Alhamdulillah.
Pertama kali menyertai kembara amal bersama Jejak Tarbiah. Sebenarnya dari dulu lagi aku dah menanam hajat untuk mengikuti trip Tejak Tarbiah ke Padang mahupun Acheh, tapi masih belum berkesempatan untuk ke sana. Jadi, bila Jejak Tarbiah mengiklankan poster tentang kembara amal ke pedalaman Sarawak, tanpa berfikir panjang aku terus whatsapp Puan Saadiah iaitu founder Jejak Tarbiah untuk mendaftar.
Perkara pertama yang terlintas di fikiran sewaktu melihat poster tersebut adalah, pedalaman Sarawak. Memang teringin sangat nak pergi ke kawasan pedalaman Sarawak ni. Lebih-lebih lagi Sarawak antara negeri di Malaysia yang masih belum aku lawati. Kedua, harga promosi waktu itu agak murah RM800+ berbanding trip ke Padang dan Acheh. Jadi, ini tidak memustahilkan aku untuk pergi.
Sebenarnya, jenuh juga nak cari duit untuk bayar trip ni sebab last minute plan. Aku meminjam kad kredit along untuk membeli tiket kapal terbang berharga RM300+. Baki yuran selebihnya aku bayar menggunakan duit BR1M. Yaaaaaa, mujur waktu tu Najib bagi duit awal. Haha. Jadi, aku gunakan semua duit BR1M tu membayar yuran ke Long Busang. Baki selebihnya bayar gunakan duit poket sendiri. Punya la tragis nak kumpul duit pergi Long Busang ni. Yelah, kerja kerani cabuk je gaji tak besar.
Selepas selesai semua bayaran, barulah teringat untuk memohon cuti. Maklumlah, trip ke Long Busang ni makan masa lima hari. Haha, kena mohon straight lima hari cuti dari Isnin hingga Jumaat. Matilah. Sudahlah aku baru ditukarkan deparment dan baru dua minggu menyesuaikan diri dengan kerja baharu. Alhamdulillah, bos bagi cuti dengan syarat kerja siap!
Ok, selepas mendaftar, kami dimasukkan ke dalam satu whatsapp group untuk saling berkenalan dan berbincang mengenai perjalanan ke sana. Misi kami ke Long Busang adalah untuk membina perpustakaan mini di salah satu rumah panjang di Long Busang. Beberapa hari sebelum berlepas ke sana, aku sempat Google mengenai Long Busang untuk dapatkan sebanyak mungkin maklumat. Khabarnya, kami akan menaiki bot ekspres beberapa jam dan 4x4 untuk masuk ke kawasan pedalaman Long Busang.
***
20 Mac 2017
KLIA2, 4.00 petang
Hari yang ditunggu telah tiba. Pada hari Isnin, 20 Mac 2017, sekitar jam 2 petang, aku menumpang Afiqah untuk ke KLIA2 kebetulah Afiqah juga dari Bangi. Sebelum ke KLIA2, kami singgah ke rumah Puan Saadiah untuk mengambil beberapa kotak buku untuk dibawa ke sana. Tiba di KLIA2 pada jam 4 petang.
Di sana, kami bertemu dengan Mas Henri iaitu suami Puan Saadiah. Beliau tidak turut serta, sekadar menghantar kami di airport je. Kemudian, kami bertemu pula denga beberapa orang peserta kembara yang lain iaitu Shidi, Nisa dan Nazatul. Aku tak pernah kenal mereka semua ni. Trip kembara ni pun aku redah je memang niat nak berkenalan dengan kawan baharu disamping meluaskan networking hehe.
Selepas selesai urusan check in bagasi dan 13 buah kotak buku, kami ke surau untuk menunaikan solat asar sebentar dan kemudian kembali beratur di balai perlepasan. Penerbangan kami ke Sibu adalah pada jam 6.50 petang.
Sibu, 9.00 malam
Kami tiba di Lapangan Terbang Sibu pada jam 9.00 malam. Di sana Ustaz Din telah sedia menunggu kami di lobi airport. Ustaz Din adalah orang yang bertanggungjawab untuk membawa kami kembara ke Long Busang. Beliau adalah seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah rendah di Kapit.
Dari airport, kami dibawa menaiki teksi untuk ke Capitol Hotel, tempat untuk kami bermalam dan melepaskan lelah. Di sana, kami bertemu pula dengan Cikgu Wan, Zaid dan Atiqah. Cikgu Wan adalah seorang pesara guru yang berasal dari Alor Setar. Pada mulanya agak terkejut juga bila ada warga emas yang menyertai kembara ni. Menurut Cikgu Wan, beliau teringin untuk ke Long Busang selepas terpesona melihat gambar-gambar perkampungan tersebut yang dimuatnaik oleh seorang temannya yang juga seorang guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Long Busang. Guru tersebut juga merupakan kenalan kepada Ustaz Din. Haa, dapat tangkap tak? Kawan kepada kawan. Bagaimanapun, guru tersebut telahpun berpindah ke Semenanjung. Jadi, bila Cikgu Wan dah bersara ni berjalan sajalah kerjanya. Hehe.
Ok, ni yang rasa tak sabar nak sampai Long Busang!
21 Mac 2017
Terminal Wharf Sibu
Di sana, kami bertemu dengan Mas Henri iaitu suami Puan Saadiah. Beliau tidak turut serta, sekadar menghantar kami di airport je. Kemudian, kami bertemu pula denga beberapa orang peserta kembara yang lain iaitu Shidi, Nisa dan Nazatul. Aku tak pernah kenal mereka semua ni. Trip kembara ni pun aku redah je memang niat nak berkenalan dengan kawan baharu disamping meluaskan networking hehe.
Selepas selesai urusan check in bagasi dan 13 buah kotak buku, kami ke surau untuk menunaikan solat asar sebentar dan kemudian kembali beratur di balai perlepasan. Penerbangan kami ke Sibu adalah pada jam 6.50 petang.
Sibu, 9.00 malam
Kami tiba di Lapangan Terbang Sibu pada jam 9.00 malam. Di sana Ustaz Din telah sedia menunggu kami di lobi airport. Ustaz Din adalah orang yang bertanggungjawab untuk membawa kami kembara ke Long Busang. Beliau adalah seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah rendah di Kapit.
Dari airport, kami dibawa menaiki teksi untuk ke Capitol Hotel, tempat untuk kami bermalam dan melepaskan lelah. Di sana, kami bertemu pula dengan Cikgu Wan, Zaid dan Atiqah. Cikgu Wan adalah seorang pesara guru yang berasal dari Alor Setar. Pada mulanya agak terkejut juga bila ada warga emas yang menyertai kembara ni. Menurut Cikgu Wan, beliau teringin untuk ke Long Busang selepas terpesona melihat gambar-gambar perkampungan tersebut yang dimuatnaik oleh seorang temannya yang juga seorang guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Long Busang. Guru tersebut juga merupakan kenalan kepada Ustaz Din. Haa, dapat tangkap tak? Kawan kepada kawan. Bagaimanapun, guru tersebut telahpun berpindah ke Semenanjung. Jadi, bila Cikgu Wan dah bersara ni berjalan sajalah kerjanya. Hehe.
Ok, ni yang rasa tak sabar nak sampai Long Busang!
21 Mac 2017
Terminal Wharf Sibu
Inilah bos ekspres yang kami naik pergi dan balik, Sibu-Kapit dan Kapit-Putai. |
Untuk ke Long Busang, kami perlu menukar bot dua kali. Sibu-Kapit dan Kapit-Putai. Putai adalah hentian terakhir bagi bot-bot ekspres. Tiket bot ekspres ke Kapit berharga RM35. Pergghh mahal juga harga tiketnya. Bot akan berlepas pada jam 8.00 pagi.
Ini adalah perjalanan pertama saya menggunakan bot ekspres. Botnya agak besar dan panjang. Boleh memuatkan kira-kira 100 orang. Agak teruja dan sedikit rasa gerun di hati sebab tidak memakai life jacket haha. Perjalanan menaiki bot ini akan meredah Sungai Rajang iaitu sungai terpanjang di Malaysia dan juga sungai yang terkenal dengan seekor buaya bernama Bujang Senang. Sepanjang perjalanan menaiki bot ke Kapit yang mengambil masa selama 3 jam itu, saya berbual-bual dengan Afiqah. Afiqah adalah seorang pelajar di Institut Perguruan di Sungai Merab, Bangi. Beliau berasal dari Kota Kinabalu. Seronok betul bersembang dengan orang jauh ni.
Bergambar kenangan sementara menunggu bot ke Kapit |
Kapit, 11.15 pagi
Kami tiba di Kapit pada jam 11.15 pagi. Kami perlu turun dan membeli tiket untuk ke Putai yang berharga RM30. Hujan mulai turun sepanjang perjalanan ke Putai yang memakan masa lebih kurang 4 jam sebab terdapat banyak hentian. Penduduk yang tinggal di Putai dan beberapa lagi kawasan berdekatan kebanyakannya membeli barang seperti tong gas, minyak dan beberapa keperluan asas yang lain secara pukal. Jadi, sepanjang perjalanan Kapit-Putai tu banyak la kelihatan kren yang mengangkut tong gas dan tong minyak dari bos.
Tiada pengangkutan darat untuk ke Putai. Jalan darat berakhir di Kapit sahaja. Jadi, pengangkutan bot ekspres ini adalah penting untuk mereka keluar masuk ke pekan untuk mencari bekalan bahan mentah dan ubat-ubatan. Khabarnya, jalan darat ke Putai telah dibina sejak tahun 2012, namun sehingga kini masih belum kelihatan. Road to negara maju katanya. Hmmm.
Bergambar di atas bot. Waktu ni sedang hujan gerimis. Depan sekali tu Ustaz Din, sebelah dia Afiqah dan belakang aku tu Atiqah. |
Putai, 3.40 petang
Kami tiba di Putai jam 3.40 petang. Waktu tu sudah ada dua orang pakcik bersama dua buah pacuan Hilux sedang menunggu kami untuk masuk ke dalam perkampungan Long Busang. Kami segera menurunkan beg, kotak-kotak buku, rak buku yang dibeli di Kapit dan beberapa ekor ayam siap proses untuk dimasak bersama penduduk kampung nanti. Terdapat beberapa buah kotak buku yang telah hancur basah mungkin disebabkan hujan atau percikan air sunagi. Silap kami tak wrap elok-elok di KLIA2.
Tepat jam 4.00 petang, selepas semua barang dibawa naik ke dalam Hilux, kami bergerak menuju masuk ke perkampungan Long Busang dengan menaiki dua buah Hilux. Kami perlukan 4 jam lagi untuk sampai. Bertabahlah. Betul kata orang, jauh perjalanan, luas pemandangan. Kami banyak berselisih dengan lori balak yang keluar masuk menghantar kayu balak ke Putai.
Memunggah barang-barang dari bot masuk ke dalam Hilux |
Sejuk dan berkabus |
Sebelum ke sini, saya sempat Google tentang Long Busang dan ternanti-nanti juga di mana kilang balak yang dimaksudkan. Rasa macam tak percaya sebab ada kilang balak yang besar di tengah-tengah hutan belantara siap dengan sebuah surau kecil. Jauh dari pekan. Bukan kilang kayu ok, kilang batu. Diperbuat daripada simen.
Kilang Balak |
Waktu tu cuaca sudah mulai gelap dan sejuk. Kami meneruskan perjalanan sehingga ke kawasan perkampungan Long Busang sambil disimbahi cuaca sejuk berkabus dan rintik-rintik hujan di sepanjang baki perjalanan. Mujur aku ada bawa windbreaker, cepat-cepat aku keluarkan dan sarung ke badan.
Kampung Long Busang, 8.00 malam
Alhamdulillah, selepas melalui onak dan duri perjalanan, lega rasanya apabila kami ternampak sayup-sayup cahaya lampu dari kejauhan. Tepat jam 8.00 malam kami tiba dan disambut orang kampung yang sedang menanti.
Kami terus dibawa ke wakaf masjid, tempat untuk kami membuat aktiviti sepanjang berada di sini. Di situ, makan malam sudah terhidang. Ada lauk ikan sungai. Menyelerakan sungguh! Kata salah seorang makcik di situ, "Iya, makanannya sudah sejuk menunggu kamu tidak sampai-sampai."
MasyaAllah, terharu betul kami dilayan sebaik itu.
Usai makan malam, kami yang perempuan ini, dibawa ke rumah panjang milik penghulu kampung. Pertama kali masuk ke rumah panjang ni. Dalam rumah panjang ni terdapat beberapa buah bilik. Ada bilik yang mempunyai bilik air dan ada bilik yang tiada bilik air. Rumah panjang ni diperbuat daripada kayu keseluruhannya. Klasik sangat. Tiba-tiba teringat cerita P.Ramlee, Masam Manis. Macam tu la lebih kurang view dia. Kami bermalam di rumah panjang tersebut selama tiga malam.
Selepas membersihkan diri, tepat jam 11.00 malam generator dipadamkan. Maka, bergelaplah seluruh kampung.
22 Mac 2017
Long Busang
Kami bangun seawal jam 5.30 pagi, bersiap dan bersarapan. Mandi air dari sungai sejuk gila. Selepas sarapan pagi, kami bersiar-siar di sekitar kampung. Sungguh nyaman dan tenteram. Pagi tu barulah nampak rupa sebenar kampung Long Busang. Terletak di pinggir sungai rupanya.
Pertama kali masuk rumah panjang |
Kampung Long Busang merupakan kampung pedalaman terpencil di Malaysia. Penduduk di sini berbangsa Kenyah dan majoriti beragama Islam. Selebihnya beragama kristian. Kami sempat melawat ke Sekolah Kebangsaan Long Busang yang merupakan sekolah P3 iaitu sekolah pedalaman paling dalam di Malaysia. Kami sempat berbual-bual dengan pengawal keselamatan sekolah, pakcik Sulaiman. Ramah sungguh pakcik Sulaiman ni. Sewaktu kunjungan kami sedang musim cuti sekolah, jadi ramai guru yang pulang ke Semenanjung dan ada juga yang keluar ke pekan. Ye la, siapa yang nak duduk di Long Busang ni tak ada line telefon haha.
Jambatan menuju ke Sekolah Kebangsaan Long Busang yang terletak di atas bukit |
Court futsal tu telah dirasmikan oleh KJ sewaktu membuat lawatan rasmi ke sini pada Semptember 2015 |
Terdapat court futsal yang telah dirasmikan oleh Khairy Jamaludin sewaktu membuat lawatan rasmi pada September 2015. Juga terdapat sebuah Klinik Desa yang turut dirasmikan pada waktu itu, tapi sehingga kini masih belum beroperasi kerana tiada jururawat ditempatkan di situ.
Selepas puas bersiar-siar dan bergambar, oh ya, SK Long Busang terletak di atas bukit. Cantik gila pemandangan dari atas bukit. Bekabus! Kami kembali semula ke rumah panjang untuk memulakan projek perpustakaan mini. Anak-anak di sana rajin metul membantu. Mungkin, mereka suka tetamu yang datang ke sana lebih-lebih lagi kami datang membawa buku.
Seronok murid-muris di sini, setiap hari dapat tengok view cantik |
Depan makmal sekolah |
Sebelum menyusun buku di rak, kami sempat sorting buku-buku mengikut tajuk dan genre. Terdapat beberapa buah buku yang basa dan lembab, jadi kami keringkan dulu di surau. buku-buku ni semua adalah hasil sumbang orang ramai. Geram pula tengok buku-buku ni, tajuk semua best dan ada yang aku nak beli tapi belum dapat. Takpe, rezeki untuk anak-anak di sini. Tempat jam 12.00 tengahari, sebuah rak buku telah terbina dan anak-anak ini sangat seronok membaca bersama kami.
Selepas selesai membina perpustakaan mini, kami ke dapur untuk membantu isteri penghulu memasak. Pakcik Sulaiman datang membawa daging rusa. Daging rusa tu dia dapat dari jirannya yang pergi berburu. Orang sinipanggil rusa tu Payau. MasyaAllah, tak pernah makan daging rusa! Lepas tu dia suruh kami masak daging rusa. Haha, itu lawak.
Alhamdulillah, makan tengahari kami adalah ikan (lagi). Ikan tu nama dia ikan benggalan. Memang antara menu utama bagi masyarakat di sini. Ikan benggalan boleh didapati di tepi-tepi sungai sebelah rumah mereka. Ikan ni banyak tulang. Halus betul tulang dia. Rupa ikan ni macam ikan talapia. memang sedap kalau diratah begitu saja. Daging rusa tadi pakcik Sulaiman masak dua jenis masakan, kicap dan kari. Sedap dan manis rasanya daging rusa ni.
Inilah juadah makan tengahari kami pada haritu |
Selepas Asar, kami mengadakan sedikit sukaneka untuk anak-anak di kampung Long Busang. Seronok betul mereka bermain.
Seronok betuk anak-anak di sini melakukan aktiviti bersama kami. Selain bermain, mereka juga suka membaca buku dan gemar bertanya.
Rutin setiap pagi masyarakat di sini adalah menaiki bot untuk mencari hasil di sungai |
Kemudian, selepas beraktiviti bersama anak-anak di situ, kami ke wakaf untuk menyediakan makan malam. Selepas Isya, pula, kami sediakan sedikit cenderahati untuk orang kampung yang banyak membantu selama kami di sini.
23 Mac 2017
Aktiviti kami pada hari ini adalah bermandi manda di sungai. Yay!
Bot kecil ni la yang kami nai, seram tak? |
Kami telah dibawa menaiki dua buah bot kecil untuk ke Sungai Tanyit. Untuk ke sungai tersebut, kami perlu meredah sungai Rajang yang sangat besar, luas dan dalam. Tuhan saja yang tahu perasaan aku waktu tu. Sudah la tidak memakai life jacket, tak tahu berenang, naik pula bot kecil yang dipandu oleh orang kampung. Alhamdulillah, kami selamat pergi dan pulang walaupun perasaan cuak gila masa bot lalu dekat pusaran air. Rasa nak terbalik bot tu. Sungai Rajang ok. Dalam hati aku tak henti berzikir dan mengucap kalimah syahadah.
Waktu petang, kami semua ke wakaf membantu orang kampung masak untuk juadah makan malam ini iaitu acara penutup kami di sini. Sekali lagi, kami dihidangkan dengan lauk daging rusa. Memang senang nak dapat daging rusa di sini kerana aktiviti orang kampung adalah berburu dan rusa antara haiwan yang selalu terjerat.
Gotong royong memasak bersama penduduk kampung |
Ikan benggalan. Tiga hari duduk sana, tiga hari makan ikan ni |
Sedang membuat lia akau |
Sewaktu menyediakan makan malam, aku berkenalan denga sejenis sambal yang sangat sedap iaitu sambal lia akau. Sambal ni diperbuat daripada cili api yang ditumbuk sehingga lumat bersama ikan bilis. Kemudian dimasak di atas dapur. Masyarakat di sini makan sambal lia akau bersama timun dan ulam ulaman lain. Lepas tu, salah seorang makcik kat situ tanya, "Kamu pandai masak apa?" Dia suruh aku masak makanan yang jarang dimasak orang di sana. Jadi, aku jawab 'terung balado' kebetulan ada sayur terung di situ. Baru lepas dipetik di belakang surau.
Petang tu, kami jalan-jalan lagi melihat kawasan perumahan di sini pula. Rumah di sini dibina tinggi-tinggi sebab air sungai selalu naik bila tiba musim hujan.
Malam tu kami makan malam bersama penduduk kampung yang terlibat dalam program kami sepanjang tiga hari di sana. Ada lauk ikan benggalan, sup rusa dan terung balado yang aku masak hihi. Usai makan malam, ada Ustaz Din dan penghulu kampung memberikan sedikit ucapan, disusuli acara penyampaian cenderahati.
24 Mac 2017
Kami bangun awal pagi ni dan bersiap-siap untuk pulang. Dua buah Hilux sedang menanti kami seawal jam 6.30 pagi. Kami perlu segera kerana perjalanan untuk keluar dari Long Busang 4 jam, Putai-Kapit 4 jam, Kapit-Sibu 3 jam. Flight malam pukul 9.00.
Selamat tinggal Long Busang, ada umur yang panjang boleh kita kembali lagi. |
Perjalanan keluar menuju Sibu sama saja seperti perjalanan kami datang. Alhamdulillah, sampai di Lapangan Terbang Sibu jam 6.00 petang ditemani oleh Ustaz Din. Sempat berehat sekejap sementara menunggu giliran penerbangan. Aku, Afiqah, Nazatul, Nisa, Shidi, Zaid dan Atiqah menaiki pesawat yang sama untuk ke KLIA2. Manakala Cikgu Wan mengambil penerbangan terus ke Alor Setar.
KLIA2, 11.30 malam
Alhamdulillah. Kami berpisah di sini. Kawan baharu, pengalaman baharu. Semoga pengembaraan kami diberkati dan diredai Allah. Tak sabar nak cerita pengalaman dekat ahli keluarga dan kawan-kawan terutamanya followers di Instagram dan Facebook haha. K bye.
Sekian.
No comments:
Post a Comment