Pertama kali sertai trip hiking bersama Ohana Adventure. Trip ni boleh dikatakan santai je ala VIP la sebab tak jadi organizer. Ikut je apa yang depa buat. Makan pun tak payah nak tolong-tolong semua depa dah uruskan sebab depa ada AJK tukang masak.
Trip Gunung Stong ni aku join sebab Ita ajak. Dia cakap dah lama tak hiking, jadi aku pun on je lah sebab memang tengah tak ada trip pun. Ita dah ajak aku dari hujung tahun lepas. Rupanya, GEMA Selangor Backpackerz (GSB) pun ada plan nak buat trip juga waktu yang sama ni iaitu ke KorGa. Waduh waduh, disebabkan dah janji dengan Ita, kena lah tunaikan. tak baik mungkir janji tau.
Trip 3 hari dua malam (1-3 Feb 2019) bermula dari perjalanan malam Khamis 31 Jan hingga Ahad. Kami bergerak ke sana dengan menaiki van. Kebetulan kenal dengan Azlan dan kawan-kawannya, jadi kami pakat untuk sewa van je senang, ada driver. Nanti balik dah penat tak payah gaduh siapa nak drive.
Jumaat, 1 Februari 2019 - Air Terjun Jelawang
Kami tiba di Masjid Mukim Jelawang sekitar jam 4-5 pagi. Siapkan diri, mandi dan solat. Dari masjid dah tak jauh nak ke starting point, seberang jalan je. Ada deretan kedai makan di seberang jalan tu, boleh sarapan dulu. Lepas tu boleh jalan kaki untuk masuk kawasan kebun dan terus mendaki.
Destinasi pertama pagi tu adalah Kem Baha di mana terdapatnya Air Terjun Jelawang. Pergerakan agak lambat waktu ni. Masing-masing mengemas beg tak sudah-sudah dan menunggu guide yang tak sampai-sampai. Dari sarapan pagi hingga nak dekat makan tengahari dah tak sampai juga. Akhirnya, jam 12.40 tengahari barulah kami boleh bergerak. Tak tahulah apa masalah mereka ni. Dah tengahari baru nak mula hiking panas oi.
Perjalanan menuju ke campsite santai je, lalu celah kebun getah. Tepat jam 3.30 petang kami tiba di campsite. Perjalanan sangat perlahan sebab ramai, hampir 40 orang tak silap aku. Jadi, bila trip ramai ni faham-faham je lah. Sampai campsite, letak beg dan terus melihat Air Terjun Jelawang yang gah tu. Subhanallah, cantik view dia. Memang betul-betul air terjun di puncak. Teringat CBL tahun lepas!
Duduk di atas batu. Di bawah tu ada air terjun, di belakang aku pun ada sungai dan air terjun. Bawah tu adalah jalan raya dan kawasan masjid yang kitorang berehat pagi tadi. Nampak macam rendah kan? |
Masak satu mangkuk, kongsi ramai-ramai. |
Siapa yang ada khemah boleh bawa sendiri. Siapa yang tak ada tu duduk bawah fly je. Itupun dah cukup bagus dah ni. |
Sabtu, 2 Februari 2019 - Summit Attack
Summit attack ni tak bawa load pun sebab daypack. Beg semua dah tinggal di campsite. Jadi, bergerak ke puncak dengan membawa beg kecil saja yang boleh memuatkan air, snack dan set makan tengahari yang dibekalkan. Dari Kem Baha pukul 8.45am. Pendakian agak santai dan banyak rehat. Setiap waktu rehat tu lama gila sebab nak regroup. Maklumlah, trip ramai kannn. Aku rasa boleh sampai awal lagi ni.
Sarapan pagi tu adalah mi goreng dan nasi goreng. |
Sate ikan atau lokcing kata orang Kelantan. |
Sedap kalau makan panas-panas. |
Permatang Bonsai
Sebelum tiba di puncak Gunung Stong, kami melalui Permatang Bonsai yang dipenuhi dengan pokok-pokok bonsai yang renek. Daunnya seperti pokok krismas. Sangat cantik dan segar basah selepas hujan. Pertama kali aku melihat pokok bonsai seperti ini di dalam hutan. Sewaktu di CBL dahulu, pokok bonsainya tidak seperti ini, lebih banyak periuk kera menghiasi dahan di sana sini. Kami berehat seketika di Permatang Bonsai, bergambar dan regroup sebelum meneruskan pendakian menuju Puncak Gunung Stong. Dah tak jauh dari sini.
Daun pokok ponsai yang basah dan berembun. |
Gunung Stong, 1422M
Tiba di puncak Gunung Stong jam 12.20pm. Satu minit sebelum sampai puncak aku jatuh menyembah bumi sebab kasut tersangkut akar, kusyuk sangat rekod video masa tu tak pandang bawah. Apakan daya, waktu hujan dan trek lembab, habis baju berlumuran lumpur. Spoil gambar baju kotor. Mujur ada cover windbreaker merah tu.
Gunung Ayam, 1550M
Setelah berehat dan makan tengahari di puncak Gunung Stong, kami meneruskan pendakian menuju ke puncak Gunung Ayam. Jangan tanya kenapa nama dia Ayam sebab aku pun tak tahu. Ha ha ha. Kami tiba tepat jam 3.00 petang. Memang tak rasa penat sangat sebab cuaca sejuk berkabus. Seronok betul berjalan dalam sejuk ni. Rasa nyaman dan laju je pace masing-masing.
Gunung Baha, 1450M
Jalan sedikit ke hadapan, kami tiba pula di puncak ketiga iaitu Gunung Baha jam 4.00 petang. Dekat sangat puncak Ayam dan Baha ni. Guling-guling je boleh sampai ha ha. Pemandangan di sini lebih cantik dari Stong dan Ayam sebab pokok-pokok di sini lebih jarak atau sikit.
Finally, berjumpa juga dengan periuk kera ketika kami menghampiri Gunung Ayam. Kecil dan comel. Satu tempat tu je aku jumpa, tiada di tempat lain. Mungkin bukan musim atau memang periuk kera kurang tumbuh di hutan Jelawang. Kalau kenal aku, aku ni memang pemburu periuk kera tegar. Ke mana saja hutan yang aku pergi pasti akan mengambil gambar periuk kera yang pelbagai rupa dan bentuk ni.
Alhamdulillah, selesai tiga puncak dalam masa satu hari. Tiba saja di campsite, terus berendam air sungai!
Ahad, 3 Februari 2019
Awan karpet di view point Air Terjun Jelawang sekitar jam 7.30 pagi. Kalau waktu tanpa awan tebal macam ni, kami boleh lihat pemandangan sekitar perkampungan di daerah Dabong. Boleh nampak rumah dan jalan-jalan raya yang tersusun. Bila waktu malam pula, banyak lampu-lampu jalan terang benderang menghiasi di sana-sini. Seperti dapat melihat dunia dari kaca mata burung, subhanallah. Cantik, sejuk dan berangin.
Sementara aku sibuk melihat keindahan dari hujung batu ni, mereka yang lain semua sedang seronok terjun dan sliding dekat batu besar. Memang syok ni mandi dekat air terjun ni. Air dia sejuk. Tapi aku tak mandi la dekat situ, segan sebab ramai lelaki. Aku celup-celup kaki je lepas tu duduk tepi makan biskut sambil tengok diorang sliding. Lepastu jadi tukang ambilkan gambar he he he.
Dekat batu ni la tempat diorang sliding. Ada tali dekat situ untuk panjat. |
Disebabkan hari ni hari terakhir dan ada banyak masa lagi, jadi abang guide ajak kami pergi ke Air Terjun Tujuh Puteri. Kena mendaki sikit di celah batu dan air terjun. Siapa nak ikut boleh ikut. Aku tak dapat mandi terjun tiruk pagi ni jadi aku ikut abang guide.
Dari Kem Baha, kena mendaki kira-kira 30 minit untuk sampai ke air terjun tertinggi. Mungkin ada lagi yang lebih tinggi, tapi hujan semakin lebat jadi kami berhenti setakat ini saja. Banyak laluan hutan yang ditimpa dahan patah, jadi kami menelusuri laluan berbatu di tepi sungai. Result dia, masyaAllah. Amazing! Sejuk dan berkabus pula tu.
Sempat la diorang ni mandi sekejap kat atas ni. Air dia lebih deras berbanding di bawah sebab air terjun kat sini lebih tinggi dan curam. Cuma tak dapat dak duduk lama sebab hujan dan batu licin. Kena extra hati-hati. Ada banyak tempat best nak mandi kat sini.
Selepas turun dari Air Tejun Tujuh Puteri, kami terus bersiap kemas khemah dan beg untuk bergerak turun. Jam 2.00 petang semua dah siap, baru nak melangkah turun, hujan pun turun. Mujur tak lebat dan sekejap saja.
Review Trip Ohana
Pertama kali join trip Ohana Adventure, makanan memang sedap. Hari kedua dapat makan sate ikan atau lokcing bak kata orang Kelantan dan nasi goreng. Untuk lunch pack sepanjang pendakian 3 puncak pula, kami dibekalkan dengan nasi dan telur rebus masak kurma. Tapi yang ni aku makan tak habis sebab tak pedas dan nasi dah sejuk di atas puncak. Kebiasaannya, aku ada bawa sambal bilis masuk hutan, tapi kali ni tiada. Terlupa nak buat.
Cuma satu je la nak komen dari segi ikhtilat lelaki dan perempuan. Pengasingan khemah lelaki dan perempuan tak nampak pelaksanaannya. Malam tu aku nampak satu fly besar yang dijadikan dapur, ada lelaki dan perempuan tidur bawah satu fly yang sama. Memang tidur asing dalam hammock berbeza tapi masih di bawah fly yang sama dan benda ni sebenarnya tak patut berlaku. Penganjur sepatutnya lebih peka, lelaki dan perempuan kena tidur asing. Memang semua dan dewasa dan bukan budak sekolah, tapi benda yang perlu dijaga, dicegah kena buat.
Kemudian, tiada ground sheet khas untuk solat. Kena cari dan bentang sendiri. Mungkin sebab dah biasa join trip GSB solat berjemaah, tiba waktu solat terus bentang ground sheet untuk solat. Kalau tak berjemaah pun tapi ground tetap ada untuk sesiapa solat. Perkara ni aku bangkitkan dekat Ita. Dah terbiasa join trip GSB, sesekali join trip orang untuk kita tengok mana yang kena baiki atau mana yang perlu dikekalkan. Nak tegur direct takut sebab bukan trip sendiri. Itu saya yang tak berapa berkenan dengan trip Ohana ni. Yang lain semua ok.
***
Sekian saja perkongsian kali ini. Nak beritahu yang Gunung Stong memang best! View cantik, air terjun pun best! Trek pun tak susah, tiada bukit taubat. Santai-santai aja.
"In the process of discovering the world, we discover ourselves. The more places you go to, the more you uncover bits of who you are."
No comments:
Post a Comment