Sunday, 13 May 2012

PBAKL 2012 yang dibekukan

Dukacita dimaklumkan bahawa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2012 pada tahun ini yang berlangsung pada minggu lalu telah dibekukan oleh saya untuk diri saya sendiri. Perkara ini terjadi kerana saya akan berhadapan dengan beberapa tugasan yang masih tertunggak, ujian, kuis selain perlu membuat persediaan untuk Department Week Carnival di fakulti. Biarpun sebelum itu cuti semester selama satu minggu, tetapi dah memang sikap orang Melayu suka bertangguh dalam melakukan kerja, inilah akibatnya.

Antara sebab lain, ekonomi saya sejak bergelar pelajar agak kurang (sangat) tidak stabil. Biarlah kawan-kawan semua bercerita tentang buah tangan terbaharu daripada Faisal tehrani, Perempuan Nan Bercinta, ataupun buku Kembara Sastera Nisah Haron yang sempat saya pegang dari milik orang lain, saya tak kisah walaupun sedikit cemburu sebab tak dapat pergi dan tak dapat beli buku baharu. 

Tetapi sebenarnya, tak payah tunggu pesta buku pun boleh beli buku bila-bila. Betul tak?

Sekian.

No comments: