Thursday 21 February 2013

Jzkk


Seriously aku nak nak bagitau kat kau, sebelum ni aku tak pernah tahu pun kod-kod seperti  2:155, 2:286, 6:2-3, 10:67, 47:7, 16:18, 59:21, 67:03, 93:11. Depan tu kod apa, belakang tu kod apa. Aku tak pernah tahu.”

“Ini bukan nasib baik, tapi syukurlah kau dah jumpa apa yang Allah beri. Hidayah tu Allah dah bagi, cuma manusia yang tak nampak. Kau dah tersedar pada jam yang kesepuluh, waktu-waktu kecederaan, waktu-waktu nak kiamat ni. Ingat Contengan Jalanan?”

“Erk?”

“Eh, betul la..petanda kiamat dah banyak dah.”

Aku diam.

Dia menyedut air teh O ais yang masih berbaki.

“Terima kasih sebab bawak aku ke jalan ni.”

Dia senyum je.

“Lagi satu kan, lepas kau bagi Contengan Jalanan tu aku rasa hidup aku macam ada sesuatu, terisi sikit. Mungkin inilah yang dicari oleh K2, erti hidup.”

“Aku tahu hati kau taklah sekeras seperti batu macam K2. Kau tahu, hati manusia ni kalau keras, lebih keras daripada batu tau? Sebab, sekeras-keras batu tu boleh la jugak air mengalir di celah-celahnya.” Senyum.

Aku menganggukkan kepala.

“Aku sebenarnya baru tahu apa maksud jazakumullahu khairan kathira (semoga Allah memberi kamu sebaik-baik ganjaran) walaupun aku selalu dengar kau cakap perkataan tu kat aku. Atau dalam SMS kau selalu tulis ‘jzkk’.”

Sengih kerang.

“Ha?! Kalau tak faham kenapa kau tak tanya?”

“Aku segan. Nanti kau gelak.”

Hahahah!

Tawa pun berderaian di bawah pokok mangga depan surau pangsapuri empat tingkat itu.


“Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) yang memancar daripadanya. Ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan.”
[02:74]

Catatan asal pada 2339 PM, 140113

P/s: Mungkin ada yang terpinga-pinga, siapa itu Fend dan K2. Boleh rujuk entri ke bawah-bawah dan bawah.

4 comments:

ghost said...

Apa maksud kod-kod tu semua? Dari mana munculnya semua kod-kod tu?

Siti Salha Rosman said...

Boleh rujuk tafsir al-Quran. Seperti:

2:155 bermaksud surah kedua iaitu surah al-Baqarah ayat ke 155.

2:286 bermaksud surah al-Baqarah juga, ayat ke 286.

Seterusnya,

16:18 bermaksud surah keenam belas iaitu surah An-Nalh ayat ke 18.

Begitu juga seterusnya...

Nadiaz Namikaze said...

baca entry akak ni rindu pulak nak baca CJ.
Tapi banyak lagi buku yg beli belum sempat baca.
'Reclaim Your Heart' ni pun tak habis lagi. huhu

Siti Salha Rosman said...

CJ baca setiap tahun menjelang Ramadan je, barulah deep.
Reclaim Your Heart tak pernah baca lagi tapi pernah belek-belek la, hehe