Tuesday, 2 November 2010

Membaca sebelum menulis


Azam saya pada awal tahun ini salah satunya ialah ingin menghantar karya saya di beberapa media cetak terutamanya Tunas Cipta. Napaknya sudah masuk bulan kesebelas tahun ini, hasrat itu masih belum tertunai, tidak mungkin dalam masa dua bulan ini. Perkara ini terjadi disebabkan sikap diri saya sendiri. Dalam masa hampir satu tahun ini, saya belajar banyak perkara. Saya menuntut banyak ilmu berkaitan penulisan melalui pembacaan.

Menulis itu senang tetapi ia bukan sesuatu kerja yang remeh. Bagi saya menulis itu rumit. memerlukan pembacaan dan pemahaman yang mendalam terhadap sesuatu perkara. Hal ini membuatkan saya lebih berhati-hati untuk menghasilkan karya. Semua orang inginkan yang terbaik. Sikap saya pula mahu tunjukkan yang terbaik hinggakan prosesnya menjadi lambat. Kerana mahukan karya yang terbaik untuk dibaca mahupun untuk diladeni, saya menjadi buntu. Ya, buntu. Sehingga akhirnya saya tidak termampu untuk mencapai sasaran asal.

Sifat kesempurnaan itu membuatkan saya menjadi seorang yang terlalu rumit. Orang kata, suka merumitkan keadaan padahal benda itu senang dan mudah. Bagi kawan-kawan yang juga mempunyai minat yang sama, mungkin anda juga ada sikap atau tabiat menulis anda sendiri. Bagi diri saya, saya memahaminya. Dan kerana itu karya saya tertangguh agak lama.

Jadi, saya menanganinya dengan banyakan membaca. Saya kini sedang belajar membaca karya sastera terutamanya sastera orang lama. Kawan-kawan sila berikan sokongan yang tinggi kepada saya, kerana 'sastera orang lama' bukan mudah untuk dihadam.

Sekian.

2 comments:

kubarasa said...

Selamat belajar, selamat membaca dan selamat menulis, Salha.Kak Ani juga cuba memperbanyakkan pembacaan kerana sering mengalami masalah kekeringan idea di pertengahan jalan:)
Mari kita berusaha ya!

Siti Salha Rosman said...

Terima kasih Kak Ani. Satu tiupan semangat tu, hehe. Samalah kita, selalu menulis setengah jalan. Kena banyak membaca lagi. Untuk Kak Ani juga, selamat membaca dan berusaha :)