Tuesday 26 July 2011

Fanatik Harry Potter

Ini cerita tentang saya.

Kalau kamu semua bertanya kepada teman-teman rapat saya, sememangnya mereka tahu yang saya adalah seorang peminat fanatik Harry Potter sejak siri pertama filem ini ditayangkan.

Masih ingat lagi, ketika itu bulan Desember, musim perayaan kira-kira sepuluh tahun yang lalu, saya sanggup membatalkan hasrat untuk beraya bersama teman-teman semata-mata ingin menonton The Making of Harry Potter and The Sorcerer's Stone, iaitu filem pertama Harry Potter yang diadaptasi ke layar perak. Saya sangat teruja! 

Semasa di tingkatan satu, saya gemar beli dan kumpul buku-buku, majalah dan poster Harry Potter. Hampir setiap keratang akhbar yang tertera Harry Potter saya akan gunting dan tampal di dalam buku sekolah.

Saya masih ingat, Teacher Azlin, guru bahasa Inggeris ketika itu menyuruh pelajarnya menulis jurnal harian. Cerita apa saja yang kita mahu. Kebetulan ketika itu Harry Potter and The Prisoner of Azkaban kalau tak silap saya, sedang melanda pawagam. Jadi, saya menggunakan kesempatan ini untuk bercerita tentang Harry Potter. Sebab kawan-kawan yang lain tak ramai yang suka menonton Harry Potter. Jadi, saya tidak ada teman untuk berkongsi cerita tentang ini. Tiba hujung tahun, buku jurnal saya itu hilang. Saya hantar buku tersebut untuk dinilai, tetapi teacher saya mungkin tersalah letak, dan hilang sapai sekarang tak jumpa. Saya kecewa. Sebab di dalam buku tersebut saya tampal gambar Harry Potter yang cantik.

Masuk tingkatan lima, mula dah gatal. Berangan nak jumpa Daniel Radcliffe kat London konon. Haha! Sehingga terbawa ke dalam mimpi. Kononnya saya menang peraduan Harry Potter dan berpeluang menonton tayangan perdana bersama pelakon-pelakon Harry Potter di London.

Entah macam mana, suatu hari tu saya ke bilik guru. Tiba di satu meja guru tu, saya terpandang ada beberapa buah novel Harry Potter di atas meja cikgu tersebut. Cantik yang amat! Novel tu English version yang hard cover punya. Saya excited dapat pegang. Kemudian, saya pun berhasrat untuk memiliki kesemua novel Harry Potter. Hanya pada tahun 2007 hasrat itu terlaksana. Itupun secara berperingkat. Tak larat nak beli ketujuh-tujuh siri Harry Potter. Bankrup! 

Setelah membaca novel-novelnya, fahamlah keseluruhan cerita. Tak semua yang ada di alam novel tersebut ada di dalam movie. Jadi, kalau nak tahu keseluruhan cerita, bacalah novelnya terlebih dahulu. Dari situ, saya mula mnghafal beberapa jenis 'sumpahan' atau spell yang selalu diucapkan oleh Harry Potter. Seperti, Avada Kadavra, lumus, expelliarmus, expecto patronum, imperio dan banyak lagi. Kadang-kadang terpengaruh juga hingga terbawa-bawa dalam kehidupan seharian. Kata orang, tak elok disebut bimbang ia membawa makna yang tidak elok. Yalah, Harry Potter kan seorang ahli sihir. Bapa saya sendiri menegah saya membaca Harry Potter, katanya tidak berfaedah. Tetapi, saya ingat pesanan seorang teman, kalau buku itu seteruk manapun bahasa atau jalan ceritanya mengarut, bacalah ia hanya sebagai sebuah buku.



6 comments:

hasni hanna said...

Kamu baca yang versi bahasa Melayu atau English?

Berapa harga sebuah siri?

:) ada masa terluang bolehlah cari filem tentang kehidupan penulisnya JK Rowling berjudul Magic Beyond Words di Youtube.

Menarik dan teruja pasti!

Siti Salha Rosman said...

Versi bahasa Melayu je. Sebuah dalam RM30 camtu, depends kepada ketebalan buku.

Eh, ada filem tentang JK Rowling ke? Macam mana saya boleh tak tahu ni... Thanks, bagitaw ye. Nanti saya tengok :)

Ummu Khaulah said...

Wah, ada semua siri ni! :) Saya dulu baca yang versi bahasa Inggeris sebab masa tu tak tahu ada dalam versi bahasa Melayu. Tapi tak beli semua sebab bila siri keenam dan ketujuh keluar saya sudah tidak eager lagi dengan siri Harry Potter. Hanya sebuah buku sahaja saya beli hardcover. Buku yang kelima. Waktu itu pertama kali ke Kinokuniya mengikut kawan. Teruja tengok bukunya yang cantik. Tapi ambil masa setahun untuk habis baca! Nostalgia...haha..maaf panjang pula komen. Huhu..

>Ziarah dari Goodreads :) Lama tak ke sini

Siti Salha Rosman said...

Owh, teman Goodreads rupanya. Kalau nak buat esei pun tak mengapa. Haha! Saya sangat craving gila nak beli yang hardcover. Tapi, nanti la suatu hari, hehe... Nostalgia sungguh awak, ambil masa setahun baru habis baca. Samalah dengan saya! Lebih-lebih lagi 4 episod sebelum final, yang tebal tu. Ha ha ha! (Ada geng!)

Siti Salha Rosman said...
This comment has been removed by the author.
nzard said...

Salam. Di mana awak beli buku Harry Potter versi BM ni?