"The man who decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh"
Sejak saya membaca novel ini dari halaman pertama hingga habis sebuah buku, otak di kepala saya sentiasa terngiang-ngiang baris ayat di atas. Kalau diterjemah ke dalam bahasa Melayu maksudnya lebih kurang begini, "Manusia yang telah memutuskan untuk berubah pada jam kedua belas meninggal dunia pada jam kesebelas." Atau nak lebih mudah faham, "Seseorang yang telah berazam untuk berubah, tetapi tak sempat nak berbuat demikian." Hajat yang tidak kesampaian.
Kata orang, kalau terdetik di hati tu nak bertaubat, terus je bertaubat sekarang. Jangan tunggu esok. Esok belum tentu ada untuk kita.
Memang tidak dinafikan, Hlovate adalah seornag penulis yang berjiwa Islamik yang sangat dekat dengan orang muda seperti saya. Pendekatan yang digunakan oleh Hlovate sangat serasi dengan saya. Oleh itu, Hlovate telah berjaya 'merentap' hati saya dengan Contengan Jalanan.
Gambar muka hadapan novel yang berimejkan sebuah buku catatan dengan sebatang pen dan secawan (saya tidak tahu kopi atau teh atau horlick atau milo atau air kosong sahaja), sangat menarik minat saya. Sesuai dengan tajuk novel. Kemudian ada quote di muka hadapan yang berbunyi begini: "Contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan"
Ini kulit hadapan novel kisah Fend. Kisah K2 ada di belakangnya dengan gambar yang sama tetapi terbalik. |
Yang uniknya tentang novel ini selain isinya yang sangatlah osem, novel ini terbahagi kepada dua cerita. Kisah satu berkenaan Fend dan kisah dua berkenaan K2, yang dipisahkan dengan gaya terbalik. Ketika saya membaca novel ini, ramai yang kata saya membaca novel terbalik. Oh, tetapi tidak.
I - Fend
Fend atau nama penuhnya Affendy, adalah seorang anak muda yang berjiwa seni. Seorang pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Seorang yang sanagt mencintai muzik. Definisi hidupnya adalah, selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Fend cuba menyusun semula kamus hidupnya yang banyak terabai. Sehingga pada suatu hari, definisi hidupnya mulai hilang erti apabila dia bertemu dengan seorang gadis yang bernama Lia. Nak senang cerita, tentang seseorang yang terasa hidupnya missing dan kemudian mencari erti hidup yang sebenar.
Katanya, "The man who decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh." Kemudian Lia menghulurkan sekeping DVD The Eleventh Hour. Sejak hari itu, hidup Fend sering terganggu dengan The 11th Hour. Kata Lia, dia cuba untuk berubah dengan apa yang dia belajar daripada DVD tersebut.
Yang membuatkan buku ini sempoi dan tak tertekan nak baca sebab gaya bahasa Hlovate yang bersahaja. Hlovate menjadikan Fend sebagai seorang yang dikenali oleh teman-temannya dengan soalan random. Contohnya, ketika Fend sedang berbual melaui telefon dengan Chad, sepupunya, mengenai novel Johny Got His Gun, iaitu kisah benar di mana watak utama novel tersebut hilang semua limbs and senses. Hilang segalanya kecuali nyawa kerana menjadi mangsa korban jerangkap samar. Ketika itu, Fend tiba-tiba terbayang bagaimana jika terjadi kepada diri sendiri. Dan soalan random itu pun keluar.
"Macam mana nak buat sujud syukur?"
"Kenapa Cat Stevens masuk Islam?"
"Chad, kau pernah dengar The 11th Hour?"
Saya yang sedang membaca ketawa sorang-sorang. Oh ya, Cat Stevens adalah nama asal bagi Yusuf Islam. Sayapun baru tahu.
Sebelum itu, Chad terlebih dahulu merasai missing dalam hidupnya. Chad mengajak Fend backpacking ke Australia pada bulan puasa. Tujuan sebenarnya adalah untuk mencari erti hidup. Mereka bermalam di Punchbowl Mosque, Sydney. Di sana, mereka berkenalan dengan Imam masjid, Zakariyya dan bapanya Tok Abdul Qadir serta Bapak Tono. Banyak sebenarnya perkara baharu yang dipelajari oleh Fend dan Chad. Tindakan berani mati Chad yang main terjah je untuk bacakpacking tanpa membuat perancangan apa-apa seperti siapa akan guide mereka, di mana mahu tinggal dan apa tempat-tempat menarik yang akan mereka lawati, konon mahu bermusafir dan kemudian beriktikaf di masjid tersebut sepanjang mereka di sana, ternyata membuahkan hasil yang tidak disangka. Kata Chad, ini namanya masjid-hopping!
Perkenalan dengan Akmal, pelajar Malaysia yang menuntut di University of South Wales, mendekatkan lagi Chad untuk mencari erti hidup. Fend yang pada mulanya macam paksa rela mengikut Chad membuat kerja-kerja masjid contohnya melipat sejadah dan mengemas masjid. Selain itu mereka juga makan nasi ambang dalam dulang, tadarus al-Quran, solat berjemaah setiap waktu, mutabaah amal atau checklist amal, solat di tempat terbuka, bersedekah, qiamullail dan khatam al-Quran pada bulan puasa. Akhirnya, kesedaran itu hadir dengan sendiri.
Kata Akmal, dia lebih suka berbulan puasa di tempat orang kerana roh Ramadhan tu lebih terasa. Di Malaysia, Ramadhan sudah menjadi satu budaya. Ramadhan itu bukan hanya diertikan dengan bazar Ramadhan, malam tujuh likur, meriam buluh di kampung, berbuka puasa di hotel mahupun rancangan masak-masak bulan puasa di TV. Kata Bapak Tono, puasa ini bukan hanya tahan lapar di perut sahaja, puasa itu untuk bersihkan roh.
Satu lagi perkara yang saya suka dengan novel ini adalah, setiap kali habis satu bab mesti ada quote di bawahnya. Quote bertulisan Melayu, Inggeris, petikan dari ahli-ahli sufi, mahupun terjemahan al-Quran. Dari situ, saya kemudian mula book-mark dalam kepala beberapa quote dari ahli sufi dan sarjana Islam. Sebagai contoh:
Maksudnya: Aku bukan suruh kamu meninggalkan kehidupan duniawi, tetapi aku suruh kamu meninggalkan dosa. Untuk meninggalkan duniawi itu dikira terpuji tetapi untuk meninggalkan dosa itu tanggungjawab. Dan untuk meninggalkan dosa itu lebih penting daripada meninggalkan dunia.
Kata Fend sebelum mereka ke Australia, life dia macam tak ada benda yang nak regret kalau tak sempat nak capai sebelum mati. Orang yang tak berkesempatan adalah orang yang mati di jam kesebelas.
"Nasib baik aku tak mati lagi sebelum sampai sini." - Fend.
Fend dan Chad akhirnya pulang ke Malaysia selepas dua minggu mereka backpacking ke Australia. Fend sempat mengucapkan "Jazakallahu khairan kathira." Semoga Allah memberi kamu sebaik-baik ganjaran. Sungguh la...Fend dah pandai cakap arab!
Ramadhan dah habis. Kata Chad, Ramadhan kali ni yang paling meaningful. Sekarang baru dia faham erti hidup. Hidup bukan diertikan dengan not muzik atau warna-warna, mengejar harta atau kerjaya, juga bukan diertikan dengan cita-cita, senyum dan ketawa. Hidup itu untuk akhirat.
"Aku rasa bersyukur kut sebab tersedar on the tenth. Tu pun dah masuk waktu kecederaan tu." - Chad.
"Nasib baik tersedar pukul sepuluh. Kalau tersedar pukul sebelas satu minit, makan asap la." - Fend.
Kesudahan cerita ini sangat indah bagi saya. Cukup sempurna. Bagaimana Fend yang dahulunya kaki muzik dan jamming akhirnya berubah hampir 360 darjah! Fend dan Chad telah diberikan kesempatan waktu oleh Allah untuk mencari erti hidup dan mengenali Allah itu dengan lebih dekat sebelum mati.
Dearest Chad,
Aku rindu kau.
Aku sayang kau.
Ada rezeki kita masuk syurga, kita jumpa kat sana, bro.
Chad akhirnya meninggal dunia pada tengah hari, hari raya pertama akibat dilanggar oleh lori kuari yang masuk secara haram di depan rumah Tok Wan. Saya menghabiskan bacaan kisah Fend di Platform 5, Stesen Sentral Kuala Lumpur dengan perasaan hati yang sebak dan bersyukur serta air mata yang hampir tumpah. Saya mengulang baca empat baris ayat di atas pada halaman 257 sebanyak tiga kali kerana terlalu sebak.
Thanks Allah.
P/s: Teringin nak pergi Blue Mountain, nak tengok sendiri dengan mata kepala the Three Sister.

"I don't order you to abandon life but to abandon sins. Abandoning life is virtue and abandoning sins is a duty, so you need for this latter is greater than your need for your former."
[Yahya Ibn Mu'adh]

"Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran (seperti ketentuan yang telah tertulis di lohmahfuz sebelum kejadian mereka). Dan perintah Kami (ke atasnya) hanyalah satu perkataan seperti sekelip mata."
[al-Qamar: 49 - 50]
II - K2
K2 (dengan sebutan K square) adalah singkatan untuk Ku Kamaruzzaman. Dia adalah teman Fend dan merupakan pelajar Creative Studies. Seorang Drummer untuk Creepy Hues. Memiliki rambut yang panjang. Hidupnya berpaksikan seni dan hidup baginya adalah mudah dan tidak perlu mencari susah. Setelah pemergian Chad, K2 mula merasai beberapa kehilangan lebih-lebih lagi Fend yang berubah hampir 360 darjah dan mulai menjauhkan diri. Pengalaman kembara ke Australia bersama Fend dirasakan seperti sebuah percutian biasa. Sedikitpun dia tidak merasai apa yang Fend dan Chad rasa ketika berkunjung ke tempat yang sama pada Ramadhan yang lalu.
Bagi saya, hati K2 lebih keras berbanding Fend. Fend lebih mudah 'cair' dengan pujukan Chad. Mungkin juga kerana minat K2 yang terlalu dalam dengan muzik. Mencintai lagu, menulis lirik, percussion dan apa saja berkaitan muzik. Banyak juga yang saya tak faham tentang istilah-istilah yang digunakan dalam kisah K2 yang kebanyakannya berkaitan dengan muzik dan seni lukis. Tapi, saya skip beberapa babak tentang itu.
Perubahan Fend menjadikan hubungan K2 dan Fend tidak berapa mesra. Fend lebih banyak mendiamkan diri. K2 tertanya-tanya apa yang Fend dan Chad lakukan sewaktu mereka backpacking sepanjang bulan Ramadhan ke Australia sehingga Fend berubah mendadak.
Saya rasa, Fend sangat tersentap dengan pemergian Chad on the tenth hour. Chad sempat berubah sebelum meninggal dunia. Dan apa yang dia pelajari di Australia ingin disampaikan juga kepada K2. Fend kemudian menghulurkan DVD The 11th Hour kepada K2 dengan harapan hati K2 tersentuh. Tetapi tidak. K2 tidak dapat rasakan apa yang Fend rasa.
Fend masih tidak berputus asa. Pada cuti semester, Fend mempelawa K2 kembara bersamanya ke Australia. Tempat dan perkara yang sama seperti apa yang pernah dilalui oleh dia dan Chad dahulu. Mungkin dengan cara ini boleh membuatkan hati K2 tersentuh dan sedar apa yang telah Fend alami.
Kata Fend,
"Aku cuma nak kau rasa apa yang aku rasa masa Chad bawak aku datang sini."
"Aku rasa sangat selfish kalau aku simpan benda tu untuk diri sendiri."
Di Australia, mereka bermalam di Masjid yang sama iaitu Punchbowl Mosque. Sejak tiba di situ, muka Fend berseri-seri. Sangat berbeza ketika di Malaysia. Masakan tidak, Fend dapat bertemu semula dengan Imam Zakariyya, Tok Abdul Qadir dan Bapak Tono. Di sana, K2 sendiri dapat rasakan perubahan Fend. Fend yang sewaktu dia terjaga di tengah malam, dilihatnya sedang bersujud di sejadah. Fend yang mengejutnya untuk bangun Subuh dan tidak kekok langsung solat Subuh berjemaah. Fend yang terus mengaji selepas Subuh. Ya. Itulah perbuatan yang telah membuatkan Fend berubah, lebih-lebih lagi perubahan itu dilakukan bersama Chad dan Chad, insan yang sama-sama berubah dengannya sudah tiada.
Di sana, K2 banyak juga bersembang dengan Bapak Tono, seorang yang berasal dari Indonesia. Bapak Tono berkongsi cerita tentang dia berhijrah ke Australia kerana mencari rezeki. Kata Bapak Tono, erti hidup di sini juga berbeza. Bunyinya seperti bumi yang sama, langit yang berbeza. Namun, langit itu masih juga langitnya yang tegak tanpa tiang, walau di bumi mana sekalipun. Langit itu masih juga milik Allah. Jika kita pandang untuk mancari kekurangan dan cacatnya, pasti kita juga yang lelah.
"Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu tidak sekali-kali melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang, maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu melihat sesuatu yang tidak seimbang?"
[ al - Mulk : 03 ]
Beberapa minggu selepas pulang daripada Australia, K2 membuat keputusan untuk bermusafir ke Jakarta pula. Katanya, mahu mencari erti hidup.
Di sana, K2 mengenali apa itu pengamen iaitu orang yang mencari rezeki dengan bermain muzik. Kemudian, belum sampai satu hari di Jakarta, K2 sudah dapat melihat perbezaan erti hidup di sana. Ini dapat dilihat ketika K2 berteduh di bawah jambatan bersama pengamen dan penjaja makanan ketika hujan lebat.
Pada hari yang sama, di bilik hotel, K2 terbaca sketchbook berkulit hitam yang pernah diberi Fend ketika pulang daripada Sydney tempoh hari.
Contengan Jalanan.
Read and heed.
Sebuah buku yang penuh dengan lakaran Pilot G-2, seolah-olah sebuah timeline. Ada sedikit tulisan di bawah setiap lukisan. Salah satu tulisan yang membuatkan K2 menutup terus sketchbook itu adalah:
That Allah may forgive you your sins of the past and the future, and complete His favour on you, and guide you on the Straight Path.
[ al - Fath : 02 ]
Fend, benda apa yang kau bagi ni, Fend?
Kau nak buat apa sebenarnya?
Seperti yang telah saya katakan tadi, hati K2 keras. Boleh tak, dia rasa sangat hipokrit sepanjang mengikuti Fend di Sydney hari tu. Dia buat apa yang Fend buat sebab dia berada di kawasan itu. Selepas pulang dari Sydney, terus dah tak buat benda tu. Memang prinsip hidupnya tak mahu hipokrit dan streotaip. Buat apa yang orang lain buat.
Indra. Perkenalan dengan anak muda yang bernama Indra itu sedikit sebanyak telah membuka hati dan pemikiran K2. Lebih-lebih lagi apabila mendapat tahu yang Indra adalah penuntut RCM, Royal College of Music di London. RCM adalah kolej yang pernah menjadi idaman K2 suatu ketika dahulu. Dan kebetulan mereka berdua amat meminati bidang muzik.
Indra membawa K2 mencari erti hidup yang dimahukan. K2 merasai sendiri duduk di atas bumbung gerabak keratapi ketika kertapi sedang dalam perjalanan. Saya dapat membayangkannya seperti dalam filem hindustan. Suatu hari, ketika sedang duduk di kaki lima sebuah kafe, Indra sempat bertanyakan tentang erti hidup yang dicari. Namun, K2 menjadi tidak pasti dengan apa yang dicari sebenarnya. Indra banyak menasihatkannya tentang makna kehidupan. Jawapan yang dicari sebenarnya sudah ada di depan mata, cuma kita yang membutakan. Indra juga ada bercakap tentang Tuhan. Katanya, tiada kuasa Tuhan, tiada soalan, tiada jawapan. Kalau tiada Tuhan, kau dan aku tak hidup.
Ketika itu azan Zuhur senang berkumandang.
Nggak solat?
Kau?
Aku kristian.
Ikhalas itu bukan kita yang ukur, tu biar Allah yang tentukan. Jangan sampai kita tinggalkan amalan ibadat sebab tak nak riak dengan manusia, kerana tu la tanda kita riak dengan Allah sebenanya.
Hari itu, K2 masuk ke dewan solat masjid berdekatan untuk menunaikan solat jamak Zuhur-Asar. Tak pernah terbayang yang dia sujut pada hari itu kerana seorang Kristian. Dia tak pernah tahu Indra adalah Kristian selama berkenalan. Rasa malu sebab memperlekehkan tanggungjawab solat.
[ 59 : 21, 22, 23, 24 ]
Anda rasa nombor apa? Hehe. Surah ke 59 iaitu surah al-Hasyr, ayat 21 hingga 24. K2 jumpa nombor tu dalam sketchbook yang Fend bagi. Ya, nombor-nombor itu telah membukakan hati K2
"Indra, aku nak beli tiket balik. Aku rasa aku dah jumpa apa yang aku cari."
***
"Fend."
"Hmm?"
"Puasa lagi tiga minggu."
"Hmm."
"Jom balik kampung."
Fend terkejut melihat K2 datang ke biliknya dalam keadaan rambut yang telah hilang lapan inci daripada asal.
"Benda apa yang kau jumpa kat Indonesia sebenarnya?"
"Erti hidup."
-Tamat-
Saya tidak pernah merasai kehilangan seorang sahabat. Dan tidak tahu bagaimanakah persaan sedih itu. Namun, setelah membaca Contengan Jalanan, saya telah dapat merasai kehilangan itu. Watak Fend dan Chad seolah-olah hidup bersama saya. Sehingga, suatu hari selepas menamatkan bacaan saya rasa sedih sebab Chad dah tak ada. Ok. Chad dan Fend, hanyalah sebuah watak di dalam novel. Mereka berdua adalah lelaki dan bukan sahabat kepada saya. Kami tidak mengenali antara satu sama lain. Tetapi, mereka telah memberikan pengaruh besar kepada saya dan kehidupan saya.
Realitinya, watak-watak itu adalah 'hantu' masa lalu ciptaan Hlovate.
Dengan Contengan Jalanan, baru saya tahu yang Cats Stevens adalah Yusuf Islam. Kemudian, saya mulai research tentang Johny Got His Gun, dan The 11th Hour.
Banyak sebenarnya yang saya peroleh daripada buku ni. Kalau nak cerita memang tak muatlah kan. Saya ingin menyeru kepada kawan-kawan, bacalah Contengan Jalan.
Baca dan hayati.
Thanks Allah.
P/s: Teringin nak pergi Blue Mountain, nak tengok sendiri dengan mata kepala the Three Sister.
18 comments:
ok,drop comment sini pulak.
so far, novel ni masih kat ranking #1.
tak jumpa lg yg boleh beat dia. hehe.
Betul tu. Hlovate memang ada tokoh buat novel macam ni. Respek lah!
Yup. Contengan Jalanan masih berada dalam posisi pertama dalam banyak-banyak novel yang saya baca :) Masih tiada lagi yang dapat beat this. Insya Allah, moga Allah redha kepada Hlovate & kita semua yang menyampaikan. Amiin.
Teringin nak hadiahkan novel ni kepada semua orang! Hehe..
assalam saudari. boleh kah sekiranya saya bertanya? dimanakah saudari membeli buku ini? terima kasih ;)
Cik Anonymous,
Waalaikumussalam. Saya beli di Pesta Buku Selangor tahun lepas. Buku ini boleh juga didapati di kedai-kedai buku seperti MPH, Popular atau beli secara online di laman web Jemari Seni di www.jemariseni.com
Atau try cari di mana-mana pesta buku di Malaysia, mesti ada. Di kedai-kedai selalu sold out.
Maaf menyampuk.
Cik Anonymous, kalau nak, saya boleh tolong dapatkan untuk awak.
Dan akan pos ke rumah awak.
Kan Kak Sal.? Sebab saya tahu satu kedai buku yg insya Allah ada jual. Selalu gi kedai buku.
-siskahaidan-
Kedai mana Nad? Dekat Shah Alam ke? Akak pernah nampak novel ni dekat MPH.
Dekat MPH pun ada, SACC Mall dengan Giant Shah Alam. Dekat Tesco pun ada dekat Books Etc. Ada kedai dalam tu.
-siskahaidan-
Ooo, lepas akak beli dekat pesta buku terus dah tak tengok dekat kedai lain. Tunggu CikAnonymous tu respon dia nak tak.
yes. i do repeat reading this novel when i feel down. and so, with that, saya akn mengalirkan air mata bagi setiap kali repeat baca tu. #Sangat berkesan di hati. =)
Greenveined:
Saya baca halaman 257 tu berulang-ulang sebab terlalu sebak. Bayangkan, bagaimana Hlovate boleh membuatkan pembaca rasa nak menangis teringat dekat Allah dan nak berubah on the spot.
alaa .. cari je kat kdai buku 1Malaysia . kat situ sume siri buku Hlovate ada . although i am not interested in supporting those 1Malaysia punya brand :3
Hannahmaryam,
Saya pun tak berapa supporting sangat brand 1Malaysia ni. Haha...
Allah. Sungguh syahdu bila baca.. Bagus nya buku ni. Decided to buy one.. Boleh la baca. Disebabkan my sister selalu cerita tntang tajuk buku ni. Rasa nak berubah ke jalan Allah. Tq hlovate!
Hmm. Teringat arwah Kak Nadia dengan buku ni :(
Nad, mari kita backpacking menuju Tuhan! Nadia dah selamat sampai 'puncak'
Salam. Maaf. Buku ni ada jual lagi tak?
Post a Comment