Tajuk entri kali ini tentang benda yang haram. Apakah yang haram sejak kebelakangan ini? Salah satunya adalah novel Sebongkah Batu di Kuala Berang karya Faisal Tehrani. Saya sudah membaca novel ini, sila baca ulasan novel di sini.
Saya jelaskan sedikit di sini kenapa novel tersebut diharamkan oleh JAKIM. Novel ini diharamkan penerbitannya kerana tulisan Faisal Tehrani di dalam novel tersebut terdapat unsur-unsur Syiah di dalam novel. Apa itu Syiah? Sila baca di sini. Saya petik sedikit petikan dari beberapa blogger, seperti Fandy Taher :
"...hal pengharaman itu punya kaitan dengan tulisan Faisal Tehrani di dalam novel ini pada muka surat 52 - 57. Mungkin. Mungkin dijadikan alasan buat diharamkan."
Tambah beliau lagi,
"Saya seronok membaca novel ini sehingga tak terasa apa-apa yang haram dengannya. Mungkin pihak yang bertanggungjawab mengisytiharkan haram mempunyai sisi bacaan yang berbeza, sehingga nampak perkara-perkara yang sesat lagi menyesatkan di dalam novel ini."
Saya sendiri tidak tahu sisi manakah yang haram. Saya sangat kagum terhadap penulis kerana dapat menghasilkan sebuah karya fiksyen yang saya kira beliau membuat kajian mendalam untuk novel ini. Tetapi sayang, hasil titik peluh beliau tidak dihargai sesetangah pihak.
Kemudian, blogger Sudu Garpu pula berkata:
"...pihak yang bertanggungjawab di dalam soal pengharaman buku ini wajiblah menyatakan sebab penarikan dengan hujah serta bukti dan terpulang kepada pembaca untuk membuat penilaian."
Saya terpanggil untuk mengisukan hal pengharaman ini. Buku diharamkan sebab terdapat unsur-unsur atau baris ayat yang boleh penyelewengkan akidah pembaca Muslim.
Pada pendapat saya, sebagai contoh. Saya memang peminat setia Harry Potter. Sedia maklum, cerita Harry Potter sememangnya mengarut dan karut sama sekali. Tetapi kenapa saya membaca buku tersebut dan buku tersebut tidak pula diharamkan penjualannya di Malaysia kalau benar buku tersebut terdapat unsur yang boleh menyesatkan dan menyelewengkan akidah? Harry Potter seorang ahli sihir terkemuka, mengamalkan jampi serapah, bertarung nyawa untuk menyelamatkan keadaan, sekolah ahli sihir Hogwarts, penyapu terbang, sihir Avada Kadavra, selimut halimunan dan sebagainya. Bukankah itu semua karut!
Tetapi, lihat saja peminatnya di seluruh dunia. Kita lihat di Malaysia sajalah, tak payah seluruh dunia. Ada tak pembaca fanatik Harry Potter yang beragama Islam di Malaysia sekarang ni telah tersesat? Terpesong agamanya dengan jampi serapah kononnya mahu menjadi ahli sihir terhebat di dunia. Ada tak? Saya belum pernah dengar berita tentang itu. Maaf, kalau ada yang tersesat tetapi saya yang tidak tahu.
Situasi ini sama saja dengan novel Sebongkah Batu di Kuala Berang. Kita rasa seronok membaca novel tersebut, cerita tentang kerenah artis Malsuysia. Saya tidak rasa apa-apa yang haram. Berlainan Harry Potter, apabila terbaca sesuatu baris yang karut dan todak releva, secara automatik saya akan berfikir, "Ish, karutlah. Mana ada macam ni kat dunia ni." Lihat! Kita sendiri yang akan menilai baik buruk sesuatu buku itu.
Kepada anda yang belum mendapatkan novel ini, silalah berbuat demikian. Menurut Puan Ainon dalam satu artikel di malaysiakini kos penerbitan Sebongkah Batu di Kuala Berang sudah pulang modal. Masih terdapat baki stok dalam gudang PTS. Jadi, apa tunggu lagi. Selalunya, barang yang haram ni memang cepat laku. Kita lihat saja Interlok suatu ketika dahulu.
Apapun yang kita semua baca, pokok pangkalnya adalah hati. Bacalah dengan menyebut nama TuhanMu yang menciptakan. Kata orang, kita adalah apa yang kita baca. Mungkin 50- 50. Tidak semua yang begitu. Kalau kita baca buku agama, ya. Kita baca dengan kusyuk dan beramal dengan pembacaan. Kalau kita baca buku cerita hantu, tak kan kita nak jadi hantu? Hati dan akidah yang menentukannya. Yang penting niat kita baca buku itu untuk apa. Sila baca di sini berkenaan artikel yang pernah saya tulis tentang 'Anda adalah apa yang anda baca'.
Sekian. Maaf jika ada yang tidak puas hati dengan tulisan saya kali ini.
4 comments:
Saya datang melawat ;)
Salam perkenalan dari saya.
Hai Airina. Salam perkenalan juga :)
Salam :))
Membaca entry ini, saya jadi terfikir, "ha'ah betul juga!"
Bahagian mana dalam cerita Harry Potter yang tak mengarut except they still eat, sleep and feel love? Tapi saya tetap peminat tegarnya. Jadi bukan satu persoalan untuk kita terus elak membaca sesuatu buku simply kerana buku itu 'diharamkan'!
Baca buku hantu, tak pula jadi hantu. Nice one!
Moga terus istiqamah dalam penulisan. Walau dalam bentuk apa sekalipun istiqamahnya :))
Reen Tabi,
Ya. Sebab itu ada sesetengah pihak yang tidak bersetuju apabila ada orang yang mengatakan 'You are what you read'. Memang benar, buku boleh mempengaruhi seseorang. Tapi, tak semua buku kita boleh jadi seperti apa yang kita baca.
Post a Comment