Tujuan asal membaca buku ini adalah untuk mencari idea untuk membuka sebuah kafe buku (suatu hari nanti). InsyaAllah.
Buku ini ringan dan santai kerana ia berkisar tentang kembara sastera seorang penulis. Ceritanya ringkas dan terdapat banyak gambar-gambar yang menarik. Boleh dibaca di mana jua kita berada. Saya pernah membaca hampir sebahagian buku di sebuah cafe sambil menikmati segelas kopi putih sejuk dan sepotong puding cream caramel.
Sebenarnya saya sedang cuba menikmati atau merasai sendiri membaca buku sambil ditemani oleh secawan kopi seperti yang diceritakan di dalam buku dan juga seperti yang dilakukan oleh kebanyakan penulis lain. Hi hi hi.
Ya. Rasa itu sangat awesome!
Ok. Bagi saya, buku ini merupakan kisah perjalanan menyingkap rahsia kota sastera. Apakah yang dimaksudkan dengan kota sastera (City of Literature)? Kota sastera merupakan kota yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sintifik, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) kerana terdapat sensitiviti masyarakat terhadap sastera dan nilai kesedaran yang tinggi oleh masyarakat terhadap karya agung mereka. Sebagai contoh, Kota Sastera pertama yang diiktiraf oleh UNESCO adalah Edinburgh (2004), kemudian Melbourne (Ogos 2008), Iowa City (November 2008), Dublin (2010) dan Reykjavic (2011). Nak senang cerita, rakyat sesebuah negara itu mempunyai rasa cinta yang mendalam terhadap kesusasteraan negara masing-masing selain kualiti dan kuantiti dalam bidang pendidikan.
*Tidak seperti di Malaysia, kebanyakan rakyatnya mengagungkan hiburan semata-mata. Eh! Maaf.
Kembali kepada topik asal. Sebenarnya, saya pernah mengikuti bengkel penulisan cerpen yang dianjurkan oleh penulis beberapa tahun yang lalu dan saya agak gerun dengan ketegasan beliau. Beliau sangat tegas dalam berkata-kata. Hehehe. Waktu itu adalah kali kedua cerpen saya siap dan dipersembahkan. (Kali pertama ketika memasuki pertandingan menulis cerpen ketika di tingkatan lima, saya mendapat tempat kedua. Tak tahu macam mana boleh menang, mungkin kurang penyertaan :p Kih kih kih.)
Tiba-tiba teringat pesanan Puan Nisah kepada Shahkang Aizat yang sangat menusuk kalbu di halaman ke 31 buku ini. Katanya,
Sentap!
Karya William Shakespeare merupakan satu-satunya karya sastera Inggeris yang pernah saya baca. Itu pun beberapa kerat sahaja. Namun, di dalam buku ini saya dapat mempelajari lebih mengenai Shakespeare. Stratford-Upon-Avon, merupakan tempat kelahiran William Shakespeare. Kata penulis, Stratford-Upon-Avon adalah sebuah pekan kecil tetapi menjadi besar kerana sasteranya. Di sini terletaknya rumah kelahiran Shakespeare terdapat banyak tugu-tugu yang berkaitan dengan watak-watak dalam karya-karya Shakespeare. Antara karya Shakespeare yang saya pernah baca adalah sewaktu di bangku sekolah dulu, Romeo and Juliet dan Sonnets.
Hay-On-Wye pula adalah sebuah Kampung Buku Pertama Dunia. Setiap tahun akan diadakan Hay Festival. Lebih kurang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur juga tapi Hay Festival lebih meriah katanya. Apa yang menariknya di sini adalah terdapat banyak buku yang dijual dan buku-buku itu dijual secara terbuka. Boleh memilih dan membaca buku sambil menghirup udara segar. Oh!
Edinburgh, City of Literature 2004
Sesuatu yang menarik tentang Edinburgh adalah Stesen Edinburgh Waverly. Nama "Waverly" diambil sempena judul novel Sir Walter Scott, pengarang terkenal di Scotland. Judul buku pun boleh jadi nama stesen keretapi, sangat menarik. Jadi, tidak hairanlah Edinburgh dipilih sebagai City of Literature pada tahun 2004.
Memandangkan saya peminat setia JK Rowlings dan Harry Potter, tentunya saya amat tertarik dengan tempat tinggal penulis tersebut ketika belum terkenal sebagai penulis Harry Potter iaitu di Leith, Edinburgh, Scotland. Di sana terdapat sebuah kafe yang bernama The Elephant House. Kafe ini merupaka tempat JK Rowlings menulis sebahagian daripada bab novel itu. Ketika itu beliau belum dikenali dan masih menulis dengan tulisan tangan.
Kafe lagi. Inspirasi...
Dublin Bumi Shamrock, City of Literature 2010
Shamrock? Pada mulanya saya tertanya-tanya, apa itu Shamrock? Kemudian, Wikipedia memberikan saya jawapan ini. "The Shamrock is a three-leaved old white clover. It is known as a symbol of Ireland."
Seperti di Malaysia juga, bunga kebangsaan negara kita adalah bunga raya :)
Selain Dublin City Gallery iaitu galeri modern art, pemandangan yang paling menarik di sana adalah The Garden of Remembrance, sebuah taman bagi memperingati mereka yang gugur sewaktu mendapatkan kebebasan untuk orang-orang Irish. Susunan bunga-bunga segar dan kerusi kayu itu sangat menarik!
Lihat, cantik bukan?
London
Ketika di Kota London, saya tertarik pada 84, Charing Cross Road, London. Banyak sekali penulis bercerita tentang ini. Rupanya, ia adalah sebuah buku yang menghimpunkan kisah dua sahabat seberang lautan yang membeli buku secara pos pasca-Perang Dunia Kedua. Seorang di Amerika Syarikat, si pembeli bernama Helene Hanff dan Frank Doel, pekerja yang bertugas di kedai buku Marks & Co. yang beralamat di No. 84, Charing Cross Road, London. Namun kedai buku tersebut kini dinamakan Med Kitchen, sebuah restoran.
*Tiba-tiba saya terfikir, jika saya berpeluang seperti penulis, saya mahu mencari lokasi istimewa filem Harry Potter, Platform 9 3/4 iaitu Hogwarts Express, yang akan membawa pelajar Hogwards ke sekolah mereka. Tak tahu samada ia betul-betul wujud atau rekaan semata-mata.
Cecil Court. Kawasan ini terletak bersebelahan dengan Charing Cross, ia merupakan syurga kedai buku terpakai. Nak tahu kenapa saya bercerita tentang Cecil Court? Kerana kawasan ini dikatakan memberi inspirasi kepada JK Rowlings ketika mencipta Diagon Alley dalam buku Harry Potter. Oh! Bestnya....
Selain Harry Potter, Cecil Court juga pernah menjadi lokasi untuk filem Miss Potter (2006) dan The Last Bookshop. Bayangkan, terdapat satu lorong yang kiri dan kanannya terdapat kedai buku, di tengah-tengah kota London. Kalaulah di Malaysia juga begitu...
Kesimpulannya, buku ini sangat lengkap bagi penggemar buku dan sastera barat. Saya yang tidak berapa mengenali sastera barat secara tidak langsung dapat mengetahui sedikit demi sedikit beberapa nama baharu selain belajar subjek geografi. Seriously, tak pernah dengarpun Stratford-Upon-Avon dan Hay-on-Wye sebelum ni. Sadis. Membaca buku kembara ini terasa seperti saya juga turut ikut mengembara bersama. Buku ini juga mudah untuk kita melihat dengan lebih lanjut berkenaan sesuatu tempat kerana terdapat link yang disediakan di bawah setiap buku.
Lima bintang untuk buku ini :)
P/s: Tiba-tiba rasa macam nak pergi backpaking!

"Sebuah cerpen yang tidak bagus, tetapi siap adalah lebih baik daripada sebuah cerpen yang kononnya bagus, tetapi tak siap-siap!"
Sentap!
Karya William Shakespeare merupakan satu-satunya karya sastera Inggeris yang pernah saya baca. Itu pun beberapa kerat sahaja. Namun, di dalam buku ini saya dapat mempelajari lebih mengenai Shakespeare. Stratford-Upon-Avon, merupakan tempat kelahiran William Shakespeare. Kata penulis, Stratford-Upon-Avon adalah sebuah pekan kecil tetapi menjadi besar kerana sasteranya. Di sini terletaknya rumah kelahiran Shakespeare terdapat banyak tugu-tugu yang berkaitan dengan watak-watak dalam karya-karya Shakespeare. Antara karya Shakespeare yang saya pernah baca adalah sewaktu di bangku sekolah dulu, Romeo and Juliet dan Sonnets.
Hay-On-Wye pula adalah sebuah Kampung Buku Pertama Dunia. Setiap tahun akan diadakan Hay Festival. Lebih kurang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur juga tapi Hay Festival lebih meriah katanya. Apa yang menariknya di sini adalah terdapat banyak buku yang dijual dan buku-buku itu dijual secara terbuka. Boleh memilih dan membaca buku sambil menghirup udara segar. Oh!
Hay-on-Wye |
Sesuatu yang menarik tentang Edinburgh adalah Stesen Edinburgh Waverly. Nama "Waverly" diambil sempena judul novel Sir Walter Scott, pengarang terkenal di Scotland. Judul buku pun boleh jadi nama stesen keretapi, sangat menarik. Jadi, tidak hairanlah Edinburgh dipilih sebagai City of Literature pada tahun 2004.
Memandangkan saya peminat setia JK Rowlings dan Harry Potter, tentunya saya amat tertarik dengan tempat tinggal penulis tersebut ketika belum terkenal sebagai penulis Harry Potter iaitu di Leith, Edinburgh, Scotland. Di sana terdapat sebuah kafe yang bernama The Elephant House. Kafe ini merupaka tempat JK Rowlings menulis sebahagian daripada bab novel itu. Ketika itu beliau belum dikenali dan masih menulis dengan tulisan tangan.
Kafe lagi. Inspirasi...
"Sastera dan budaya juga menjadi sebahagian daripada perkara yang membina peradabannya."
Dublin Bumi Shamrock, City of Literature 2010
Shamrock? Pada mulanya saya tertanya-tanya, apa itu Shamrock? Kemudian, Wikipedia memberikan saya jawapan ini. "The Shamrock is a three-leaved old white clover. It is known as a symbol of Ireland."
Pokok ini namanya Trifolium Repens |
Selain Dublin City Gallery iaitu galeri modern art, pemandangan yang paling menarik di sana adalah The Garden of Remembrance, sebuah taman bagi memperingati mereka yang gugur sewaktu mendapatkan kebebasan untuk orang-orang Irish. Susunan bunga-bunga segar dan kerusi kayu itu sangat menarik!
Lihat, cantik bukan?
The Garden of Remembrance |
Ketika di Kota London, saya tertarik pada 84, Charing Cross Road, London. Banyak sekali penulis bercerita tentang ini. Rupanya, ia adalah sebuah buku yang menghimpunkan kisah dua sahabat seberang lautan yang membeli buku secara pos pasca-Perang Dunia Kedua. Seorang di Amerika Syarikat, si pembeli bernama Helene Hanff dan Frank Doel, pekerja yang bertugas di kedai buku Marks & Co. yang beralamat di No. 84, Charing Cross Road, London. Namun kedai buku tersebut kini dinamakan Med Kitchen, sebuah restoran.
*Tiba-tiba saya terfikir, jika saya berpeluang seperti penulis, saya mahu mencari lokasi istimewa filem Harry Potter, Platform 9 3/4 iaitu Hogwarts Express, yang akan membawa pelajar Hogwards ke sekolah mereka. Tak tahu samada ia betul-betul wujud atau rekaan semata-mata.
Cecil Court. Kawasan ini terletak bersebelahan dengan Charing Cross, ia merupakan syurga kedai buku terpakai. Nak tahu kenapa saya bercerita tentang Cecil Court? Kerana kawasan ini dikatakan memberi inspirasi kepada JK Rowlings ketika mencipta Diagon Alley dalam buku Harry Potter. Oh! Bestnya....
Cecil Court |
Diagon Alley, Cecil Court dalam filem Harry Potter |
Selain Harry Potter, Cecil Court juga pernah menjadi lokasi untuk filem Miss Potter (2006) dan The Last Bookshop. Bayangkan, terdapat satu lorong yang kiri dan kanannya terdapat kedai buku, di tengah-tengah kota London. Kalaulah di Malaysia juga begitu...
Kesimpulannya, buku ini sangat lengkap bagi penggemar buku dan sastera barat. Saya yang tidak berapa mengenali sastera barat secara tidak langsung dapat mengetahui sedikit demi sedikit beberapa nama baharu selain belajar subjek geografi. Seriously, tak pernah dengarpun Stratford-Upon-Avon dan Hay-on-Wye sebelum ni. Sadis. Membaca buku kembara ini terasa seperti saya juga turut ikut mengembara bersama. Buku ini juga mudah untuk kita melihat dengan lebih lanjut berkenaan sesuatu tempat kerana terdapat link yang disediakan di bawah setiap buku.
Lima bintang untuk buku ini :)
P/s: Tiba-tiba rasa macam nak pergi backpaking!
4 comments:
wahhh, salha sungguh teliti. semua tempat2 terutama dlm harry potter, kamu ingat ye. hehe
Kite minat sangat dengan Harry Potter tanem. Dulu pernah letak nama username laptop dan folder2 dengan nama lokasi dalam Harry Potter. :)
Seronok baca ulasan terperinci seperti ini. Saya sudah baca buku ini tetapi rasa 'rendah diri' mahu buat ulasan. Haha ^_^
AdH,
Terima kasih kerana sudi membaca ulasan yang saya kira tak seberapa lah sangat. Dulu terkial-kial jugak nak buat ulasan buku, sekarang sudah ada keberanian hasil pembacaan ulasan buku di blog-blog lain.
Cubalah :)
Post a Comment