Minggu lepas saya menerima tawaran temuduga SPA. Temuduga sebagai jururawat pelatih. Saya kurang pasti sama ada saya memohon untuk jawatan itu atau tidak. Kalau betul saya mohon, mungkin pilihan terakhir. Saya memang kurang berminat dan semahunya ingin menolak tawaran itu. Nanti kena belajar lagi. Kalau beri jawatan tu belajar sekejap saja tak apa. Huhhhhh. Memang jiwa saya tiada asas langsung pasal jururawat. Juga tiada sedikit pun rasa mahu me jadi seorang jururawat. Setakat PBSM tu boleh la. Tapi atas desakan ibu bapa, saya turutkan.
Pagi tadi saya menghadiri temuduga di Kolej Pembantu Perubatan, Seremban. Biarpun sedikit lewat memasuki dewan peperiksaan. Perasaan sebelum sampai, saya sangat tidak sabar. Sudah mula berangan-angan memakai uniform putih. Semasa menduduki peperiksaan, semuanya berjalan lancar. Tapi perasaan dan tanggapan saya mula berubah semasa dan selepas sesi temuduga.
Penemuduga tanya saya berulang kali, adakah anda rela nelajar tiga tahun lagi untuk diploma kejururawatan? Saya kata saya rela dan sanggup kalau sesudah tamat belajar sudah ada pekerjaan yang dapat menjamin masa depan. Memandangkan sehingga kini saya masih belum ada pekerjaan yang tetap. Jawapan saya itu tersangatlah hipokrit! Saya nak jawab tak sanggup. tapi tak kan nak jawap macam tu. Jadi, saya membuat keyakinan dan kenyataan palsu. Minta maaf ya kepada penemuduga tadi. Saya tak nak kerjaya sebagai jururawat jika memerlukan saya belajar tiga tahun lagi. Kalau dapat tawaran tu saya akan tolak mentah-mentah.
Kepada ibu bapa saya juga sudah dibilang, saya tidak minat dan tak sanggup lagi nak mengulang Diploma walaupun berbesa kursus. Lebih rela menunggu penggilan kerja yang entah bila akan muncul daripada belajar jururawat. Kalaulah tiga tahun itu ditukarkan dengan belajar kek, pasti saya tidak akan menolak. Tapi jururawat, tidak.
Minta maaf kepada pihak yang berkecil hati. Terutamanya jururawat. Bukan niat untuk menyindir, tapi memang saya tidak minat.

2 comments:
salha...better ko amik kursus buat kek or muffin ke, menjahit ke..leh wat bisnes sndiri..:)
skrg ko keja ape salha..
Hmm, memang pun nani. Aku teringin nak belajar buat kek. Tapi bengkel untuk kursus buat kek semuanya beratus hinggit. Nanti la, tunggu aku kerja sedap dulu. Cumanya sekarang, aku curi-curi buat kek ikut resepi di internet je.
Menjahit memang sentiasa onn. Aku sekarang dah ada kerja baharu, dekat kedai gambar. Aku dah tau fotostat, fax, tangkap gambar pasport, cuci gambar, jaga kedai...;)
Post a Comment