Monday, 11 July 2011

Konklusi: Mereka anggap BERSIH seperti penjenayah

Apalah salahnya mereka berhimpun. Apalah salahnya mereka ingin menyuarakan pendapat. Kalau berhadapan secara sendirian, tiada siapa yang mahu dengari. Kini, mereka bergerak secara berkumpulan. Ingin berhimpun secara aman. Salahkah? Ya, memang Seksyen 27 Akta Polis (Akta 334) jelas mencatat mana-mana pihak yang ingin mengadakan perhimpunan atau perjumpaan atau membentuk satu perarakan  di mana-mana tempat awam  perlu memohon lesen (permit) kepada polis.

Ok. Dalam hal BERSIH iaitu perhimpunan yang dianjurkan pembangkang, semestinya polis tidak mahu memberikan permit. Tetapi, bukankah presiden BERSIH, Datuk S. Ambiga sendiri sudah mengadap YDPA Sultan Mizan untuk berhimpun secara aman. Baik. Baginda bersetuju dengan syarat, perhimpunan tersebut mesti dilakukan di dalam stadium. Jadi, Stadium Merdeka telah dipilih untuk mereka berhimpun. Apa masalahnya sekarang? BERSIH tidak mengganggu orang ramai. Mereka tidak juga mengganggu lalu lintas. Yang tak puas hatinya, adalah beberapa pihak yang sengaja namanya tidak disebutkan di sini, tidak bersetuju. Tetap dengan pendirian mengatakan perhimpunan BERSIH itu haram! Konon BERSIH melanggar titah sultan. Apa cerita ni? BERSIH sudah dapat 'lesen' daripada YDPA, jadi tak perlukan permit daripada polis lagi. Itu kata BERSIH.

Kalau nak banteras 'jenayah' BERSIH tu bukan main. Semua jalan di pusat bandar mahu disekat. Stesen LRT ditutup. Sesiapa yang memakai baju kuning BERSIH akan ditahan. Waima, kanak-kanak berusia tujuh tahun pun ditahan kerana mengedarkan risalah BERSIH. Sangat teliti kerja polis. Gila penjenayah antarabangsa ni! Kalau dari dulu polis di Malaysia macam ni, alamat aman lah negara dari segala jenayah ragut, pecah rumah, mengedar dadah, bunuh dan macam-macam lagi.

Ok. Cukup. Bercerita tentang selepas perhimpunan. Lihat, rata-rata muka hadapan akhbar tempatan memaparkan 'kebiadapan' penyokong BERSIH. Konon penyokong BERSIH terrorist! Lihat gambar-gambar di bawah. Siapa yang biadap sebenarnya. Polis pun dua kali lima. Cubalah sesekali tu, Berita Harian paparkan gambar di muka hadapan seorang anggota polis sedang menerajang seorang penyokong BERSIH. Boleh tak? *Sigh!





Gambar ni terpapar di muka hadapan akhbar Berita Harian, Ahad 10 Julai 2011.
Apa cerita pula kalau anda menonton video ini?

Dan ini...

P/s: Dua, tiga hari sebelum perhimpunan BERSIH, akhbar dan berita di TV 'propa' je lebih!


Sumber gambar dan video: Al-Jazeera, Berita Harian dan youtube.

3 comments:

kuli al-khaliq said...

sy sgt mengagumi apa yg pdrm n fru lakukan dlm menghadapi penjenayah..tetapi alangkah bagusnya sekiranya tindakan mereka yg tegas n keras ni adalah ketika berhadapan penjenayah yg sebenarnya...

encik kerani said...

ayat cliche yang selalu diucapkan oleh orang yang buta hati `siapa suruh pergi, kan dah dapat sakit`..

sakit hati mendengarnya.

Siti Salha Rosman said...

Kuli al-khaliq, betul sangat. Pasti Malaysia ni aman je daripada jenayah kan? Kalaulah...

Encik Kerani, depa saja je nak tunjuk hebat kot. Tapi, dengar cerita, polis ni main sesuka hati je nak tangkap even orang tu tak buat salah apa pun masa BERSIH tempoh hari.