Wednesday, 26 January 2011

Jutawan Blog?

Anda boleh jadi jutawan jika anda memiliki blog? Boleh percaya ke?

Tentu ramai yang terkejut setelah membaca muka hadapan akhbar Berita Minggu (BM) Ahad lalu. Tentang seorang blogger boleh untung RM1 juta hanya dengan menulis blog. Saya tak baca berita lain dulu, terus sambar berita seperti di muka hadapan.

Oo...bukanlah jutawan pun. Itu anggaran secara purata saja. Mustahil kamu boleh menjadi jutawan dengan menulis blog saja. Mustahil! Kecuali jika kamu memang seorang businessman atau seorang penulis buku bestseller. Itu memang tidak dinafikan.

Blogger seperti yang diceritakan di dalam BM tersebut adalah seorang wanita dan juga seorang ibu. Blog http://redmummy.com/ telah mendapat perhatian seluruh negara. Ya, saya telah melawat blog beliau. Memang aktif. Tetapi, bagi saya blog Red Mummy itu sama saja seperti blog orang lain. Membaca ceritanya kadang ada yang sama dengan orang lain. Iaitu menjaja kisah peribadi. Perihal kehidupan seharian. Apa yang menguntungkannya sebenarnya adalah Nuffnang! Dia dapat duit bukan hasil jualan barang atau apa pun. Dia dapat duit sebab Nuffnang yang beri.

Apa itu Nuffnang? Nuffnang itu adalah komuniti pengiklanan blog. Blog kita boleh memaparkan iklan berasaskan grafik daripada pihak pengiklan. Contohnya seperti Nokia, Nike, Nestle dan banyak lagi. Jadi, blog kita menjadi perantara untuk Nuffnang menyampaikan berita/iklan kepada pembaca blog. Lebih ramai follower sesebuah blog bermaksud lebih popularlah sesuatu blog itu. Jadi, bila dah ramai follower, Nuffnang akan beri blogger tersebut upah berbentuk cek. Maka, dengan itulah mereka digelar 'Buat Duit Dengan Blog'

Faham? 

Saya pun sebenarnya baru saja faham selepas diceritakan oleh seorang teman. Untuk maklumat lebih mendalam, sila baca di laman web Nuffnang. Anda tentu juga perlukan duit bukan? Materialistik! Seperti saya. Haha. Siapa yang tidak mahu duit? Jadi, berusahalah menjadi jutawan. Ingat, berwaspadalah dengan setiap entri yang dimasukan. Berikanlah maklumat yang bermanfaat untuk semua. Mereka dapat ilmu, anda dapat pahala. Janganlah dok merapu dengan entri yang tidak berfaedah.

Tetapi, saya sedikit ragu-ragu dengan sumber pendapatan tersebut. Nanti saya tanyakan kepada ustaz ok. 

p/s: Selamat menjadi jutawan blog!

6 comments:

ADMIN (MB) said...

Orang sekarang kaya depan komputer je.

Siti Salha Rosman said...

Betul. Itu sebab rakyat Malaysia ramai yang obes. Sebab buat kerja tak bergerak. Statik.

Pei Pan said...

Ada juga kawan pernah katakan tentang blog ini dah "keistimewaan"nya menjaja kisah peribadi.


Tapi saya kurang berminat pula untuk membacanya kerana tidak menambah apa-apa.

Siti Salha Rosman said...

Betul tu. Saya juga kurang berkenan dengan blog yang terlalu menjaja kisah peribadi. Tapi, blog macam tu lah yang selalunya mendapat follower tertinggi. Apa rakyat Malaysia ni suka bergosip hal peribadi orang agaknya.

Pei Pan said...

Rakyat menyenangi hal-hal ringan sahaja. Jika membaca - hanya novel cinta murahan, jika menonton- hanya filem bertaraf jamban.

Yang ringan-ringan ini mudah di hadam dan tak perlu fikir, begitulah agaknya mentaliti mereka.

Siti Salha Rosman said...

Rakyat Malaysia malas berfikir. Suka apa yang ada di depan mata. Apa salahnya tulis sesuatu yang bermanfaat untuk pembaca.