Sunday, 30 July 2017

The 7000 Miles

"Dialah yang menjadikan bumi bagimu mudah digunakan, 
maka berjalanlah di merata penjurunya, serta makanlah daripada 
rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), 
kepada Allah jualah kamu dibangkitkan hidup semula."
[Al-Mulk: 15]



Awal tahun 2017 haritu, Hidayah (officemate yang duduk meja depan) ada beli planner tahun 2017 terbitan Synergy Media Plt. Kulit belakang planner tersebut tertulis senarai buku-buku terbitan Synergy Media Plt dan ternampak buku Anwar Afiq ni. Memang dari dulu perhatikan dia ni since Jejak Rasul As Salam dan pernah ampak dia live kat TV mengalunkan lagu Sollu Ala Khairil Anam dengan merdu di TV9.

Jadi, cari punya cari buku ni terjumpa masa di PBAKL 2017 haritu. Ternampak dan terus ambik satu. Balik rumah excited gila nak baca sambil ambil bau buku baru (baca: kipas dekat muka).

Tapi rasa exited tu tak lama. Selepas dua tiga bab bacaan, perasaan bosan mulai hadir. Sebab utamanya adalah, dia pergi cerita pengalaman masa belajar dulu yang mana tidak begitu menarik untuk dibaca. Pengalaman masa sekolah, pengalaman masa di Politeknik, pengalaman selepas belajar, macam mana dia naik motorsikal dari Teluk Intan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri program dan seterusnya dipanggil untuk audition sebagai pengacara rancangan Jejak Rasul pada tahun 2015. 

Namun begitu, selepas membaca beberapa bab yang membosankan, pembacaan menjadi menarik bila beliau memulakan kembara sebagai pengacara Jejak Rasul As Salam. The 7000 Miles itu bermaksud 7000 batu jumlah jarak pengembaraan beliau menjejak muslim ke tiga buah negara sewaktu membuat siri rakaman Jejak Rasul ke Korea Selatan, Jepun dan Taiwan. Baru la nampak pengembaraannya.

Buku ni sebenarnya bagus sebab membaca tajuk dan covernya saja sudah boleh membuatkan pembaca menilai akan kebagusan sesebuah buku. Cuma, bahagian di mana penulis menceritakan pengalaman sewaktu di bangku sekolah, pengalaman sewaktu belajar di Politeknik dan selepas tamat belajar tu sepatutnya tak perlu detail sangat. Cukup la cerita dan pendekkan dalam satu bab pun dah ok. 

Apapun buku ni tetap mampu memberikan pengetahuan yang baharu buat pembaca. Banyak ibrah sepanjang perjalanan kembara yang diselitkan dalam buku ni. Jadi, tahniah untuk Synergy Media Plt sebab berani menerbitkan buku travelog begini. Boleh improve lagi di masa akan datang. 

Ada satu petikan dari buku ni yang sangat menarik untuk dikongsikan:

"Bermusafirlah agar kita dapat memikirkan kekuasaan Allah SWT. Dalam bermusafir, nikmat pancaindera pendengaran dan penglihatan, serta hati yang celik digunakan untuk mengakui kekuasaan dan kebesaran Allah SWT. Begitulah sepatutnya sebab utama kenapa kita mengembara. Untuk menambahkan keimanan kepada Allah SWT. Rugilah kita mengembara tapi tidak ada wujud perasaan dan niat untuk menambah rasa cinta kepada Allah SWT. Sesungguhnya Dia Maha Pencipta, Dialah yang menciptakan bumi yang kita jelajahi dan pijak ini." -Halaman 118 

P/s: Buku ni juga menjadi rujukan buat sahabat bernama Raihan, sebelum beliau memulakan kembara ke Korea pada awal Julai yang lalu. Saya beri 3/5 bintang, lebih sikit dari separuh sebab dia kembara ke Korea Selatan dan Jepun hihi.

No comments: