Wednesday 19 January 2011

Goodreads


Sejak menyertai grup 'ulat buku' Goodreads, minat saya untuk membaca menjadi semakin bertambah-tambah. Kalau dahulu saya paling susah nak menghabiskan bacaan dalam masa yang singkat, contohnya dua hari, walaupun buku tersebut tidaklah tebal mana, cuma 180 halaman. Tetapi, sejak saya masuk Goodreads, saya semakin rajin membaca. Saya boleh menghabiskan bacaan 180 halaman dalam masa 2 hari. (Jangan gelak okey. Saya tahu anda boleh menghabiskannya dalam masa setengah hari). Hal ini terjadi kerana beberapa perkara:

1. Saya jelous melihat teman-teman Goodreads yang meng'update' status mereka setiap hari.
2. Saya rasa nak lawan mereka yang telah ada lebih 100 buah buku di dalam rak. (Owh, rak buku saya cuma ada 29 buah buku sehingga 19 Januari 2011).
3. Seronok dapat berkongsi buku dengan teman-teman. Kita boleh melihat buku apa yang mereka baca. Boleh review buku mana yang saya berkenan berdasarkan bacaan dan pendapat mereka.
4. Dapat berkongsi topik hangat dan berdiskusi semua tentang buku di Goodreads Malaysia.
5. Kenalan baharu mambuatkan kita boleh berfikiran lebih jauh kerana dapat berjumpa kawan-kawan 'ulat buku' dari seluruh Malaysia. Luar negara pun ada. Ini dapat meluaskan pengetahuan terhadap apa yang mereka baca.

Kepada teman-teman yang belum mendaftar sebagai ahli Goodreads, segeralah berbuat demikian. Percayalah anda tidak akan rugi atau menyesal. Mari kawan-kawan, tambah saya sebagai kenalan di Goodreads!



7 comments:

kuli al-khaliq said...

dlm goodread tu kn ada semua koleksi buku ke??sbb sy try search buku sy baca xda pun

Siti Salha Rosman said...

Tak semua, ada jugak buku yang takde dalam senarai. Kalau buku yang famaous tu selalunya ada. Buku apa awak cari takde?

Eh, dah daftar ke? Nanti add la saya k =)

Unknown said...

wow..never noe bout dis site~uiiiii~

Siti Salha Rosman said...

Kak Is join la, nant add saya ok. Tambah kenalan, hehe. Berkongsi semua tentang buku...=)

kuli al-khaliq said...

buku yg sy search mcm 100 hari bersama hassan albanna, siti khadijah,aminah...mcm tu la...hehe
dah try search salha tp kuar not found...myb sy xpndai gne la kot...

Siti Salha Rosman said...

Mungkin belum didaftarkan dengan GR kot. Kalau Cinta di Rumah Hassan al Banna ada la. Ataupun awak search by nama pengarang ke atau ISBN.

Awak dah buat eh? Add la saya :)

aidura sofiee said...

@Siti Salha, welcome to the GR-MY club. ;)