Friday, 14 February 2014

Bismillah...

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk menulis di blog yang hampir terkubur sejak sembilan bulan yang lalu. Mujur sempat diselamatkan sebelum ia mencecah umur satu tahun tanpa diusik.

Ok, punca sebenar adalah MALAS. Seperti tiada apa yang mahu ditulis. Ada idea tapi tak sempat atau kesuntukan masa. Banyak juga idea dan peristiwa seputar apa saja yang mahu dicoretkan, tapi oleh kerana kemalasan yang melanda sanggup diketepikan semua itu.

Perkara ini terjadi disebabkan oleh kelajuan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram melebihi dari segalanya. Orang zaman sekarang sudah malas mahu menulis panjang-panjang dan mahu membaca yang pendek-pendek sahaja. Lama kelamaan menjadi rindu dan malu. Rindu sebab teringin nak ulas buku macam dulu. Malu sebab masih ada lagi insan yang sudi komen di beberapa entry ulas buku sedangkan last post on April 2013.

Target saya tahun 2014 untuk aktif kembali, tapi kelekaan membuatkan saya terlupa bahawa Januari sudah perlalu dan dari ini sudahpun setengah bulan di Februari. Akan mula mengaktifkan blog dengan ulasan buku yang dibaca, bedah video dan juga lagu. InsyaAllah.

Semoga semangat!

2 comments:

AdH said...

Ya, lama tidak nampak ulas buku di sini ;)

Siti Salha Rosman said...

Maaf AdH, lama saya tinggalkan dunia blog ni. Rasa rindu pulak. Terima kasih kerana sudi baca blog saya yang tak seberapa ni :)