Thursday, 31 March 2011

Projek 1: Majlis Pelancaran Student Mall, UiTM

Baru-baru ini saya terlibat dalam aktiviti luar iaitu berniaga di Dataran Cendekia, UiTM Shah Alam sempena Majlis Pelancaran Student Mall. Saya dipertanggungjawabkan untuk membuat sales di booth yang disediakan di situ. Ini pengalaman pertama saya buat sales di luar. Kalau bab berniaga, bertemu pelanggan ni saya sudah biasa. Dulu saya pernah tolong emak menjual kuih. Sebelum ini juga saya pernah bekerja di sebuah kedai.

Sales? Saya ok.

Sepanjang tempoh itu saya telah berhadapan dengan bermacam-macam jenis pelanggan. Tetapi, di UiTM, saya tahu pelanggannya rata-rata terdiri daripada kalangan pelajar dan pensyarah. Jadi, saya bersedia untuk itu. Pelajar sememangnya suka makan kek. Terutamanya perempuan. Jadi, sekarang saya sudah faham. Kek sinonim dengan perempuan dan cantik! 

Saya berniaga di sana bersama beberapa orang rakan. Kami berniaga selama lima hari. Sebagai peniaga perlu faham pelanggan. Ok, pertama, untuk pelajar, sabtu ahad memang lengang. Mereka kebanyakannya balik kampung. Jadi, kalau nak buka kedai area kolej, kenalah faham situasi ni. Kedua, kebetulan Dataran Cendekia terletak berdekatan kolej perempuan, memang tepatlah dengan sasaran kami. Produk dengan lokasi kami memang strategik. Ketiga, pelanggan ni nak kena dipujuk baru nak beli. Betul saya cakap. Mula-mula mereka jalan-jalan, tengok-tengok dan usik-usik. Kalau kita tak tegur dia tak beli dan terus pergi. Jadi sya 'hasut' dengan cara begini,  “Kek slice ni murah dan cantik. Seringgit je. Di luar tak dapat harga ni.” Atau, “Satu je ke? Habiskanlah. Tinggal satu je lagi, kami dah nak kemas nak balik dah ni.” Atau, “Kak, tinggal empat je (katakan dia nak beli dua), nanti sampai bilik kawan nak sikit. Lebih baik beli lebih.” Dan atau, “Satu je ke? Box ni besar, ada ruang lagi. Boleh isi lagi dua jenis cupcakes.” Ternyata, hasutan saya berjaya! Berjaya meleburkan niat mereka untuk beli lebih dari yang dihajati. Inilah namanya trick atau clever solution! 

Apapun yang anda lakukan, bermulalah dengan niat. Alhamdulillah, perniagaan kami berjaya. Bukan itu sahaja, booth kami terpilih sebagai pemenang booth terbaik, tercantik dan terbersih. Ini semua hasil kerjasama kami, staf yang bekerja membuat kek di kedai dan kami yang berniaga serta beberapa orang rakan yang membantu. First project done. The next project, will coming soon.

Black Forest
Cupcakes
Carrot Cake
Orange Delight
Chocolate Indulgence
Choc Moist
Chocolate Indulgence
Kemeriahan kedai kami =)
Dia jiran kami. Sangat berbakat. Pada mulanya, saya sangkakan dia  student arts. Rupanya student business. 
Ni antara hasil lukisannya.
Hari terakhir, lelong!
Ice Blended
 

4 comments:

Tasneem Yusmadi said...

Rindu pulak nak pegi pasar-pasar atau bazar kat UiTM. Cuci-cuci mata dengan kawan-kawan. Anyway, kite nak tgk gamabr suasana kedai yang menang ni..=))) Tahniah, salha!

kunjungi laman saya : www.tasneem-yusmadi.blogspot.com

Siti Salha Rosman said...

Hehe. Kedai kitorang menang dapat hamper & wang tunai taw! Bangga, haha. Tanem nanti dah balik Malaysia datang la kedai kte kat Padang Jawa ek :)

yuki_chan said...

wow..meriahnya suasana uitm sana..
banyak aktiviti menarik..
suka3..^_^

Siti Salha Rosman said...

Terima kasih, Yuki Chan :)