Friday, 18 February 2011

Projek Tunas Mekar



Alhamdulillah. Setelah berkali-kali memohon, akhirnya saya diterima sebagai perunding muda atau lebih tepat lagi perantis Projek Tunas Mekar Negeri Selangor untuk siri ketiga. Saya sangat berbesar hati dan sukacita dengan perlantikan ini.

Projek Tunas Mekar merupakan satu program perantis keusahawanan yang melibatkan graduan terpilih ditempatkan bersama pengusaha kecil dan sederhana (IKS) yang sesuai dan mengikut bidang yang diminati oleh graduan. Seorang pensyarah UiTM akan ditugaskan menjadi kaunselor perniagaan kepada graduan dan pengusaha tersebut. Pengusaha adalah pemilik perniagaan.

Objektif utama projek ini adalah graduan dan pengusaha akan membantu meningkatkan prestasi perniagaan pengusaha dan pengusaha pula dapat membantu graduan mendapatkan pengalaman praktikal dalam dunia perniagaan. Win-win concept macam tu. Saya berharap sangat pengusaha saya nanti seorang yang tidak lokek ilmu dan boleh memberi tunjuk ajar kepada saya.

Pengambilan graduan Tunas Mekar setiap tahun tak ramai. Untuk Negeri Selangor saja hanya 38 orang. Jadi, sesiapa yang diterima tu memang bertuah. Gunakanlah peluang yang ada ni sebaik mungkin. Syarat-syarat untuk mengikuti projek ini tak banyak. Anda mestilah seorang pemegang Diploma atau Ijazah dari mana-mana universiti yang diiktiraf. Sepanjang tempoh satu tahun, graduan akan diberi elaun sebanyak RM800.

Saya telah terpilih untuk mengikuti projek usahawan ini di Selangor memandangkan permohonan di Negeri Sembilan belum dibuka. Apa yang saya minat? Saya berminat dalam bidang kek dan roti. Jadi, saya telah di tempatkan bersama seorang pengusaha kedai kek di Padang Jawa, Shah Alam.

Projek Tunas Mekar dijalankan selama setahun. Untuk tahun ini bermula 16 Februari 2011 hingga 15 Februari 2012. Jadi, selama setahun saya akan menuntut ilmu untuk menjadi seorang usahawan.  Namun,  graduan boleh mula berniaga selepas enam bulan jika mahu.

Kenapa nak jadi usahawan? Sebab saya dah fade-up mintak kerja! Sudah hampir dua tahun graduate tetapi saya masih belum punya kerja tetap. Ini sajalah peluang yang saya ada untuk meningkatkan prestasi diri. Kepada kawan-kawan sila berikan sokongan moral kepada saya untuk meneruskan projek ini okay. 

Jadi, selama setahun ni saya nak buat projek usahawan. Segala urusan yang tidak berkaitan akan ditangguhkan buat sementara waktu. Sekian...

Untuk informasi lebih lanjut: http://tunasmekar.uitm.edu.my/

Friday, 4 February 2011

Untuk kawan-kawan yang kita suka

Untuk kawan-kawan yang kita suka. Ya, untuk kamu, kawan saya yang saya suka. Ada ke kawan-kawan yang kita tak suka? Kalau kita tak suka maka dia bukanlah kawan kita, kan? Boleh jadi kita tak suka dia, tetapi dia kawan dengan kita juga. Ataupun, kita suka dia tapi dia yang tak mahu berkawan dengan kita. Alahai, sesungguhnya kehidupan itu berputar.

Merepek? Bukan! Saya bukan merepek. Mungkin anda sedikit pening membaca perenggan pertama entri kali ini. Cuba fahamkan. Adakah semua senarai kawan yang kamu ada, kamu suka? Kawan itu tidak semudah add or remove friend list di facebook. Bukan juga semudah tukar baju.

Untuk kawan-kawan yang kita suka ini adalah baris ayat yang saya jumpa di blog Zahiril Adzim (ZA). Kalau kamu suka, kamu boleh klik nama ZA tu. Saya buka mahu curi, cuma mahu pinjam sekejap. Saya suka dengan ayat itu dan mahu menjadikannya sebagai kata-kata untuk teman-teman saya. Oh, maaf ya ZA. Saya commercialkan Untuk kawan-kawan yang kita suka kepada pembaca blog saya.

Kawan-kawan sekalian, hargailah kawan kamu. Biarpun dia suka kita ataupun tidak, ingatlah berbuat baik kepada orang itu adalah amalan mulia. Sukalah kepada kawan-kawan kamu walau apapun yang dia lakukan mengguris hati. Kalau dia nak remove kamu sebagai kawan itu mungkin takdir. Mungkin dia dah tak mahu berkawan dengan kamu lagi. Atau mungkin kamu ada mengguris hati dia sehingga dia remove kamu sebagai kawan. Tak usah berkecil hati. Memang hidup ini berputar.

Hmm...
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.