Friday 10 February 2012

Senyum seindah suria


Sudah baca surat di atas? Jadi, tentu semua sudah tahu kenapa saya tersenyum seindah suria. Alhamdulillah, rezeki itu sentiasa ada. Ramai teman-teman yang bertanya, kenapa saya memilih bidang kursus seperti yang tertera? Sebab saya mahu memperbaiki tahap kemahiran saya dalam bidang perniagaan dan usahawan. 

Walaupun saya sudah berkecimpung di dalam bidang ini selama satu tahun dan Projek Tunas Mekar (sila klik link untuk tahu lebih lanjut apa itu Tunas Mekar) saya telahpun berakhir pada 20 Februari yang lalu, sijil yang saya peroleh nanti bukanlah sebagai tanda kejayaan saya dalam bidang usahawan tetapi sebagai tanda yang saya telah berkursus. Ini adalah satu permulaan bagi saya. Oleh itu, saya memerlukan 'sesuatu' yang boleh memperbaiki kemahiran dan kelemahan saya dalam bidang ini. 

Sesungguhnya aturan Tuhan itu sangat baik dan sempurna. Sebaik saya tamat Tunas Mekar, panggilan tawaran sambung belajar pula saya terima. Saya bersyukur teramat sangat. Dan memang saya sudah menjangkakan saya akan sambung belajar semula selepas dua tahun tamat Diploma. Kemudian, saya dapat pula kursus yang sangat saya mahukan. Lihat aturan Tuhan? Sangat cantik! Bisnes cupcakes saya akan tetap berjalan seperti biasa, jangan risau.

Semoga kedukaan dan musibah yang lalu mematangkan. Doakan kejayaan saya dan untuk diri anda juga :)

P/s: Saya ada dua tahun untuk degree. Bermakna, dua tahun lagi kedai kek saya akan dibuka!

4 comments:

nor isneini mohd ayob said...

wish u good luck & all the best!! aku sntiase support ko salha...bangge nye aku ngn ko...:D

Siti Salha Rosman said...

Thanks Nani! Tak yah nak bangga sangat lah, aku sepatutnya bangga dengan ko dan kawan-kawan lain sebab dah ada degree. Hehe, aku baru nak masuk...

encik kerani said...

Kita merancang, Allah juga merancang. Dan Allah-lah sebaik-baik perancang.

Tahniah.

Siti Salha Rosman said...

Terima kasih Encik Kerani =)