Thursday 24 March 2011

Anda adalah apa yang anda baca

Dia suka baca komik. Patut la perangai dia juga seperti kartun. Oh, dia sangat jiwang sebab dia sangat suka baca novel cinta terbitan Alaf 21. Kamu lihat dia serius bukan? Sebab dia lebih banyak membaca buku sastera berbanding novel-novel biasa. Tahu sajalah, novel sastera kan novel untuk golongan orang tua. Dia tu, sangat suka berimaginasi dan berfantasi. Nak tahu kenapa? Sebab dia suka sangat membaca novel bersiri Harry Potter.

Yang mana satukah anda? Saya....semua! Boleh jadi perangai saya seperti Detektif Conan untuk beberapa ketika setelah membaca novel Detektif Indigo karya Faisal Tehrani. Boleh juga jadi, perangai saya suka berimaginasi, kononnya boleh merubah masa sekarang kepada 20 tahun akan datang atau 20 tahun yang lampau setelah membaca novel bersiri Harry Potter. Mungkin, saya akan termimpikan jejaka kacak lagi bergaya menaiki BMW 5 series setelah tidak tidur semalaman dek penangan novel cinta Alaf 21. Ataupun, saya menjadi seorang yang sangat puitis dalam berkata-kata selepas membaca karya sastera seperti novel Imam karya Abdullah Hussain. Kadang-kadang saya juga teringin nak menjadi watak gila-gila seperti novel karangan Hlovate.

Ah! Sangat tidak tetap pendirian. Kita tidak boleh menilai seseorang itu daripada apa yang dia baca. Boleh jadi, seseorang itu tidaklah seburuk kartun. Mungkin dia seorang yang serius, tetapi oleh kerana minatnya ke arah komik kita pula menggelarkannya kartun. Seperti yang saya terangkan di atas, keadaan minat saya berubah-ubah. Mengikut jenis pembacaan. Di sini jelas menunjukkan, pembacaan yang bagus adalah pembacaan yang memberikan kesan yang mendalam terhadap pembaca.

Saya selalu juga mendengar kata-kata seperti: "Tak bosan ke baca buku sastera? Tak cool langsung!"
Atau, "Kau ni suka sangat baca novel islami, tak masuk la dengan aku"

Oh, saya sangat berkecil hati dengan kata-kata seumpama itu. Belum cuba, belum tahu. Bukan apa, saya cuma mahu kawan saya beralih sedikit daripada pembacan yang sama. Sebab itu saya memberinya pinjam buku-buku seperti itu. Selepas seminggu, dia pulangkan semula. Katanya, "Aku tak bacapun. Tengok cover pun dah tahu tak best."

Hello, novel Tunggu Teduh Dulu pun cerita tentang cinta. Konserto Terakhir yang kau baca sampai keluar air mata dan hingus semasa di tingkatan lima dulupun adalah novel karya Sasterawan Negara.

Aduhai, bagaimana agaknya ya nak merubah persepsi sesetengah masyarakat Malaysia ni agar membaca bahan bacaan yang bermanfaat dan memberi kebaikan kepada diri sendiri?

Jadi, kalau anda nak berubah. Berubahlah dengan pembacaan. Jadilah apa saja yang kamu mahu jadi. Apa salahnya sesekali tu tukar selera. Orang jahat juga boleh berubah menjadi alim setelah membaca buku.

P/s: Ini adalah pandangan saya yang bukan pakar. Jadi, kalau ada yang tidak bersetuju silalah suarakan.

4 comments:

Farhana Sukre said...

Salam, Setuju. Bangsa membaca bangsa berjaya.

Saya dah baca Tunggu Teduh Dulu.

Siti Salha Rosman said...

Betul tu. Tapi statistik pembaca di Malaysia masih kurang.

Farhana suka baca novel Faisal Tehrani juga?

Melody M. said...

Betul, saya pun agak kurang membaca, tapi sedang berusaha meningkatkan bilangan buku bacaan.

Saya pun suka baca novel FT, dah baca TTD jugak. "Kerja Tuhan, siapa tahu" is my favourite quote from the book. :)

Siti Salha Rosman said...

Saya pun sedang berusaha meningkatkan bilangan buku bacaan. Saya juga suka quote tu =)