Alhamdulillah.
Pada 19 hingga 21 Mei yang lalu, aku telah mengikuti team TFTN menjayakan Projek Pendidikan di Kampung Bangau-Bangau, Semporna, Sabah. Projek ini adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran pendidikan kepada penduduk dan anak-anak Bajau Laut tanpa negara yang tinggal di atas air, persisiran pantai Semporna kerana rata-rata anak-anak di situ tidak mempunyai pendidikan asas, senang cerita tidak bersekolah. Jadi, lawatan pertama ini adalah untuk mengenalpasti status pendidikan anak-anak di sana.
Bajau Laut
Sedikit latar belakang mengenai masyarakat Bajau Laut. Masyarakat Bajau Laut adalah sebuah komuniti besar yang tinggal di atas air di sekitar laut daerah Semporna. Komuniti Bajau Laut ini juga dikenali sebagai Sea Gypsi atau orang laut kerana kehidupan mereka yang sangat bergantung kepada laut. Mereka tinggal di dalam bot atau pondok kecil yang dibina di atas air dan sering berpindah randah di perairan Filipina dan Indonesia. Sejak kecil mereka telah dididik dengan budaya hidup atas air. Mereka juga sangat dikenali sebagai perenang dan penyelam yang handal di dunia disebabkan cara hidup tradisional di atas air. Kehidupan daif di atas air ini membuatkan anak-anak komuniti Bajau Laut tidak bersekolah dan kurang kesedaran pendidikan selain status mereka yang tidak mempunyai warganegara kerana tiada sijil kelahiran yang sah dan kehidupan yang berpindah randah. Disebabkan itu, merka tidak mahir bertutur dalam bahasa Melayu. Kehidupan mereka sangat jauh dari kemodenan dan kecanggihan teknologi yang terdapat di Malaysia.
Projek Pendidikan Semporna
Jadi, kami telah pergi ke salah sebuah kampung di Semporna iaitu Kampung Bangau-Bangau. Kampung ini terletak di persisiran pantai Semporna, jadi sedikit mudah untuk kami melakukan aktiviti. Kedatangan kami ke sana adalah bertujuan untuk membantu anak-anak stateless yang tidak berpeluang untuk ke sekolah dan mendapat pendidikan asas dan juga membina sebuah perpustakaan mini.
Pada mulanya, tujuan aku mengikuti TFTN ke Semporna adalah kerana ingin pergi ke Pulau Bohey Dulang. Ya, memang itulah niat asal aku. Dari dulu lagi nak pergi Bohey Dulang tapi belum berkesempatan. Jadi, bila TFTN cakap nak buat projek dekat sana terus aku bagi nama tanpa berfikir panjang. Dah la last minute pulak tu. Waktu tu baru je beberapa minggu pulang dari Long Busang.
Selepas membeli tiket kapal terbang dari Air Asia, aku terus bersiap sedia dengan membuat sedikit kajian berkenaan Kampung Bangau-Bangau yang akan kami lawati nanti. Selain itu, aku juga dijemput masuk ke dalam satu grup Whatsapp yang akan membincangkan mengenai projek di sana.
Dari grup Whatsapp itu, aku mulai sedar akan misi ini. Ini adalah misi kemanusiaan yang terlupakan. Mereka sering kali mengingatkan di dalam grup bahawa, anak-anak di sana perlukan kita. Kehidupan mereka teruk. Sangat daif, kotor dan miskin. Masalah sosial berleluasa. "Nanti korang datang sana korang tengok la sendiri keadaan mereka." Begitu kata Ishak, CEO TFTN. Dari situ, aku mula membetulkan niat. Bukan ke Semporna untuk Bohey Dulang semata-mata, tetapi untuk memberikan kesedaran pendidikan kepada mereka.
Jumaat, 19 Mei 2017
Pada hari Jumaat, 19 Mei 2017 jam 12.30 petang, aku bertolak ke KLIA2 dari tempat kerja di Bandar Baru Bangi. Aku bawa satu bagpack besar dan satu beg galas kecil. Di sana, aku bertemu dengan Ishak, Nina dan Faris. Kami berempat saja dari KLIA. Tiga orang lagi gerak dari Johor. Selepas check in bagasi kami menunaikan solat jamak Zuhur-Asar dan kami makan KFC sekejap sementara menunggu waktu berlepas. Penerbangan kami petang tu adalah pukul 4 petang. Kali ni dapat seat tepi tingkap, seronoknya!
Pada mulanya, tujuan aku mengikuti TFTN ke Semporna adalah kerana ingin pergi ke Pulau Bohey Dulang. Ya, memang itulah niat asal aku. Dari dulu lagi nak pergi Bohey Dulang tapi belum berkesempatan. Jadi, bila TFTN cakap nak buat projek dekat sana terus aku bagi nama tanpa berfikir panjang. Dah la last minute pulak tu. Waktu tu baru je beberapa minggu pulang dari Long Busang.
Selepas membeli tiket kapal terbang dari Air Asia, aku terus bersiap sedia dengan membuat sedikit kajian berkenaan Kampung Bangau-Bangau yang akan kami lawati nanti. Selain itu, aku juga dijemput masuk ke dalam satu grup Whatsapp yang akan membincangkan mengenai projek di sana.
Dari grup Whatsapp itu, aku mulai sedar akan misi ini. Ini adalah misi kemanusiaan yang terlupakan. Mereka sering kali mengingatkan di dalam grup bahawa, anak-anak di sana perlukan kita. Kehidupan mereka teruk. Sangat daif, kotor dan miskin. Masalah sosial berleluasa. "Nanti korang datang sana korang tengok la sendiri keadaan mereka." Begitu kata Ishak, CEO TFTN. Dari situ, aku mula membetulkan niat. Bukan ke Semporna untuk Bohey Dulang semata-mata, tetapi untuk memberikan kesedaran pendidikan kepada mereka.
Jumaat, 19 Mei 2017
Syuuuuuuuu...... |
Semporna, 10.00 malam
Kami tiba ti Tawau Airport pada jam 6 petang. Di sana, kami bertemu dengan Nadhia, Naqibah dan Zunnu yang gerak dari Johor dan Mukmin Nantang dari Kota Kinabalu. Kami berlapan disambut Jamal Amdus iaitu setiausaha Masjid Nur Hidyah yang terletak di kampung Bangau-Bangau. Dari airport, kami menaiki teksi dan kereta sapu untuk ke Semporna. Perjalanan mengambil masa kira-kira satu jam lebih.
Tiba di Kampung Bangau-Bangau pada jam 10 malam, kami disambut pula oleh beberapa AJK Masjid dan dua orang gadis, Anis dan Farhana yang berusia 18 tahun. Waktu tu malam, gelap. Jadi, aku hanya melihat samar-samar pintu gerbang ke Kampung Bangau-Bangau dan titi yang kami lalui untuk ke perkampungan atas air itu. Nampak air laut yang pudar, tak tahu dalam atau cetek. Meriah betul kampung ni waktu malam. Sudah pukul 10 malam masih ada yang berkeliaran di luar rumah. Kami singgah di Masjid Nur Hidayah yang juga merupakan tempat berlangsungnya program kami sepanjang tiga hari, kami dihidangkan dengan makan malam sederhana berupa bihun sup dan kuih muih. Selepas berbual-bual sedikit mengenai pergerakan esok, kami bersurai ke tempat tinggal.
Menu malam pertama di Semporna |
Sungguh terkesima aku mendengar jawapan itu. Ya Allah, benda yang basic macam ni pun tak ada kau fikir apa? Kritikal tak kritikal kehidupan di sini. Baru malam pertama aku di sini, tak tahu kejutan apa lagi yang aku akan terima untuk dua hari akan datang.
Kampung Bangau-Bangau, 20 Mei 2017
Sarapan pagi yang dibeli di gerai-gerai yang terdapat disepanjnag lorong-lorong perkampungan Bangau-Bangau |
MasyaAllah, bersungguh betul anak-anak ini.
Kami kumpulkan semua anak-anak mengikut peringkat umur. Fokus kami adalah mengenalpasti anak-anak yang tidak boleh membaca, menulis, mengira dan juga mengenalpasti anak-anak yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
Jai, kiri berbaju oren bersama teman-temannya |
"Nanti kamu datang lagi ke sini ya?" Pesannya kepada ku sepanjang berada di sana. InsyaAlla, jika diizinkan Tuhan, aku mahu ke sini lagi Jai.
Setelah mengenalpasti anak-anak yang memerlukan pendidikan, kami merangka sebuah kelas khas seramai 10 orang anak-anak yang tidak boleh membaca. Kelas ini akan diterajui oleh Anis, anak muda berusia 18 tahun yang akan meneruskan kelas membaca setiap minggu dengan harapan agar jumlah itu meningkat dan lebih ramai sukarelawan yang berminat untuk sertai.
Sawifah, 18 tahun, tidak bersekolah |
Selepas melakukan aktiviti bersama anak-anak Kampung Bangau-Bangau, kami membina sebuah perpustakaan mini di masjid. Buku-buku sumbangan yang kami bawa bersama dari KL kami letakkan di situ. Seronok betul anak-anak di sini dapat buku. Kami berhasrat untuk mengumpul dan menambah bilangan buku pada lawatan akan datang.
Rak terpakai yang sedia ada di surau, kami ambil dan baiki |
Belum sempat susun buku-buku ni dah kena sambar. Alhamdulillah. |
Longgokan sampah-sarap di tepi pantai. Dan lihat anak kecil itu???! |
Anak-anak di sini sejak lahir sudah diajar berenang dan tempat paling mudah untuk bermain air adlaah di bawah rumah! Mereka memang tiada perasaan langsung ketika bermain air di tepi sampah dan longgokan najis. Mereka hanya tahu seronok.Ya, sebagaimana kita merasa seronok bermain air di theme park, begitulah juga perasaan meraka di situ.
Kepadatan penduduk di perkampungan atas air ini menjadikan sampah yang terhasil sangat banyak. Aku tertanya-tanya di dalam hati, di manakah menteri yang sepatutnya memainkan peranan dalam isu kebersihan ini? Majlis perbandaran, ketua kampung semua pergi mana? Tiada tong sampah disediakan. Sehinggakan anak-anak di sini kata, "Kamu kena biasakan dengan budaya di sini." Aduh, kita pula yang kena.
Mentaliti mereka masih boeh diperbetulkan lagi kalau kiat bantu dan beri peluang kepada anak-anaak syurga ini. Kalau yang tua sudah terlambat, yang kecil masih belum terlewat.
Naik bot tambang seringgit sorang. |
Selepas bersiar-siar sekitar kampung, kami meniki bot untuk ke pekan. Saja, jalan-jalan melihat ragam manusia di Semporna. Kemudian, kami singgah makan malam di sebuah gerai tepi jeti. Sambil makan dan merasai suasana petang yang redup, kami teruja melihat sekumpulan anak-anak sedang asyik terjun ke dalam laut sambil berenang-renang. Hebat betul anak-anak ni membuataksi terjunan. Ada video yang sempat aku rakamkan di bawah.
Menurut Jamal, kebanyakan penduduk di situ adalah dari suku kaum Bajau Laut. Asal usul mereka adalah orang asal yang singgah dari perairan Filipina dan Indonesia ratusan tahun yang lalu kemudian menginap di situ menjadikan perairan laut Semporna sebagai penempatan. Ciri kewarganegaraan mereka diragukan dan disebabkan hal itu anak-anak yang lahir tidak dapat didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Anehnya, kewarganegaraan mereka dinafikan tetapi mereka dibenarkan tinggal di situ berpuluh malah ratusan tahun. Anak-anak tidak dibenarkan bersekolah, hak pendidikan, kesihatan dan lain-lain perkhidmatan mereka dinafikan. Jadi, mereka sebenarnya apa? Warga asing yang datang tinggal di Malaysia lima tahun pun boleh buat Kad Pengenalan apatah lagi mereka ini.
Menyaksikan keindahan matahari terbenam sambil memikirkan nasib anak-anak Semporna |
Ahad, 21 Mei 2017
Pagi tu, kami bangun seawal jam 5.00 pagi. Bersiap-siap dan keluar untuk menembak sunrise di hujung titi perkampungan ini. MasyaAllah, cantik betul pemandangan matahari terbit di Semporna. Sungguh, kau begitu sempurna!
Pagi, 6.30am. |
Apabila cuaca sudah agak cerah sedikit, kami dipelawa untuk sarapan di masjid. Sarapan pagi tu berupa kuih muih dan teh o panas. Kemudian, aku jumpa donat keding ni:
Selepas bersarapan dan menyaksikan alam bertukar warna, kami bersiap-siar di sekeliling kampung sementara menunggu bot untuk ke pulau. Setiap pagi, terdapat begitu ramai peniaga yang akan menjual ikan-ikan segar dari laut. Begitu segar dan berwarna-warni. Beruntungnya mereka berumah di atas laut. Sungguhpun makanan laut di Sabah murah, kami tak sempat nak merasa keenakkanya sebab masa terlalu singkat dan tak sempat nak makan angin sangat.
Di waktu pagi seperti ini juga, begitu ramai anak-anak yang bermandi manda di dalam laut. Pelbagai aksi terjunan dilalukan di sana sini. Melihat keadaan yang sangat menarik itu, aku pun mengeluarkan kamera Panasonic Lumix LX3 dan segera mengambil beberapa keping gambar menarik itu sebelum aku tersedar akan sesuatu perkara yang agak mnjengkelkan!
Terdapat tompokan 'bendasing' sedang terapung-apung tidak jauh dari tempat mereka mandi. Tekak aku terus terasa mual lalu beredar dari tempat itu dengan pantas. Kahkahkah. Aku kena gelak dengan kawan-kawan yang lain.
Hai anak-anak.
Mujur aku tak snap sekali gambar 'bendasing' tu. |
Belakang sekali tu Farhana, yang kami menumpang mandi di rumahnya. Tengah tu pula adalah Anis. Mereka berdua berkawan baik dan juga kan menjadi sukarelawan untuk Projek Pendidikan Semporna ini. |
Trafik di waktu pagi agak sesak dengan perahu yang menurunkan dan menaikkan penumpang. |
Sebelum tiba di pulau, sempat juga kami melihat beberapa botol plastik dan polsterin yang dibuang di pinggir pantai tadi terdampar di lautan. Allahu, kasihan sungguh kepada ikan dan hidupan laut yang lain. Lihat video di bawah:
Alhamdulillah, kira-kira jam 10.00 pagi kami tiba di Pulau Bohey Dulang. Satu-satunya pulau yang aku teringin sangat nak pergi sangat. Pertama kali dapat tahu tentang Bohey Dulang pada tahun 2015 selepas ternampak sekeping gambar yang dimuat naik di dinding facebook. Aku berasa sangat terpegun kerana kecantikan itu terdapat di Malaysia. Lalu, aku menanam azam untuk ke sana suatu hari nanti.
Alhamudlillah, selepas dua tahun berangan, dapat juga aku menjejakkan kaki di sini. MasyaAllah, cantik betul. Seperti dalam gambar-gambar yang aku lihat lewat media sosial.
Alhamdulillah. My dream comes true. |
Airnya begitu jernih kehijauan. Terpancar keindahan terumbu karang di dasar laut. Subhanallah! |
Starting point |
Tiba saja di puncak, langsung aku berlari ke hujung dan menjerit! Subhanallah, indah betul ciptaan Tuhan. Bersyukur tak terkata sebab dapat sampai ke puncak Bohey Dulang dan dapat melihat sendiri keindahan lautnya yang jernih hijau-biru.
Terdapat tompok-tompok kecil di sekitar pulau-pulau berdekatan. Keluk dan pulau-pulau itu terbentuk hasil dari letusan gunung berapi suatu masa dahulu. Jika dilihat dari pandangan satelit, kepulauan ini berbentuk bulan sabit. I love those color, tiffany blue and turquoise!
So I say a little prayer and hope my dreams will take me there
Where the skies are blue to see you once again
Over seas from coast to coast
To find the place I love the most
Where the fields are green to see you once again
My love
[Westlife]
Tertinggalkan buku nota di masjid, so tiket flight balik bertukar menjadi kertas doodle haha. |
Tiket masuk ke Taman Marin Tun Sakaran Semporna |
Pulau Maiga, 12.45pm
Di Pulau Maiga, terdapat juga perkampungan di atas air tetapi tidak banyak. Hanya beberapa buah rumah sahaja dan keadaan pantai di sini begitu cantik dan bersih. Mungkin kurang kepadatan penduduk, jadi kurangnya sampah. Oleh kerana pulau ini agak jauh dan sedikit terpencil dari daratan, anak-anak Bajau Laut di sini tidak fasih berbahasa Melayu. Agak susah juga untuk berkomunikasi. Mujur kami singgah tak lama.
Dalam waktu yang singkat itu juga, aku sempat meminjam sebuah perahu kecil milik anak berbaju merah ini (lihat gambar di bawah). Dia ikut saja ke mana aku mendayung walaupun sudah diberitahu jangan ikut. Tak mengapa sebab aku sudah tahu berkayak dan mendayung. Namun tidak diendahkan, dia ikut sambil memegang bucu perahu. Sehingga sudah naik ke atas bot pun dia ikut juga. Rupanya dia nak minta duit. Dia bagi pinjam perahu bukanlah percuma sebenarnya. Kahkahkah.
Ok, pengajaran di situ.
Rumah atas air di sini lebih cantik dan unik. Bila melihat rumah seperti ini, aku terfikir bagaimanakah cara mereka membinanya? |
Kampung Bangau-Banagu, 3.00pm
Selepas mengemas barang-barang dan bersalaman dengan Anis, Farhana, anak-anak Semporna dan beberapa orang penduduk kampung, kami bergerak meninggalkan Kampung Bangau-Bangau yang penuh kenangan itu dengan hati yang syahdu.
Harapan kami semoga Projek Pendidikan Semporna ini dapat memupuk semangat cintakan ilmu dalam kalangan anak-anak stateless Bajau Laut serta mendapat perhatian sewajarnya daripada masyarakat luar. Projek pendidikan ini akan dipantau dari semasa ke semasa oleh TFTN.
Semoga kita diizinkan untuk bertemu lagi di lain masa dan usia. Semoga Allah merahmati kamu, Semporna.
Sekian, catatan-catatan suka dan duka di Semporna.
P/s: Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan Projek Pendidikan Semporna TFTN ini, boleh hubungi saya melalui emel sitisalharosman@gmail.com
Ikuti facebook Teach For The Needs (TFTN) untuk maklumat dari semasa ke semasa.
https://www.facebook.com/teachfortheneeds/
No comments:
Post a Comment