Novel ini bukan sebarang novel. Terlalu sarat dengan kata-kata ilmiah. Biarpun tajuk berbunyi sejarah dan kajian, mengenai tokoh-tokoh sejarah, melibatkan banyak fakta tahun, lokasi dan nama-nama tokoh yang saya pun tak kenal, tetapi penulis berjaya menawan hati saya sehingga ke penghujung cerita. Seperti biasa, Faisal Tehrani memang suka meletakkan kata-kata semangat dan bahasa novelnya cukup indah. Serasa seperti saya menonton sebuah dokumentari drama!
Agak susah juga untuk saya menghabiskan pembacaan novel ini. Pada mulanya cerita agak bosan. Mengenai sekumpulan pelajar tahun akhir Akademi Seni Islam yang menjadikan sejarah batu bersurat sebagai doku-drama tugasan terakhir mereka. Saya tersangkut di suku novel agak lama. Namun, ada sesuatu yang menarik di pertengahan cerita apabila ada babak yang melibatkan beberapa pelakon popular tanah air. Secara tidak langsung, apabila membaca novel ini kita mempelajari sedikit sebanyak tentang dunia perfileman.
Saya amat tertarik bagaimana penulis membuat kritikan terhadap beberapa orang selebriti tanah air yang pernah membuat heboh di negara ini beberapa ketika dahulu. Sebagai contoh:
"Saya rasa seperti bodoh makan cencaluk dan rasa lebih standard apabila makan spageti." Kata Sharifah Ezzati ketika menang Anugerah Pelakon Terbaik untuk filem Budu dahulu. (Halaman 28)
Rasanya, tak perlulah saya terangkan lagi siapakah selebriti tersebut. Semua orang tentu sudah tahu. Kerana mulut, badan binasa.
(Amat bersetuju dengan penulis yang mengatakan, ini adalah perang budaya. Mereka tidak boleh dihina tetapi dibimbing. Golongan seperti ini dianggap madh'u, iaitu sasaran dakwah bukannya musuh.)
Antara perkara lain yang perlu diberikan perhatian dalam novel ini adalah bagaimanakah caranya untuk menjadikan bidang perfileman sebagai satu wadah terbaik untuk berdakwah. Mamandangkan di Malaysia pada ketika ini terlalu sarat dengan filem-filem yang kebanyakannya meruntuh daripada membina seperti cerita seram, lumba haram, bohsia dan sebagainya, novel ini umpama hadir sebagai penyelamat industri filem di Malaysia.
"Sesungguhnya Kami menceritakan kepadamu (Muhammad) kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al-Quran ini kepadamu. Dan sesungguhnya kamu sebelum ini adalah termasuk orang-orang yang belum mengetahui." (Surah Yusuf, ayat 3)
Ayat ini menerangkan, Al-Quran amat mengalu-alukan kisah yang baik. Filem hendaklah mendorong renungan, bukan hiburan semata-mata.
Penulis menjelaskan Islam Tsaqafi bermaksud menghasilkan pementasan drama, muzik, filem dan karya sastera bagi mengisi dakwah Islam sebenar. Ini adalah pendekatan yang sudah dikenali oleh manusia zaman sekarang. Remaja sekarang hanya kenal media seni. Jadi kita kena kuasai media ini. Memasjidkan semua lapangan seni.

Melalui novel ini juga, saya menjadi taksub seketika dengan wali songo. Langsung, saya meminta bantuan Google dan membaca beberapa artikel yang berkaitan untuk mendapatkan sedikit sebanyak info mengenainya.
P/s: Rasa macam nak hadiahkan buku ni kepada Sharifah Amani lah!
6 comments:
wah~
Hehe..terpancul jugak dari hati ek pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik :P
Kak Eeiys, dah baca?
Tasneem, memang bagus betul cara FT memerli pelakon di Malaysia taw. Ada gak pasal kes Rita Rudaini bergaduh dulu pasal lelaki. Tapi tak guna nama sebenar. Then, nama Jehan Miskin ditukar kepada Azhan Kaya. Hahaha!
mane nk dapat buku ni ek?
Sejak keluar berita pengharaman novel ni, orang kata dah tak jual kat kedai buku. Tapi, semalam saya ke MPH masih elok tersusun rapi di rak.
Hairan juga kenapa buku ini sudah di haramkan.
Post a Comment