Setelah sekian lama 'mengulangkaji' novel IMAM karya Sasterawan Negara, Abdullah Hussain, akhirnya saya sampai juga ke halaman terakhir pada jam 1:55 petang hari ini. Saya menyalahkan diri sendiri kerana terlalu banyak penangguhan berlaku sepanjang membaca IMAM. Sikap ini tidak baik untuk dicontohi ya.
Saya ini bukanlah seorang yang arif mahupun sasterawan atau apa. Apa yang ingin saya sampaikan hanyalah daripada seorang pembaca terhadap bahan bacaan yang dibaca. Saya tertarik untuk membaca novel Imam setelah membaca Konserto Terakhir selain sinopsis dan tajuknya yang unik.
Saya sangat respek kepada penulis kerana berjaya menyampaikan mesej kepada pembaca seperti saya. Syabas saya ucapkan kerana Abdullah Hussain bukanlah seorang yang berstatus 'imam' atau 'ustaz' tetapi beliau mampu menghasilkan sebuah novel Islam seperti imam. Membaca novel ini seperti saya membaca tulisan seorang ulama!
Novel Imam bagi saya sangat menyentuh hati. Ia mengisahkan tentang perjuangan seorang imam yang ingin membawa pembaharuan di kampungnya sendiri. Namun ia mendapat tentangan dari sebahagian penduduk kampung yang seagama dan sebangsa malah dari saudara-maranya sendiri. Imam Haji Mihad didakwa membawa ajaran baru yang agak asing bagi kampung itu sehingga mendapat perhatian pihak Majlis Agama. Saya dapat mempelajari bagaimana tugas seorang imam. Bukan sekadar mengimamkan solat, malah imam juga menyelesaikan banyak hal yang berkaitan agama.
Sesungguhnya bahasa melayu itu sangat indah. Bahasa yang digunakan di dalam novel ini aduhai...sangat mudah difahami, sangat lembut dan berhemah bagi saya. Di awal pembacaan saya sudah dapat agak novel ini sangat bagus. Ibarat membaca buku panduan agama. Banyak hal-hal fardu ain yang kita terlepas pandang, diperbetulkan. Sebagai contoh, cara berwuduk dengan betul dan rukun-rukun di dalam solat. Ya, memang banyak isu tentang solat disentuh. Setiap konflik dan penyelesaian juga dapat disusun dengan baik.
Haji Mihad. Saya amat tersentuh dengan perjalanan hidup Haji Mihad. Ya Allah, Haji Mihad ni sangat baik la. Beliau sangat berhemah dan penyabar orangnya. Setiap tutur katanya melambangkan peribadinya yang santun. Jika dimarah atau dikutuk, beliau sentiasa positif dan berprasangka baik. Saya ingin mencontohi sikap Haji Mihad. Jarang sekali beliau berprasangka buruk terhadap orang lain.
Saya paling meminati bahagian di mana Haji Mihad dipanggil untuk disoal jawab oleh pegawai dari Pejabat agama. Di mana, segala persoalan terjawab dengan penuh tertib. Perbalahan di antara Yang Dipertua bersama dua orang pembantunya dengan Haji Mihad sangat dramatik. Biar seberat manapun soalan itu, Haji Mihad dapat menjawabnya dengan hujah-hujah yang bernas berdasarkan pengalamannya semasa menuntut ilmu.
Tetapi, kisah tragis di akhir novel ini sangat menyayat hati. dan sangat-sangat tidak disangka. Semoga ia tidak terjadi kepada masyarakat kita hari ini.
Novel ini begitu sarat dengan nasihat, panduan tentang agama, mutiara kata, hadis dan beberapa pandangan daripada ulama-ulama tersohor. Buku ini boleh dijadikan sebagai sumber rujukan ataupun tanda aras untuk menulis novel berlandaskan dakwah dan Islam jika anda seorang penulis.
16 comments:
salam...cool r baca rumusn dr salha..psl fardhu ain,solat n sbgainya tu adakh btul2 ikut cara rasulullah atau mazhab mn2?bmbg dlm kelmbutn itu ada duri yg cuba mnikam islam dlm xsedar...
Salam Badura,
Terima kasih. Soalan awak tentang fardhu ain, solat dan sebagainya adakah mengikut cara Rasulullah atau mazhab itu, saya rasa awak perlu baca novel ini terlebih dahulu. Bagi saya, apa yang cuba disampaikan oleh penulis adalah solat mengikut cara Rasulullah.
Di sini saya sertakan beberapa sedutan kata-kata Imam Haji Mihad sebagai penjelasan terhadap pemahaman saya:
Tentang solat,
"Kita bersolat hanya kerana pengaruh kebiasaan, pengaruh keadaan dan pengaruh tradisi. Sebab itu solat kita pada masa kanak-kanak, remaja, dewasa sama saja lalai"
(Halaman 338).
"Cuba kita lihat lebih dekat sedikit, tangan yang mereka angkat waktu membuat takbir bermacam-macam cara, seperti orang kafir sembah berhala pun ada. Nauzubillah! Letak kaki mereka terkangkang sehingga dapat kambing lalu dicelahnya. Ada yang memegang betis sampai pinggangnya patah. Matanya bukan melihat tempat sujudnya tetapi menghitung jari kakinya. Waktu sujud pula seperti harimau atau anjing mahu tidur, merapatkan tangan dan hastanya di lantai. Banyak sangat kelakuan kita seolah-olah bukan sedang menghadap Allah."
(Halaman 339).
Tentang mazhab,
Imam Haji Mihad tidak banyak menimbulkan isu pasal mazhab. Tidak perlu dipersoalkan sangat tentang mazhab. Beliau banyak memimpin jemaahnya kepada mengerjakan solat dengan sempurna dan teratur.
"Perbezaan mazhab itu ada rahmat Allah di sebaliknya. Imam yang empat telah menolong kita umat Islam sesudahnya dalam berbagai-bagai masalah fiqah. Iktiqad kita tetap sama. Perbezaan yang ada itu hanya perkara-perkara yang kecil. Mengapa kita mesti perluaskan jurangnya dengan mendakwa mazhab kita saja yang benar, yang lain itu salah. Padahal imam-imam itu sendiri seperti Imam Syafi'i misalnya berpesan agar orang sesudahnya tidak selalu bertaqlid saja kepada hadis atau riwayat yang pernah dikutipnya. Yang mula-mula sekali ditanya di akhirat ialah solat bukan mazhab."
(Halaman 408).
Wassalam.
mksud soalan sy tu ada
menyentuh aspek hukum-hakam, syarat rukun atau sah-batal
sembahyang??..tp kalu tgk rumusan dr komen awk tu sy rasa ia lebih tertumpu kepada pembinaan kesempurnaan sembahyang
itu sendiri sebagai pencetus motivasi..mcm tu kn??buku tu keluaran trbaru ke??tertarik juga..
psl mzhb tu..btul la pe penulis tu ckp..tp ilmu mengikut mazhab penting..tmbh2 lagi ketika darurat..
sy bukn niat nk pertikaikan penulisan beliau..myb kita blh saling share ilmu di sini..
kata2 bliau "Yang mula-mula sekali ditanya di akhirat ialah solat bukan mazhab."btul..
tp berpegang pd 1mazhab saja penting bagi kesempurnaan dan kesenangan kita dlm beribadt..ttpi kita perlu tahu asbab dikuarkn fatwa tersebut utk elak taqlid..
sbgai cth..knp perempuan kna solat rapat kn anggota??
kl ikut mazhab shafie masa zaman rasulullah ketika itu pakaian mereka compang camping..so bmbg terdedah dan nampak aurat sbb tu perempuan kna rapatkn anggotanya..sdgkan kalau ikut mazhb lain solat lelaki dan perempuan sama je..
kata ustz hazrizal "memberi itu akn menambahkan lagi pgtahuan"
memandgkn kita sama2 bz gn kerja..myb discussion ni blh menambah ilmu pengtahuan kita...kl salha da apa2 nk share saya sudi menerimanya
Hmm, betul tu. Saya setuju sangat. Memang bila dah sibuk bekerja, perlu jugak perbincangan isu agama ni. Walaupun tak dapat duduk semeja.
Buku ni terbitan lama dah. Eh, kalau awak nak..kakak saya ada satu. Saya boleh pos. Sebab susah jugak nak cari di kedai buku.
bagus jugak tu..
tp buku tu kakak awk mmg nk jual @tu buku dia nk baca??
t sy bank in duit nya
Buku tu memang nak jual. Dia senang nak dapat kan buku2 ni semua. Nanti kalau konfem awak YM saya ok. Saya boleh pos.
salam... saya suka buku IMAM ni... saya memang dah lama cari buku ni, dulu sy baca dair milik kakak saya, tp dipinjam org tak dipulangkan.... buku tu mmg sarat dengan apa yg diperlukan oleh kita di zaman ini.... banyak yang kita terlepas pandang....
agaknya, boleh tak dapatkan saya satu ? kalau ada info, boleh tak hubungi saya di : ayurashidah@gmail.com
maaf sekiranya menyusahkan......
Ayushida,
Nanti saya akan usahakan. Kalau ada, saya akan PM kamu ya :)
Assalamualaikum..sy berminat dengan novel Imam..boleh dapatkan satu untuk sy?? Aisyah Barkat 012-5276 526..
Walaikumussalam, insyaAllah saya cuba dapatkan dalam seminggu dua. Nanti details saya SMS awak. Terima kasih :)
Dah lama cr buku ni... cr kat MPH pun xda. Leh bg info mana nak dpt buku ni selain di mph? sueanna.b84@gmail.com. Thanks...
Saya berminat untuk mendapatkan buku ini untuk saya jadikan bahan kajian novel untuk projek tahun akhir, Bagaimana saya boleh mendapatkan buku ini?.
Annabard,
Zainah Asmawi,
Terima kasih. Lately ramai betul yang tanya tentang buku ni. Saya pun puas juga cari tapi tak jumpa. Nanti saya cuba usahakan lagi kalau ada saya akan inform secepat mungkin.
Masih Ada lagi buku ni utk dijual
Salam, tumpang tanya buku ni ada ebook/softcopy tak? 😭
.
Post a Comment