Saturday, 7 May 2011

Sasaran 30 buah buku Goodreads saya



Saya telah menetapkan sasaran tersebut pada bulan Januari yang lalu. Sehingga hari ini saya baru hadam 7 daripada 30 buah buku. Ini bermakna, saya ada tujuh bulan lagi untuk menepati sasaran tersebut. Mujur saya tidak mensasarkan 50 buah buku. Saya membaca agak lambat dan suka bertangguh-tangguh.

Alasan yang munasabah? Komitmen kerjaya. Memang itulah alasan yang selalu orang bagi kalau tak sempat melakukan sesuatu. Kerja kerja kerja. Padahal boleh je bahagikan masa. Malam kan ada. Hujung minggu juga ada. Malam letih la, nak berehat dan tidur. Ah! Boleh je kalau luangkan sedikit masa, bukan?

Selepas PBAKL, azam saya semakin membuak-buak. Sasaran 30 buah buku itu menjadi semakin teguh. Ini kerana buku-buku yang saya beli di PBAKL sangat-sangatlah menarik dan perlu dibaca secepat mungkin. Mungkin benar kata seorang teman, kalau rasa bosan membaca satu buah buku pada satu-satu masa, bacalah dua tiga buah buku pada satu masa. Saya sudah cuba dan berjaya. Saya berharap penghujung bulan Disember nanti saya boleh baca lebih daripada 30 buah buku. Ok, berusaha!

5 comments:

Adibah Ishak said...

wauuu 30 buku? satu jumlah yg agak banyak tapi kalau kuat tekadmu berusaha..inshaallah pasti habis :) all da best!!

encik kerani said...

30 buah buku setahun sudah dikira bagus. Saya 12 buku setahun pun belum tentu tercapai. Padahal buku di rak buku masih berlambak untuk dibaca.

Selamat mencapai sasaran!

Siti Salha Rosman said...

Adibah Ishak,

30 buah buku belum cukup banyak bagi saya. Sebab saya sekarang sedang cemburu dengan teman-teman Goodreads yang menetapkan target 50 buah buku setahun. Huh!

Encik Kerani,

Baca 12 buah buku je? Saya sangkakan Encik Kerani baca lebih 50 buku setahun (berdasarkan apa yang saya lihat di Goodreads, hehe). Hmm...

adhan said...

saya target 50 novel tahun ni walaupun saya tahu saya akan baca lebih dan setakat hari terakhir jun saya dah selesai membaca sebanyak 44 buah novel...

Siti Salha Rosman said...

WOW! Tahniah! Kalau macam tu kena target 100 buku setahun la ye.