Entri ini diwujudkan selepas saya membaca novel yang telah memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2008, Kasih Nan Agung oleh Sri Rahayu Mohd Yusop. Sinopsiis:
Novel ini mengisahkan tentang Jaka Sulaiman Awang Safar yang menuntut jurusan paleoantropologi tahun akhir di Universiti California, Berkeley, Amerika Syarikat. Beliau menentang segolongan ahli akademik di universiti itu yang mendukung teori evolusi Charles Darwin. Keutuhan pegangan Jaka Sulaiman dalam melawan hegemoni ilmu Barat, dia berjaya meruntuhkan teori evolusi Darwin secara ilmiah dengan pendekatan ilmu Islam. Kehadiran watak Jaka Sulaiman bersandarkan wahyu Allah berjaya menenggelamkan dominasi Barat dalam mempertahankan falsafah mereka yang batil dan berselindung di sebalik hujah-hujah palsu serta mengelirukan.
Marah. Sudah tentu marah apabila kamu mendengar ada pihak yang mengatakan nenek moyang kamu adalah gorila. Dan kamu adalah keturunan gorila. Itulah yang dialami oleh watak utama, Jaka Sulaiman semasa mendengar simposium Kebangkitan Semula Neo-Darwinisme: Bukti Baharu, Kebenaran Lama. Beliau menentang keras apabila Maximillian Blake, seorang pembentang, mengatakan manusia dan mawas datang daripada keturunan yang sama. Siapapun yang tidak marah bukan?
Buku ini sangat bagus untuk remaja. Bahasa yang mudah dan santai. Mesejnya sangat mendalam dan saya sukakan novel yang mengandungi fakta-fakta sejarah.
Buku ini sangat bagus untuk remaja. Bahasa yang mudah dan santai. Mesejnya sangat mendalam dan saya sukakan novel yang mengandungi fakta-fakta sejarah.
Novel ini juga telah mengingatkan saya kepada peristiwa beberapa tahun yang lalu. Sewaktu saya di Tingkatan Enam (sementara sahaja), saya pernah membahaskan isu ini dengan seorang guru matapelajaran Sejarah. Ketika itu, sekitar tahun 2006 sedang hangat diperkatakan tentang kelibat makhluk yang digelar Bigfoot atau lebih dikenali sebagai Orang Mawas, dilaporkan muncul di Johor. Saya mencari semula beberapa artikel surat khabar yang masih saya simpan sehingga hari ini, dan membacanya semula. Tajuk artikel tersebut: Bigfoot Johor saki baki manusia prasejarah.
Soalan saya kepada cikgu (saya sudah lupa namanya) lebih kurang berbunyi begini, "Cikgu, apakah manusia berasal daripada Bigfoot? Berbulu-bulu seperti zaman pra-sejarah. Tetapi bagaimana pula dengan Nabi Adam? Nabi Adam juga berasal daripaada keturunan Bigfoot?"
Cikgu saya tersengih mendengar jawapan daripada saya.
Cikgu saya tersengih mendengar jawapan daripada saya.
Jawapan cikgu, "Kita sebagai orang Islam seharusnya percaya kepada Al-Quran dan kelahiran Nabi Adam. Nabi Adam bukan berketurunan Bigfoot atau Orang Mawas. Manusia adalah sebaik-baik kejadian. Mempunyai akal untuk berfikir dan hidup berbudaya. Manusia prasejarah menerusi Teori Darwin itu adalah satu mitos. Biarpun dia ada bukti fosil-fosil, itu belum cukup untuk membuktikan kewujudan manusia zaman tersebut. Itu semua adalah teori evolusi orang barat. Mereka yang tidak mempercayai agama Islam mana mungkin hendak mempercayai Nabi Adam? Jadi, kita orang Islam sudah tentunya percaya kepada Al-Quran dan percaya akan kewujudan Nabi Adam serta asal usul kejadian manusia.
Surah Al-Mu'minun:
"Dan sungguh. Kami telah menciptakan manusia dari saripati (berasal) dari tanah." - Ayat 12
"Kemudian Kami menjadikannya air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim)" - Ayat 13
"Kemudian, air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian, Kami menjadikannya makhluk yang (berbentuk) lain. Mahasuci Allah, Pencipta yang paling baik." - Ayat 14.
Ya, Allah adalah Pencipta yang paling baik. Sesungguhnya Teori Evolusi Darwin itu tidak boleh pakai. Karut yang karut! Menyesal dulu, semasa di Tingkatan Satu, dan Tingkatan Enam belajar zaman pra-sejarah. Tetapi, kalau dah tahu Teori Darwin tu tak betul, kenapa ada lagi kandungannya di dalam buku teks? Kenapa tidak ditukarkan saja asal-usul kejadian manusia itu seperti yang terkandung di dalam Al-Quran?








