Friday 28 May 2010

Kerja baharu lagi

Alhamdulillah, selelepas berhenti kerja sebagai tukang cuci, kini saya sudah punyai pekerjaan baharu. Bermula 13 Mei lalu, saya memulakan khidmat sebagai pembantu jualan di kedai gambar. Dekat dengan rumah saja. Tidak jauhpun. Memandangkan entri ini ditulis selepas dua minggu saya bekerja, ingin saya simpulkan di sini bahawa kerjanya sangat releks. Duduk-duduk saja. Kalau ada pelanggan datang, saya layanlah. Kalau tidak ada, saya hanya duduk saja. Termenung sampai mengantuk. Dan masa yang ada itu, selepas hari-hari yang berikutnya, saya isikan dengan membaca buku semahu mungkin. Ini kerana ketika di rumah saya tidak dapat membaca kerana ada komitmen lain yang perlu diutamakan.

Sepanjang minggu pertama, saya diajar cara-cara menggunakan mesin fotostat, fax masuk dan keluar, tangkap gambar pasport, cuci gambar instant, edit gambar, tambah nilai e-load dan pegang duit beratus-ratus setiap hari.

Perasaan saya sangat seronok bekerja di tempat baharu. Dapat jumpa kawan baharu, majikan baharu, jumpa pelanggan yang pelbagai ragam dan kerenah. Kesimpulannya, saya belajar banyak perkara baru. Terima kasih kepada Tuhan, kerana mengizinkan saya bekerja apapun tanpa memilih.

2 comments:

nor isneini mohd ayob said...

wah..aku pn pnah kje kt kdai tp bkn kdai gmbar..tokey aku plak x bg pkerja pgang duit...keje leklok key..:P

Siti Salha Rosman said...

First time kerja dekat kedai ni. Cuak jugak pegang duit banyak-banyak. Tapi boss aku suruh pekerja kira duit. Yang senior la, aku tak layak lagi. Tapi sekadar kat cashier tu boleh la.