Monday, 2 May 2011

Pesta Buku Antarabangsa KL 2011

Alhamdulillah. Saya berkesempatan untuk berkunjung lagi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpun (PBAKL) pada tahun ini. Tahun lepas, saya tidak dapat beli apa-apa bukupun. Tetapi, pada tahun ini saya seolah-olah mahu menebus apa yang tidak dapat saya beli tahun lepas.

Hari pertama saya berkunjung ke PBAKL adalah pada hari Ahad, 24 April. Namapun sudah hari Ahad. Jadi, kepadatan manusia itu sememangnya sudah saya maklum. Jadi, saya bersedia untuk itu. Matlamat saya kali ini adalah buku dan kawan. Saya ingin membeli buku dan berjumpa kawan yang hanya dikenali di Facebook. 

Setibanya di sana, saya disambut oleh kakak dan kemudiannya kami dibawa untuk menjamu selera sebab sebelumnya ada sesi Dialog Orang Muda (DOM). Di sanalah saya bertemu dengan ramai penulis yang bagi saya hebat-hebat belaka. Apa yang mengagumkan saya, seorang penulis yang lahir daripada program MPR, orangnya kecil molek, umurnya tua saya empat tahun. Sekali pandang macam pelajar sekolah dan karyanya sudah merata di majalah dan akhbar tempatan! Itu sudah bagus. Suatu pencapaian yang membanggakan. Kata saya dalam hati, kalah aku. Padahal saya belum pernah menghantar karya ke mana-mana penerbitan pun. Haha.
Bersama pengacara Kembaca Buku TV1, Sayed Munawar.
Saya diapit oleh penulis muda yang hebat!
PBAKL kali ini saya membelanjakan apa yang saya mahu. Saya sudah menyenaraikan buku apa yang mahu dibeli dan membajetkan berapa banyak ringgit yang perlu dilaburkan. Alhamdulillah, sehingga hari kedua saya pergi, saya berjaya mengikut perancangan. Cuma, ada satu, dua buku yang tak beli dan terbeli.

1)
Antara buku yang saya teringi beli adalah Karipap-karipap Cinta karya Nazri M. Annuar. Sana-sini bercerita tentang novel ini. Hot sangat ke?

2)
Kemudian, saya beli buku Nota Hati Seorang Lelaki hasil tulisan Ustaz Pahrol Mohd. Juoi. Saya tertarik dengan buku bestseller ini. Mana-mana blog saya pergi, kebanyakannya mesti ada cover buku ini sebagai buku favorite. Ada apa dengan lelaki?

3)
Seterusnya, buku yang saya cari adalah 'novel gila-gila Hlovate'. Bukan novelnya yang gila mahupun penulisnya, tetapi cerita yang ditulis oleh beliau kebanyakannya 'gila-gila' belaka. Haha! Saya dah pernah baca novelnya, sebab itu saya berani katakan demikian. Tak percaya? Mari datang kepada saya, saya boleh beri pinjam. Ataupun tak payah susah-susah, klik saja di blognya, Hlovate, kamu pasti akan 'gila' sekejap!

*Satu lagi cerita tentang Hlovate atau penerbitnya iaitu Jemari Seni, penerbitan ini telah memberikan saya diskaun yang gila juga. 30% untuk setiap novelnya. Jadi saya beli dua buah novel Hlovate, Versus dan aA + bB baru RM27.00 korang! Gila ke tidak tu? Nasib baik saya tidak terpengaruh untuk membeli lebih banyak novel di situ. Cukuplah, nanti buku lain tak dapat beli.

4)
Buku yang seterusnya, Bercinta Sampai ke Syurga karya Hasrizal Abdul Jamil a.k.a. saifulislam.com. Apa bestnya buku ni? Buku ini sebenarnya trilogi daripada Aku Terima Nikahnya versi yang kedua.  Saya belum baca yang pertama, jadi saya beli yang kedua sebab buku yang kedua ni ada promo dalam drama Hani TV3. Boleh tak macam tu? Huhu.

5)
Selebihnya, saya beli buku resepi kek. Ya, saya kini sedang mendalami ilmu kek dan roti, kuih muih dan masakan, jadi buku-buku seperti ini penting untuk pemahaman saya. Dalam banyak-banyak buku resepi, saya suka buku Cakes. Sebab di dalamnya terdapat beberapa falsafah mengenai dunia kek dan roti. Alahai, nak cerita tentang kek ni panjang sangat. Nanti saya jadikan sebuah tajuk ok.

6)
Buku-buku seterusnya saya beli tanpa perancangan atau ragu-ragu nak beli atau dah nampak, dah pegang baru nak beli. Huhu. Seperti, Gadis Oren terbitan ITNM sebab saya dapat kupon percuma 30% daripada ITNM selepas DOM. Selepas itu, Cindarellah vs Repunzellah sebab terpengaruh dengan Kedai Pink Ain Maisarah. Kemudian, Namaku Epal Kuning sebab saya pelik dengan tajuknya, dan tertarik dengan warna kuning pada kulit bukunya. Akhir sekali, Detektif Indigo kembali. Jalan-jalan di Al-Ameen baru perasan novel Faisal Tehrani yang satu ni saya belum baca.
Antara buku-buku yang saya beli di PBAKL 2011
Habis cerita tentang pesta buku. Kini, saya perlu membahagikan masa untuk membaca buku-buku dulu dan buku-buku baru. Ya, masa itu penting. Kepada anda yang beli banyak buku di pesta buku, selamat membaca!

Oh ya, saya dapat jumpa Ain Maisarah hanya pada hari kedua berkunjung ke PBAKL. Hari pertama saya dapat lihat dari jauh. Tak dapat minta tandatangan, sebab deretan manusia yang beratur memadamkan hasrat. Hari kedua pergi, dapat tandatangan, dapat salam dan dapat bergambar :)
Dapat juga jumpa dan bergambar dengan Ain Maisarah :)
Oh! Terharu....
P/s: Jumpa lagi PBAKL tahun depan!

7 comments:

Aku Tulis said...

Wah, banyaknya buku.
Kalau AT dapat buku banyak camtu, alamatnya tak tidur malam lah..hehe

(Pemegang rekod dunia:membaca buku 1 hari straight sampai habis =.=")

Siti Salha Rosman said...

Tak adalah banyak sangat. Bagusnya AT, baca buku sehari suntuk. Nak tanya, buku tu berapa muka surat? Kalau tebal baru saya rasa kagum. Hehe.

Aku Tulis said...

(harry potter and the deathly hollow.Tak boleh berhenti baca..hehe

badura said...

jeles tgk buku2 yg salha beli....

Farhana Sukre said...

Salam. Karipap-karipap Cinta dah baca? Menarik tak buku tu?

Anonymous said...

Salam alaik.

Apa yang menarik ye tentang novel Hlovate?

Tahun ni rasanya saya teringin nak berjinak-jinak dengan karya Hlovate pulak?

Siti Salha Rosman said...

AT, Harry Potter kan tebal giler! Boleh habis satu malam? Cayalah.

Badura, nanti senang boleh pegi tahun depan :)

Farhana Sukre,
Belum baca lagi. Sedang beratur...huhu.

Anonymous, Hlovate best. Try la mana2 novel dia, pasti nak beli lagi.