buat kek dan sebuah buku motivasi dari Donald Trump. 

Jualan memang gila-gila murah! Jadi, tidak hairanlah kalau ada yang datang siap bawa troli atau bagasi untuk memborong buku. Saya yang baru pertama kali datang pun hampir terkejut macam nak pengsan melihat harga buku yang terlalu murah yang kebanyakannya buku-buku karya penulis dari luar negara.

Kalau korang semua nak tahu lebih lanjut, sila klik di sini.



P/s: Mujur tak bawak duit banyak. Kalau tidak, hujung bulan makan biskut lah nampaknya. (Tapi sebenarnya ralat sebab tak bawak duit lebih. *Lol!)

Thursday, 22 September 2011

Terima kasih Allah

Kerana memberi saya tekanan. Kerana tekanan itu menginsafkan. Kerana tekanan itu membuatkan saya dekat dengan Tuhan. Kerana tekanan itu membuatkan saya selalu berdoa. Kerana tekanan itu membuatkan saya berjimat cermat. Kerana tekanan itu membuatkan saya tidak berasa lapar. Kerana tekanan itu membuatkan saya rajin dan kuat berfikir siang malam hingga tidak lena tidur. Keranatekanan itu membuatkan saya kurang bercakap. Kadang-kadang tekanan itu menjadikan saya rajin mengemas. Tapi, bila tekanan itu datang saya tidak dapat membaca buku dengan sempurna. Dan apabila sudah lama tidak membaca, otak saya rasa kosong. Sebab itu, sejak akhir-akhir ini kurang entri pasal buku di blog ini. Dan saya rasa kerana tekanan itu jugalah saya kehilangan berat sebanyak 7 kg. Ok, sekian.

Saturday, 30 July 2011

Ramadhan yang dinanti...


Puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari. Selain makan dan minum, umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengumpat dan bergaduh. Umat Islam juga digalakkan bersedekah, serta meningkat amal ibadah di sepanjang bulan yang penuh barakah ini.

Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya umatku tahu apa yang terkandung di dalam bulan Ramadhan, pasti mereka mahukan sepanjang tahun itu bulan Ramadhan.”


Ramadhan tiba lagi. Untuk Ramadhan kali ini, saya tidak dapat menyambutnya bersama keluarga di kampung. Memandangkan komitmen terhadap kerja yang bertalu-talu, memaksa saya untuk menyambutnya secara bersendirian. Tapi, tak mengapa saya sudah pernah merasakannya sewaktu menuntut ilmu di utara tanah air suatu ketika dahulu.

Saya mengharapkan Ramadhan kali ini adalah yang lebih baik daripada Ramadhan yang lalu. Semoga kita semua dapat memanfaat bulan yang penuh barakah ini dengan beribadah sebanyak mungkin. Inilah peluang terbaik untuk kita menambah amal dan bertaubat.

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa” (Al-Baqarah 2:183)

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1432 H

Tuesday, 26 July 2011

Fanatik Harry Potter

Ini cerita tentang saya.

Kalau kamu semua bertanya kepada teman-teman rapat saya, sememangnya mereka tahu yang saya adalah seorang peminat fanatik Harry Potter sejak siri pertama filem ini ditayangkan.

Masih ingat lagi, ketika itu bulan Desember, musim perayaan kira-kira sepuluh tahun yang lalu, saya sanggup membatalkan hasrat untuk beraya bersama teman-teman semata-mata ingin menonton The Making of Harry Potter and The Sorcerer's Stone, iaitu filem pertama Harry Potter yang diadaptasi ke layar perak. Saya sangat teruja! 

Semasa di tingkatan satu, saya gemar beli dan kumpul buku-buku, majalah dan poster Harry Potter. Hampir setiap keratang akhbar yang tertera Harry Potter saya akan gunting dan tampal di dalam buku sekolah.

Saya masih ingat, Teacher Azlin, guru bahasa Inggeris ketika itu menyuruh pelajarnya menulis jurnal harian. Cerita apa saja yang kita mahu. Kebetulan ketika itu Harry Potter and The Prisoner of Azkaban kalau tak silap saya, sedang melanda pawagam. Jadi, saya menggunakan kesempatan ini untuk bercerita tentang Harry Potter. Sebab kawan-kawan yang lain tak ramai yang suka menonton Harry Potter. Jadi, saya tidak ada teman untuk berkongsi cerita tentang ini. Tiba hujung tahun, buku jurnal saya itu hilang. Saya hantar buku tersebut untuk dinilai, tetapi teacher saya mungkin tersalah letak, dan hilang sapai sekarang tak jumpa. Saya kecewa. Sebab di dalam buku tersebut saya tampal gambar Harry Potter yang cantik.

Masuk tingkatan lima, mula dah gatal. Berangan nak jumpa Daniel Radcliffe kat London konon. Haha! Sehingga terbawa ke dalam mimpi. Kononnya saya menang peraduan Harry Potter dan berpeluang menonton tayangan perdana bersama pelakon-pelakon Harry Potter di London.

Entah macam mana, suatu hari tu saya ke bilik guru. Tiba di satu meja guru tu, saya terpandang ada beberapa buah novel Harry Potter di atas meja cikgu tersebut. Cantik yang amat! Novel tu English version yang hard cover punya. Saya excited dapat pegang. Kemudian, saya pun berhasrat untuk memiliki kesemua novel Harry Potter. Hanya pada tahun 2007 hasrat itu terlaksana. Itupun secara berperingkat. Tak larat nak beli ketujuh-tujuh siri Harry Potter. Bankrup! 

Setelah membaca novel-novelnya, fahamlah keseluruhan cerita. Tak semua yang ada di alam novel tersebut ada di dalam movie. Jadi, kalau nak tahu keseluruhan cerita, bacalah novelnya terlebih dahulu. Dari situ, saya mula mnghafal beberapa jenis 'sumpahan' atau spell yang selalu diucapkan oleh Harry Potter. Seperti, Avada Kadavra, lumus, expelliarmus, expecto patronum, imperio dan banyak lagi. Kadang-kadang terpengaruh juga hingga terbawa-bawa dalam kehidupan seharian. Kata orang, tak elok disebut bimbang ia membawa makna yang tidak elok. Yalah, Harry Potter kan seorang ahli sihir. Bapa saya sendiri menegah saya membaca Harry Potter, katanya tidak berfaedah. Tetapi, saya ingat pesanan seorang teman, kalau buku itu seteruk manapun bahasa atau jalan ceritanya mengarut, bacalah ia hanya sebagai sebuah buku.



Monday, 11 July 2011

Konklusi: Mereka anggap BERSIH seperti penjenayah

Apalah salahnya mereka berhimpun. Apalah salahnya mereka ingin menyuarakan pendapat. Kalau berhadapan secara sendirian, tiada siapa yang mahu dengari. Kini, mereka bergerak secara berkumpulan. Ingin berhimpun secara aman. Salahkah? Ya, memang Seksyen 27 Akta Polis (Akta 334) jelas mencatat mana-mana pihak yang ingin mengadakan perhimpunan atau perjumpaan atau membentuk satu perarakan  di mana-mana tempat awam  perlu memohon lesen (permit) kepada polis.

Ok. Dalam hal BERSIH iaitu perhimpunan yang dianjurkan pembangkang, semestinya polis tidak mahu memberikan permit. Tetapi, bukankah presiden BERSIH, Datuk S. Ambiga sendiri sudah mengadap YDPA Sultan Mizan untuk berhimpun secara aman. Baik. Baginda bersetuju dengan syarat, perhimpunan tersebut mesti dilakukan di dalam stadium. Jadi, Stadium Merdeka telah dipilih untuk mereka berhimpun. Apa masalahnya sekarang? BERSIH tidak mengganggu orang ramai. Mereka tidak juga mengganggu lalu lintas. Yang tak puas hatinya, adalah beberapa pihak yang sengaja namanya tidak disebutkan di sini, tidak bersetuju. Tetap dengan pendirian mengatakan perhimpunan BERSIH itu haram! Konon BERSIH melanggar titah sultan. Apa cerita ni? BERSIH sudah dapat 'lesen' daripada YDPA, jadi tak perlukan permit daripada polis lagi. Itu kata BERSIH.

Kalau nak banteras 'jenayah' BERSIH tu bukan main. Semua jalan di pusat bandar mahu disekat. Stesen LRT ditutup. Sesiapa yang memakai baju kuning BERSIH akan ditahan. Waima, kanak-kanak berusia tujuh tahun pun ditahan kerana mengedarkan risalah BERSIH. Sangat teliti kerja polis. Gila penjenayah antarabangsa ni! Kalau dari dulu polis di Malaysia macam ni, alamat aman lah negara dari segala jenayah ragut, pecah rumah, mengedar dadah, bunuh dan macam-macam lagi.

Ok. Cukup. Bercerita tentang selepas perhimpunan. Lihat, rata-rata muka hadapan akhbar tempatan memaparkan 'kebiadapan' penyokong BERSIH. Konon penyokong BERSIH terrorist! Lihat gambar-gambar di bawah. Siapa yang biadap sebenarnya. Polis pun dua kali lima. Cubalah sesekali tu, Berita Harian paparkan gambar di muka hadapan seorang anggota polis sedang menerajang seorang penyokong BERSIH. Boleh tak? *Sigh!





Gambar ni terpapar di muka hadapan akhbar Berita Harian, Ahad 10 Julai 2011.
Apa cerita pula kalau anda menonton video ini?

Dan ini...

P/s: Dua, tiga hari sebelum perhimpunan BERSIH, akhbar dan berita di TV 'propa' je lebih!


Sumber gambar dan video: Al-Jazeera, Berita Harian dan youtube.

Sunday, 3 July 2011

KENTANG - Saharil Hasrin Sanin


Buku ini bukanlah sebuah novel atau sebuah cerita pendek mahupun antalogi puisi. Ia adalah himpunan contengan ilustrasi yang terdapat dalam sebuah blog milik penulisnya sendiri, Saharil Hasrin Sanin. 

Saya telah membaca separuh daripada buku ini semasa berada di dalam tren dari UKM menuju ke Seremban yang memakan masa hanya 45 minit. Buku ini ringan. Boleh dibaca di mana-mana jua anda berada. Di kedai makan, di atas pokok, ketika sedang beratur panjang untuk membeli burger atau apa saja keadaan sekalipun. Saya katakan begitu kerana buku ini tidak memerlukan pembacaan yang terlalu teliti. Ia sekadar ilustrasi seperti komik Ujang. Sangat kelakar. Bahasa yang sarkastik dan sinis. Siapa makan cili dia yang terasa pedas.


Tak sangka, kisah yang selalu diceritakan di blog akhirnya menjadi sebuah buku. Kalau macam tu, setiap blogger yang ingin terkenal, boleh la bukukan blog masing-masing. Hehe. Tapi dengan syarat, biarlah cerita yang bagus danbermutu. Tidaklah blog yang menjaja kisah peribadi tu nak dijadikan buku jugak. Agak-agak la kan? Apapun, ini suatu pendekatan yang baik. Semoga, Malaysia ni dapat melahirkan lebih ramai blogger yang berkualiti. Kalau saya bukukan blog saya ni, agak-agak ada orang nak beli tak? Haha!

Berbalik semula kisah Kentang. Saya suka kisah seorang bapa sedang membaca sisipan jawi akhbar Utusan Melayu. Situasi ini sehari selepas pemenang Juara Lagu diumumkan.

Katanya, "Mayat menang Juara Lagu?" Dia ulang lagi, "Mayat Uncle Husin menang Juara Lagu?" Dia tak puas hati dan membaca sekali lagi dengan kuat. "Mim ya ta...mayat kan?" Si anak yang mendengar ketawa terbahak-bahak!

Ha ha ha ha!

Kemudian, saya suka part dialog antara manusia dengan kerang. Halaman 136.

S: Terangkan sedikit tentang diri saudara.

J: "Nama saya kerang. Saya tinggal di tepi laut. Saya belum berkahwin tetapi memang berhasrat mahu berumahtangga dengan wanita idaman saya. Di waktu lapang saya suka mendengar muzik dan tersengih."

S: Tersengih macam mana yang saudara suka?

J: Tersengih macam kerang.

Ha ha ha!

Tetapi, ada juga beberapa halaman yang saya tak berapa nak faham. Contoh, ilustrasi gambar ayam, ABCD dan lain-lain. Buku ini telah memberitahu dan menunjukkan saya bagaipana rupanya ayam berak kapur. Ayam berak keluar kapur. Ha ha ha!

Serius kelakar. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai penulis, buku dan blognya, sila klik pautan ini: http://saharil.com/

P/s: AWAS! Buku ini mengandungi beberapa ilustrasi yang berbaur 18SX. Jadi, sila pantau anak-anak di bawah umur jika ingin membaca buku ini yang mungkin boleh dianggap komik seperti Kampung Boy. (Saya tak faham kenapa mesti ada unsur tersebut. Ops!)

Sunday, 26 June 2011

Macaron yang tidak menjadi...


Cantik atau hodoh? Ok, tak mahu komen. Biasalah, pertama kali buat kan mesti tak jadi. Agaknya kenapa jadi begitu ya? Salah satunya, selepas dibulat-bulatkan tidak dibiarkan rehat beberapa minit. Mungkin juga terlebih pukul. Ok, cuba lagi di lain hari.

Sangat jeles tengok macaron yang cantik-cantik warnanya. Oh! Sumber gambar di bawah daipada Google.





 P/s: Korang tak rasa teruja nak buat ke?

Thursday, 23 June 2011

Karipap-karipap Cinta - Nazri M. Annuar

Setiap hari menunggu tren di stesen komuter untuk ke tempat kerja (beberapa hari yang lalu), telah membuatkan diri saya sering kali tersenyum dan dan ketawa sorang-sorang. Ada kalanya gelak saya terlepas secara spontan dan menyebabkan beberapa penumpang tren memandang ke arah saya. Ah! Malu, tetapi pedulikan. Macam tak biasa pula. Entah kenapa agaknya, novel kali ini kelakarnya luar biasa.

Novel hasil tulisan Nazri M. Annuar (http://www.dunia-vovin.com) bagi saya agak luar biasa. Memang betul la kata orang yang pakar buku, penulis buku perempuan dan lelaki sangat berbeza. Kita boleh kenal dengan hanya membaca buku dan boleh agak gaya penulisan kedua-dua gender ini. Jadi, untuk buku ini, gaya bahasa Vovin sangat lain daripada penulis yang lain. Kalau boleh dikategorikan novel 'gila-gila', saya mahu meletakkan penulis Hlovate dan Vovin. Dan antara Hlovate dan Vovin, mereka punya kekuatan tersendiri. 

Bercerita tentang novel Karipap-karipap Cinta, saya antara peminat fanatik novel ini. Sebab, saya asyik membaca ulasan di blog mereka-mereka yang sudah membaca, semuanya memberikan pujian. Sekarang, saya pula mahu memuji.

Ini kisah tentang Ali, yang wataknya biasa-biasa sahaja. Lelaki bujang, faham-faham sajalah. Nak mengurat Sarah yang tarafnya ibarat seorang ustazah. Dari sini saya faham, betapa lelaki macam Ali pun masih ada hati nak kan seorang perempuan seperti Sarah. Dan, gadis manis lepasan Al-Azhar seperti Sarah, boleh juga jatuh hati kepada Ali. Dipendekkan cerita, seorang rokers nak mengurat seorang ustazah. Siapa kata ustazah tak boleh bercinta dengan rokers? Tak semestinya ustazah mesti dengan ustaz. Lebih kurang begitulah kisah di dalam novel ini.

Bermaca-macam helah dan lawak antarabangsa, yang kalau baca boleh je gelak sampai hampir pecah perut. Tak percaya? Bacalah kalau nak tahu. Sejujurnya, novel ini sangat baguslah kalau lelaki nak baca, sebab saya rasa watak seperti Ali memang banyak kat Malaysia ni. Sesuailah untuk korang.

Selepas membaca, tahulah saya kenapa tajuknya Karipap-karipap Cinta. Selain watak Sarah yang suka makan karipap, tajuknyanya juga boleh dikaitkan dengan tajuk-tajuk novel karya Habiburahman El-Shirazy seperti Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih dan lain-lain.Mungkin, Vovin sengaja beri tajuk begitu.

Untuk kamu semua, bacalah Karipap-karipap Cinta jika mahukan kelainan. Novel ini memang berbeza.

P/s: Suka dengan kata-kata Bart Rasta:

"Hidup adalah cinta,
cinta adalah jiwa,
jiwa adalah nyawa,
nyawa adalah manusia,
dan manusia adalah cinta.
Tanpa cinta, tiadalah kita,
kita wujud di dunia kerana cinta Tuhan,
tanpa cinta Tuhan, kita tiada makna,
tanpa makna, tiadalah cinta di dunia.
Tanpa cinta, tiadalah kita.
Tanpa kita, tiadalah cinta!"

Sunday, 29 May 2011

Sekeping Hati Yang Kuat

Eh, panjangnya tajuk blog? Biarlah. Sudah lama saya tak update blog. 

Ingatlah bahawa Allah akan menguji hambaNya yang mengaku beriman dengan dugaan.

Kadang-kadang betul juga kata orang, “Teman ketawa memang ramai. Tapi, teman ketika berduka…semua lari”. Macam ni ke kawan? Kata orang lagi, cari teman yang boleh pinjamkan bahu untuk menangis. Tapi, bahu siapa? Masing-masing tak mahu basahkan baju dengan air mata orang lain. Betul tak? Kawan jenis apa kamu ni? Semoga saya menjadi kawan yang baik kepada kamu semua.

Kamu jangan salah faham. Saya tidak menyalahkan sesiapa. Tak mengapa, kerana Allah sajalah tempat terbaik untuk mengadu. Sesungguhnya, Dia yang lebih mengetahui segala apa yang di hati kamu, biarpun sekecil zarah!

Kita kalau baik sangat pun orang kutuk dan ada orang mengata jugak. Baik dengan orang salah, jahat dengan orang pun lagi lah salah. Entah kenapa dengan manusia zaman sekarang. Jadi, sabar sajalah dengan manusia yang macam tu. 

Sesungguhnya, perbuatan-perbuatan baik itu dapat melindungi serangan-serangan jahat. – Riwayat Al-Tirmizi dan Ahmad 

Biasalah, hidup macam bumi (roda). Kadang-kadang panas terik. Kadang-kadang hujan, ribut, taufan. Kemudian redup. Siang-malam-siang-malam-siang-malam. Kalau semuanya sama saja, tak best lah hidup ini kan?

Kepada teman-teman blogger yang dilanda masalah, musibah, dugaan…ingatlah Allah itu ada. Jangan berputus asa kalau gagal atau kena marah atau kena buli. Wasiat Imam Hasan Al-Banna: Putus asa itu bukannya sifat seorang Muslim. 

Kawan-kawan, jangan bila dah sakit atau susah je baru nak ingat Tuhan.

Sekian.

P/s: Entah kenapa entri saya kali ni berbaur luahan perasaan. Ah! Semua orang ada perasaan bukan?

Saturday, 7 May 2011

Sasaran 30 buah buku Goodreads saya



Saya telah menetapkan sasaran tersebut pada bulan Januari yang lalu. Sehingga hari ini saya baru hadam 7 daripada 30 buah buku. Ini bermakna, saya ada tujuh bulan lagi untuk menepati sasaran tersebut. Mujur saya tidak mensasarkan 50 buah buku. Saya membaca agak lambat dan suka bertangguh-tangguh.

Alasan yang munasabah? Komitmen kerjaya. Memang itulah alasan yang selalu orang bagi kalau tak sempat melakukan sesuatu. Kerja kerja kerja. Padahal boleh je bahagikan masa. Malam kan ada. Hujung minggu juga ada. Malam letih la, nak berehat dan tidur. Ah! Boleh je kalau luangkan sedikit masa, bukan?

Selepas PBAKL, azam saya semakin membuak-buak. Sasaran 30 buah buku itu menjadi semakin teguh. Ini kerana buku-buku yang saya beli di PBAKL sangat-sangatlah menarik dan perlu dibaca secepat mungkin. Mungkin benar kata seorang teman, kalau rasa bosan membaca satu buah buku pada satu-satu masa, bacalah dua tiga buah buku pada satu masa. Saya sudah cuba dan berjaya. Saya berharap penghujung bulan Disember nanti saya boleh baca lebih daripada 30 buah buku. Ok, berusaha!

Monday, 2 May 2011

Pesta Buku Antarabangsa KL 2011

Alhamdulillah. Saya berkesempatan untuk berkunjung lagi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpun (PBAKL) pada tahun ini. Tahun lepas, saya tidak dapat beli apa-apa bukupun. Tetapi, pada tahun ini saya seolah-olah mahu menebus apa yang tidak dapat saya beli tahun lepas.

Hari pertama saya berkunjung ke PBAKL adalah pada hari Ahad, 24 April. Namapun sudah hari Ahad. Jadi, kepadatan manusia itu sememangnya sudah saya maklum. Jadi, saya bersedia untuk itu. Matlamat saya kali ini adalah buku dan kawan. Saya ingin membeli buku dan berjumpa kawan yang hanya dikenali di Facebook. 

Setibanya di sana, saya disambut oleh kakak dan kemudiannya kami dibawa untuk menjamu selera sebab sebelumnya ada sesi Dialog Orang Muda (DOM). Di sanalah saya bertemu dengan ramai penulis yang bagi saya hebat-hebat belaka. Apa yang mengagumkan saya, seorang penulis yang lahir daripada program MPR, orangnya kecil molek, umurnya tua saya empat tahun. Sekali pandang macam pelajar sekolah dan karyanya sudah merata di majalah dan akhbar tempatan! Itu sudah bagus. Suatu pencapaian yang membanggakan. Kata saya dalam hati, kalah aku. Padahal saya belum pernah menghantar karya ke mana-mana penerbitan pun. Haha.
Bersama pengacara Kembaca Buku TV1, Sayed Munawar.
Saya diapit oleh penulis muda yang hebat!
PBAKL kali ini saya membelanjakan apa yang saya mahu. Saya sudah menyenaraikan buku apa yang mahu dibeli dan membajetkan berapa banyak ringgit yang perlu dilaburkan. Alhamdulillah, sehingga hari kedua saya pergi, saya berjaya mengikut perancangan. Cuma, ada satu, dua buku yang tak beli dan terbeli.

1)
Antara buku yang saya teringi beli adalah Karipap-karipap Cinta karya Nazri M. Annuar. Sana-sini bercerita tentang novel ini. Hot sangat ke?

2)
Kemudian, saya beli buku Nota Hati Seorang Lelaki hasil tulisan Ustaz Pahrol Mohd. Juoi. Saya tertarik dengan buku bestseller ini. Mana-mana blog saya pergi, kebanyakannya mesti ada cover buku ini sebagai buku favorite. Ada apa dengan lelaki?

3)
Seterusnya, buku yang saya cari adalah 'novel gila-gila Hlovate'. Bukan novelnya yang gila mahupun penulisnya, tetapi cerita yang ditulis oleh beliau kebanyakannya 'gila-gila' belaka. Haha! Saya dah pernah baca novelnya, sebab itu saya berani katakan demikian. Tak percaya? Mari datang kepada saya, saya boleh beri pinjam. Ataupun tak payah susah-susah, klik saja di blognya, Hlovate, kamu pasti akan 'gila' sekejap!

*Satu lagi cerita tentang Hlovate atau penerbitnya iaitu Jemari Seni, penerbitan ini telah memberikan saya diskaun yang gila juga. 30% untuk setiap novelnya. Jadi saya beli dua buah novel Hlovate, Versus dan aA + bB baru RM27.00 korang! Gila ke tidak tu? Nasib baik saya tidak terpengaruh untuk membeli lebih banyak novel di situ. Cukuplah, nanti buku lain tak dapat beli.

4)
Buku yang seterusnya, Bercinta Sampai ke Syurga karya Hasrizal Abdul Jamil a.k.a. saifulislam.com. Apa bestnya buku ni? Buku ini sebenarnya trilogi daripada Aku Terima Nikahnya versi yang kedua.  Saya belum baca yang pertama, jadi saya beli yang kedua sebab buku yang kedua ni ada promo dalam drama Hani TV3. Boleh tak macam tu? Huhu.

5)
Selebihnya, saya beli buku resepi kek. Ya, saya kini sedang mendalami ilmu kek dan roti, kuih muih dan masakan, jadi buku-buku seperti ini penting untuk pemahaman saya. Dalam banyak-banyak buku resepi, saya suka buku Cakes. Sebab di dalamnya terdapat beberapa falsafah mengenai dunia kek dan roti. Alahai, nak cerita tentang kek ni panjang sangat. Nanti saya jadikan sebuah tajuk ok.

6)
Buku-buku seterusnya saya beli tanpa perancangan atau ragu-ragu nak beli atau dah nampak, dah pegang baru nak beli. Huhu. Seperti, Gadis Oren terbitan ITNM sebab saya dapat kupon percuma 30% daripada ITNM selepas DOM. Selepas itu, Cindarellah vs Repunzellah sebab terpengaruh dengan Kedai Pink Ain Maisarah. Kemudian, Namaku Epal Kuning sebab saya pelik dengan tajuknya, dan tertarik dengan warna kuning pada kulit bukunya. Akhir sekali, Detektif Indigo kembali. Jalan-jalan di Al-Ameen baru perasan novel Faisal Tehrani yang satu ni saya belum baca.
Antara buku-buku yang saya beli di PBAKL 2011
Habis cerita tentang pesta buku. Kini, saya perlu membahagikan masa untuk membaca buku-buku dulu dan buku-buku baru. Ya, masa itu penting. Kepada anda yang beli banyak buku di pesta buku, selamat membaca!

Oh ya, saya dapat jumpa Ain Maisarah hanya pada hari kedua berkunjung ke PBAKL. Hari pertama saya dapat lihat dari jauh. Tak dapat minta tandatangan, sebab deretan manusia yang beratur memadamkan hasrat. Hari kedua pergi, dapat tandatangan, dapat salam dan dapat bergambar :)
Dapat juga jumpa dan bergambar dengan Ain Maisarah :)
Oh! Terharu....
P/s: Jumpa lagi PBAKL tahun depan!

Saturday, 30 April 2011

Selamat Hari Jadi, Selamat Pendek Umur!


Semalam, 29 April, hari ulang tahun kelahiran saya. Apa yang ada pada hari jadi? Ucapan? Kek? Tiup lilin? Nyanyian? Hadiah? Doa? Baling-baling tepung, telur, air sabun dan apa saya bahan berunsurkan untuk menyakat? Bagi saya, cukuplah sekadar doa. Tanda kesyukuran kita terhadap Pencipta. Tiada kek pun tak apa. Kalau kamu tak nyanyi pun tak mengapa. Cukuplah sekadar mendoakan kesejahteraan saya.

Namun, disebalik hari jadi itu, ada sesuatu yang ingin saya kongsikan. Menurut buku Nota Hati Seorang Lelaki, hasil tulisan Ustaz Pahrol Mohd. Juoi, semakin hari sebenarnya semakin pendek umur kita. Kerana tarikh mati telah Allah tetapkan sejak di dalam rahim ibu lagi. Semakin hari semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu. Jadi, jangan terlalu berbangga dengan umur jika kamu dudah meningkat dewasa, semakin bebas membuat keputusan. Tetapi fikirlah bahawa, amal kebaikan itu perlu bertambah seiring pertambahan usia. Itu yang saya harapkan.

Hukama berkata, "Sesiapa yang tidak tahu untuk apa dia akan mati, maka dia tidak layak hidup!"

Mati bukanlah suatu pengakhiran, tetapi suatu permulaan. Permulaan kepada hidup yang tidak mati-mati lagi - alam akhirat. Hidup selepas mati itulah hidup yang hakiki! Umur hanyalah putaran suria, purnama dan buana yang dilakarkan oleh jarum jam, minit dan saat sebuah arloji.

Surah Al-Baqarah menukilkan, seseorang yang mati di jalan Allah hakikatnya terus hidup. Syuhada mendapat pahala dan kurnia berterusan daripada Allah. Jadi, petua untuk panjang umur ialah mati syahid. Menurut ahli sejarah, sahabat Rasulullah itu hidup kerana mereka mencintai mati. Dan generasi hari ini 'mati' kerana terlalu mencintai hidup.

"Panjang dan pendek umur bukan pada kuantiti, tetapi pada kualiti."

Terima kasih kepada teman-teman di Nor Cake House!

Sunday, 10 April 2011

Bedar Sukma Bisu by Faisal Tehrani

Kisah tentang sebuah semenanjung emas. Tanahnya emas, lautannya perak berkilauan. Ada pohon dan tanam-tanaman. Ada hujan menyegarkan. Ada sungai-sungai mengalir perlahan. Ada awan-gemawan melitupi meneduhkan. Ada laut bergelora permukaan tetapi tenang di dalam.

Membaca novel ini sama keadaannya seperti saya membaca novel Imam dahulu.  Agak lambat saya hayati. Bahasanya mudah tetapi penceritannya sedikit berat. Apatah lagi untuk saya yang tidak tahu apa itu bedar. Sehinggakan, saya bertanya kepada kakak. Apa itu bedar? Rupanya, adik-beradik perahu, kapal atau sampan.

Cerita ini terlalu sarat dengan bedar. Tentang keluarga Wefada yang menjadikan bedar sebagai ekonomi keluarga. Novel ini lebih banyak membicarakan tentang konsep ekonomi. Ada juga bahagian yang saya skip, sebab tak faham. Cuma sedikit faham mengenai Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebab dulu pernah belajar. Apapun, saya cuba untuk menghabiskannya.

Satu lagi perkara yang membuatkan saya serabut mengenai kedudukan watak dan bab.  Sebagai contoh, bab satu cerita sedikit tentang nenek Wefada, iaitu Tengku Fatimah. Kemudian, bab dua cerita tentang Elamine. Lepas tu masuk pula Muawiyah, Waqeel, Marwan, Chen, Ben Qortubi dan lain-lain watak. Sehinggakan saya terpaksa membuat mind-map untuk susun semula salasilah keluarga Wefada.

Apa yang saya suka adalah ketika membaca mengenai kesuburan tanah di Semenanjung Emas iaitu Malaysia. Mengulang kembali ingatan saya terhadap sejarah Melaka. Ketika membaca novel ini, filem Hikayat Merong Mahawangsa sedang hangat ditayangkan. Dan secara kebetulan juga saya terjumpa persamaannya iaitu Semenanjung Emas dan bedar.

Ceritanya memang bagus. Saya kagum dengan Dr. Faisal Tehrani kerana setiap buah tangannya pasti bukan yang calang-calang. Semestinya sesuatu yang excellent. Jadi, tak hairanlah kalau novel ini memenangi tempat pertama Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP.


"Sesungguhnya Allah menyukai hamba-Nya yang bertaqwa dan yang kaya" (Riwayat Saad bin Abi Waqqas, halaman 98)

"Nabi Muhammad yang pintar berniaga dan tidak pernah menolak kekayaan sebagai satu unsur penting dalam dakwah dan jihad." (halaman 180)

P/s: Jadi, tak salah kalau nak kaya, asalkan jangan sombong dan kedekut.

Thursday, 31 March 2011

Projek 1: Majlis Pelancaran Student Mall, UiTM

Baru-baru ini saya terlibat dalam aktiviti luar iaitu berniaga di Dataran Cendekia, UiTM Shah Alam sempena Majlis Pelancaran Student Mall. Saya dipertanggungjawabkan untuk membuat sales di booth yang disediakan di situ. Ini pengalaman pertama saya buat sales di luar. Kalau bab berniaga, bertemu pelanggan ni saya sudah biasa. Dulu saya pernah tolong emak menjual kuih. Sebelum ini juga saya pernah bekerja di sebuah kedai.

Sales? Saya ok.

Sepanjang tempoh itu saya telah berhadapan dengan bermacam-macam jenis pelanggan. Tetapi, di UiTM, saya tahu pelanggannya rata-rata terdiri daripada kalangan pelajar dan pensyarah. Jadi, saya bersedia untuk itu. Pelajar sememangnya suka makan kek. Terutamanya perempuan. Jadi, sekarang saya sudah faham. Kek sinonim dengan perempuan dan cantik! 

Saya berniaga di sana bersama beberapa orang rakan. Kami berniaga selama lima hari. Sebagai peniaga perlu faham pelanggan. Ok, pertama, untuk pelajar, sabtu ahad memang lengang. Mereka kebanyakannya balik kampung. Jadi, kalau nak buka kedai area kolej, kenalah faham situasi ni. Kedua, kebetulan Dataran Cendekia terletak berdekatan kolej perempuan, memang tepatlah dengan sasaran kami. Produk dengan lokasi kami memang strategik. Ketiga, pelanggan ni nak kena dipujuk baru nak beli. Betul saya cakap. Mula-mula mereka jalan-jalan, tengok-tengok dan usik-usik. Kalau kita tak tegur dia tak beli dan terus pergi. Jadi sya 'hasut' dengan cara begini,  “Kek slice ni murah dan cantik. Seringgit je. Di luar tak dapat harga ni.” Atau, “Satu je ke? Habiskanlah. Tinggal satu je lagi, kami dah nak kemas nak balik dah ni.” Atau, “Kak, tinggal empat je (katakan dia nak beli dua), nanti sampai bilik kawan nak sikit. Lebih baik beli lebih.” Dan atau, “Satu je ke? Box ni besar, ada ruang lagi. Boleh isi lagi dua jenis cupcakes.” Ternyata, hasutan saya berjaya! Berjaya meleburkan niat mereka untuk beli lebih dari yang dihajati. Inilah namanya trick atau clever solution! 

Apapun yang anda lakukan, bermulalah dengan niat. Alhamdulillah, perniagaan kami berjaya. Bukan itu sahaja, booth kami terpilih sebagai pemenang booth terbaik, tercantik dan terbersih. Ini semua hasil kerjasama kami, staf yang bekerja membuat kek di kedai dan kami yang berniaga serta beberapa orang rakan yang membantu. First project done. The next project, will coming soon.

Black Forest
Cupcakes
Carrot Cake
Orange Delight
Chocolate Indulgence
Choc Moist
Chocolate Indulgence
Kemeriahan kedai kami =)
Dia jiran kami. Sangat berbakat. Pada mulanya, saya sangkakan dia  student arts. Rupanya student business. 
Ni antara hasil lukisannya.
Hari terakhir, lelong!
Ice Blended
 

Wednesday, 30 March 2011

Novel Siri Detektif Indigo: Ikan fugu, Lukisan & Jimson

Novel Siri Detektif Indigo: Ikan Fugu, Lukisan & Jimson merupakan kesinambungan novel HSKU, Detektif Indigo karya Faisal Tehrani. Kalau dulu, saya memberikan lima bintang untuk Detektif Indigo. Tetapi kali ni saya hanya memberikan empat sahaja. Kerana, kebanyakan watak perwatakan sudah diketahui. Jadi, tidak ada apa yang mengujakan mengenai watak. Jalan cerita juga agak ringkas berbanding novel yang pertama.
Baiklah. Bercerita tentang novel ini, ia terbahagi kepada tiga bahagian atau tiga kes penyiasatan. Pertama penyiasatan tentang ikan fugu (sejenis ikan yang berasal dari Jepun), yang melibatkan Chen-chung, Faruq, Ruzbihan dan Isamu. Kedua, penyiasatan tentang kecurian lukisan untuk pameran yang melibatkan Mihrimah Maryam. Manakala Rabiah Zaitun pula mengendalikan kes penyiasatan berkenaan Jimson. Pada mulanya saya menyangkakan Jimson adalah nama orang, tetapi ia sebenarnya adalah sejenis teh. Teh yang ada kesan dadah dan boleh menyebabkan penggunanya mengalami halusinasi bunyi, lupa, selain suhu badan naik mendadak juga boleh mengalami photofobia, takut dengan cahaya. Kesemua detektif indigo terpaksa mengorbankan beberapa hari cuti sekolah mereka untuk menjadi penyiasat.
Daripada ketiga-tiga kes, saya dapati penyiasatan tentang ikan fugu yang lebih menarik perhatian. Kerana, penyiasatannya lebih dramatik melibatkan empat orang detektif indigo.
Untuk novel kali ini, watak kegemaran saya, Faruq tidak banyak mengeluarkan fakta ‘Tahukah Anda’ yang menarik atau kelakar. Mungkin kerana fakta-fakta menarik itu telah banyak dicurahkan untuk Detektif Indigo yang pertama. Namun fakta-fakta ini tetap mampu membuatkan pembaca mengukir senyuman.
Sebagai contoh, tahukah anda mesin elekteonsefalograf  akan mengalirkan satu gelombang elektrik yang dapat mengesan sebarang penipuan yang dilakukan pada otak?
Atau, tahukah anda dalam tahun 1971 sebuah syarikat makanan segera Bon Vivant telah jatuh bangkrap kerana seorang pelanggannya meninggal dunia akibat keracunan botulinum yang terdapat di dalam sup segera vichyssoise?
Atau, tahukah anda takifugu rubripes (ikan fugu) ikan dengan bibir tebal sebenarnya mengandungi tetrodotoxin.
Atau, tahukah anda dalam tahun 1776 Paul Revere mengecam mayat Joseph Warren sepuluh bulan selepas dikebumikan menerusi giginya?
Atau, tahukah anda permaidani Parsi mengandungi kira-kira sejuta ikatan dalam setiap  tiga kaki persegi, warna dan kualitinya hanya akan luntur selepas lima ratus tahun.
Selain itu, di dalam novel ini juga saya jumpa banyak perkataan saintifik yang sukar untuk disebut. Seperti, elektreonsefalograf, subdural hematoma, vichyssoise dan tetrodotoxin.
Dan perkataan yang paling unik dan paling susah untuk disebut di dalam novel ini adalah, Llanfairpwllqwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch iaitu nama tempat yang diketahui paling panjang di bumi ini yang terletak di barat laut Wales, United Kingdom. Tetapi selalunya orang menyebut sebagai Llanfair PG saja.
Macam mana? Cuba anda sebut dengan sekali lafaz sahaja. Hehe…berbelit lidah bukan? Kesimpulannya, biarpun ratingnya sedikit jatuh daripada novel yang pertama, namun jalan ceritanya tetap menarik dan mampu memberikan manfaat kepada pembaca. Saya akan baca Detektif Indigo Kembali pula selepas ini.

Thursday, 24 March 2011

Anda adalah apa yang anda baca

Dia suka baca komik. Patut la perangai dia juga seperti kartun. Oh, dia sangat jiwang sebab dia sangat suka baca novel cinta terbitan Alaf 21. Kamu lihat dia serius bukan? Sebab dia lebih banyak membaca buku sastera berbanding novel-novel biasa. Tahu sajalah, novel sastera kan novel untuk golongan orang tua. Dia tu, sangat suka berimaginasi dan berfantasi. Nak tahu kenapa? Sebab dia suka sangat membaca novel bersiri Harry Potter.

Yang mana satukah anda? Saya....semua! Boleh jadi perangai saya seperti Detektif Conan untuk beberapa ketika setelah membaca novel Detektif Indigo karya Faisal Tehrani. Boleh juga jadi, perangai saya suka berimaginasi, kononnya boleh merubah masa sekarang kepada 20 tahun akan datang atau 20 tahun yang lampau setelah membaca novel bersiri Harry Potter. Mungkin, saya akan termimpikan jejaka kacak lagi bergaya menaiki BMW 5 series setelah tidak tidur semalaman dek penangan novel cinta Alaf 21. Ataupun, saya menjadi seorang yang sangat puitis dalam berkata-kata selepas membaca karya sastera seperti novel Imam karya Abdullah Hussain. Kadang-kadang saya juga teringin nak menjadi watak gila-gila seperti novel karangan Hlovate.

Ah! Sangat tidak tetap pendirian. Kita tidak boleh menilai seseorang itu daripada apa yang dia baca. Boleh jadi, seseorang itu tidaklah seburuk kartun. Mungkin dia seorang yang serius, tetapi oleh kerana minatnya ke arah komik kita pula menggelarkannya kartun. Seperti yang saya terangkan di atas, keadaan minat saya berubah-ubah. Mengikut jenis pembacaan. Di sini jelas menunjukkan, pembacaan yang bagus adalah pembacaan yang memberikan kesan yang mendalam terhadap pembaca.

Saya selalu juga mendengar kata-kata seperti: "Tak bosan ke baca buku sastera? Tak cool langsung!"
Atau, "Kau ni suka sangat baca novel islami, tak masuk la dengan aku"

Oh, saya sangat berkecil hati dengan kata-kata seumpama itu. Belum cuba, belum tahu. Bukan apa, saya cuma mahu kawan saya beralih sedikit daripada pembacan yang sama. Sebab itu saya memberinya pinjam buku-buku seperti itu. Selepas seminggu, dia pulangkan semula. Katanya, "Aku tak bacapun. Tengok cover pun dah tahu tak best."

Hello, novel Tunggu Teduh Dulu pun cerita tentang cinta. Konserto Terakhir yang kau baca sampai keluar air mata dan hingus semasa di tingkatan lima dulupun adalah novel karya Sasterawan Negara.

Aduhai, bagaimana agaknya ya nak merubah persepsi sesetengah masyarakat Malaysia ni agar membaca bahan bacaan yang bermanfaat dan memberi kebaikan kepada diri sendiri?

Jadi, kalau anda nak berubah. Berubahlah dengan pembacaan. Jadilah apa saja yang kamu mahu jadi. Apa salahnya sesekali tu tukar selera. Orang jahat juga boleh berubah menjadi alim setelah membaca buku.

P/s: Ini adalah pandangan saya yang bukan pakar. Jadi, kalau ada yang tidak bersetuju silalah suarakan.

Sunday, 13 March 2011

Sedetik Lebih --> Lagu berhantu


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya