Monday 21 November 2011

Menonton teater Badai Semalam

Malam Sabtu minggu yang lalu, saya berkesempatan menonton teater Badai Semalam di Istana Budaya. Ini adalah pertama kali saya ke Istana Budaya dan secara jujurnya saya sangat berbangga menjadi rakyat Malaysia! Sebab di Malaysia ada Istana Budaya yang sangat cantik. Ok, itu alasan murahan.

Pendukung watak utama teater ini adalah Erra Fazira yang memegang watak Mazni. Heronya adalah Aaron Aziz dan Fizz Fairuz. Oleh kerana tempat duduk yang sangat tinggi dan jauh dari pentas, jadi para pelakon semua saya lihat sama saiznya seperti semut. Apapun, tetap berbaloi. Kitakan dah biasa dengan pelakon tu semua.

Teater Badai Semalam adalah cerita adaptasi daripada novel Badai Semalam karya Khadijah Hashim. Saya belum pernah membaca novel tersebut tetapi acap kali mendengar tajuknya. Habatnya novel ini yang diterbitkan pada tahun 1968, ia ditulis oleh seorang penulis tersohor Khadijah Hashim antara penulis wanita terawal di Malaysia. Novel ini pernah menjadi teks KOMSAS pelajar tingkatan enam suatu ketika dahulu. Kamudian, novel ini juga pernah diadaptasi menjadi drama di TV1. Jadi, kehebatan novel ini membuatkan saya terpanggil untuk membacanya (suatu hari nanti).


Saya suka dengan lakonan Erra Fazira yang sangat berkesan. Memang sesuailah dengan gelaran 'pelakon air mata'. Ditambah pula dengan penonton yang sangat sporting, riuh rendah jadinya Panggung Sari, Istana Budaya apabila ada watak lucu atau muzikal tari-menari. Tak lupa juga lakonan yang mencuit hati daripada Emelda Rosmila yang membawa watak sebagai 'mami jarum'. Kelakar sangat!



P/s: Apa yang boleh saya katakan usai menonton teater ini adalah : PERFECT!

4 comments:

Tetamu Istimewa said...

Salam ziarah. Saya sangat kagum dengan semangat membaca yang dimiliki. Tahniah! Sudilah jengah ke blog saya sekadar bertukar-tukar pendapat tentang dunia buku.

Siti Salha Rosman said...

Assalamualaikum.

Maaf, saya terlepas pandang tentang komen ini. Terima kasih. Saya membaca mengikut kekosongan masa yang ada. Saya pernah juga bertandang ke blog Tetamu Istimewa, orangnya hebat menulis ya. :)

Kita pernah jumpa kan sewaktu Majlis Penyampaian Hadiah HSKU tahun lepas?

Dg.Norliza Bt Zaital said...

Keluaran 1968 badai semalam masih adalagi dalam simpanan,dah berumur 25 tahun

Dg.Norliza Bt Zaital said...

BADAI SEMALAM edisi 1968 ada lagi dgn saya,nostalgia 25 tahun