Friday, 4 February 2011

Untuk kawan-kawan yang kita suka

Untuk kawan-kawan yang kita suka. Ya, untuk kamu, kawan saya yang saya suka. Ada ke kawan-kawan yang kita tak suka? Kalau kita tak suka maka dia bukanlah kawan kita, kan? Boleh jadi kita tak suka dia, tetapi dia kawan dengan kita juga. Ataupun, kita suka dia tapi dia yang tak mahu berkawan dengan kita. Alahai, sesungguhnya kehidupan itu berputar.

Merepek? Bukan! Saya bukan merepek. Mungkin anda sedikit pening membaca perenggan pertama entri kali ini. Cuba fahamkan. Adakah semua senarai kawan yang kamu ada, kamu suka? Kawan itu tidak semudah add or remove friend list di facebook. Bukan juga semudah tukar baju.

Untuk kawan-kawan yang kita suka ini adalah baris ayat yang saya jumpa di blog Zahiril Adzim (ZA). Kalau kamu suka, kamu boleh klik nama ZA tu. Saya buka mahu curi, cuma mahu pinjam sekejap. Saya suka dengan ayat itu dan mahu menjadikannya sebagai kata-kata untuk teman-teman saya. Oh, maaf ya ZA. Saya commercialkan Untuk kawan-kawan yang kita suka kepada pembaca blog saya.

Kawan-kawan sekalian, hargailah kawan kamu. Biarpun dia suka kita ataupun tidak, ingatlah berbuat baik kepada orang itu adalah amalan mulia. Sukalah kepada kawan-kawan kamu walau apapun yang dia lakukan mengguris hati. Kalau dia nak remove kamu sebagai kawan itu mungkin takdir. Mungkin dia dah tak mahu berkawan dengan kamu lagi. Atau mungkin kamu ada mengguris hati dia sehingga dia remove kamu sebagai kawan. Tak usah berkecil hati. Memang hidup ini berputar.

Hmm...
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

7 comments:

MananQayyim{dot}com said...

Biasa lah tu... kehidupan .. tak semua orng suka kn kita... walaupun sebaik mana pun insan itu... yg penting diri kita kena positif pd kwn kita... hatta dia remove anda sebagai kwn di facebook...

berikan lah yg terbaik yang terbaik untuk kwn anda... biar kita yang beri dahulu.. jgn tunggu mereka beri pada kita...

Manan Qayyim said...

itulah kehidupan tak semua orang suka kn kita... sdngkn org yg baik pun ade org tak suka.. apapun berfikir positif lah pada kwn anda...

Siti Salha Rosman said...

Ya, tak semua orang suka kita. Dan kitapun belum tentu suka pada semua orang kan? Add atau remove tu perkara biasa.

Sumaiyah Nasibah Hussain said...

Salam..dik, kak su mcm terasa ngn post dik kali ni.

Hmm..kak su pn slalu gak 'remove' shbt2 ni..tp bkn niat benci, marah @ bosan brshbt ngn depa ni..cuma..ada sbb2 trtentu y memang lgkah trbaek adlh ngn remove fren.

Skdr prkongsian..

Kak su ada sorang shbt ni..(mslimin)..ust ni baek ja n x pnah ganggu kak su pn tp sbb ust tu baek la..kak su remove fren ngn ust tu.
Sbb apa?? Sbbny nk jaga batas ikhtilat n maruah msg2. Kak su tkut muncul penyakit dlm hati ni..dsebabkn kebaikn ust tu. Kak su
jlskn dlu sblm remove n ust tu fhm..cma xtau la dia kecik hati ke x. Cuma, kdg2 kita kena 'tinggalkn' shbt kita jka nk mggapai REDHA Allah ni..

Alhamdulillah..wlaupun dah d remove..tp insyaAllah msh brshbt dunia akhirat..krn remove tu x brmakna kita mmutuskn silaturrahim cuma mgkn ada sbbny y trsendiri.

Wallahu'alam..

Siti Salha Rosman said...

Salam,

Takpe, saya pun selalu jugak remove kawan-kawan yang merapu. Ada yang letak status mencarut tu saya remove je.

Tapi, macam cerita Kak Su ni, kalau kawan tu ok rasanya tak payah remove kot. Sebab dia tak mengganggu. Kalau dia terlalu baik pun, kita buat biasa je la. Misalnya, dia selalu komen atau letak hadis atau apapun di wall. Kita tak perlu layan pun tak mengapa. Tak semua kawan di fb tu kita kena layan komen mereka. Takut bila dah remove jadi satu kerugian buat kita pulak sebab melepaskan seorang kawan yg baik.

Sekian.

Sumaiyah Nasibah Hussain said...

Wa'alaikumussalam..

Hmm..kes kak su ni bkn dlm fb dik..sbb kak su da xdak account fb.

Btol gak cm dik kta tu..mgkn jgk rugi 'khilangn' shbt y mmberi mnfaat kpd kita.. Tp, kak su lbh 'selesa' cmtu lg rasany. Apa2 pn..syukran jiddan krn sudi mmberi pndgn kes kak su ni..
(^_^)

Siti Salha Rosman said...

Owh, maaf. Bukan fb ke? Saya ingat fb. Jadi melalui SMS? Kalau macam tu memang la kena remove. Sebab terlalu privacy rasanya untuk berhubung melalui handphone.